OMG! Romantic Candle Light Dinner Birthday Surprise for Julia Johari.
Serius wey, serius. Kalau tanya aku bab surprise, aku memang suka sesekali buat surprise party pada orang yang aku sayang. Cuma bila aku sendiri yang terkena SURPRISE, kau akan rasa badan kau melayang!
Baru aku tau badan aku melayang, pipi aku melayang, gigi aku melayang, ketawa pun sekali berjangkit-jangkit.
Jumaat, 26 Mac 2021. Tarikh aku lahir, sejak detik 12am-12am keesokkan harinya aku diraikan tanpa gagal. Maksudnya, ada sahaja ucapan hari jadi dari rakan-rakan dan taulan sentiasa menyinggah ke mana sahaja aku pergi.
Senyum sokmo seharian, macam pengantin baru awwwww! HAHAHA. Ala feeling tu aku rasa bukan selalu, setahun sekali, harap tahun depan indah-indah belaka hendaknya ya.
Cuma tahun ini pelik sangat. Abg Qi dan suami juju berpakat dalam diam-diam. Sehinggakan aku teka sekalipun semua salah. Ehhhh pertama kali aku hidup dengan diorang berdua ni tekaan aku salah sekali.
Pertama, aku teka bab hadiah - salah tekaan aku.
Kedua,diorang berdua lepas ambil Abg Qi dari sekolah, diorang paksa aku tunggu dalam kereta sebab nak tukar pakaian, nak bawa makan, kemain diorang pakai baju smart-smart malam-malam. Mula aku berteka teki, pun salah aku teka HAHAHA
Selingan... ini deretan menu-menu fine dining yang aku makan. Semua sedap! Puas hati la.
Ketiga, aku kena wakenabeb. KENA SURPRISE dalam majlis hari jadi. Suami konon cakap candle light dinner ni bukan pakej, yang biasa je so lepas makan terus balik... tapi aku dok menjeling meja sebelah dok nyanyi lagu besday kemain, aku tak ada. Aku okey je tau hahahaha tapi ada tapinya...
Keempat, aku tak boleh snap gambar sepanjang candle light dinner. Suami simpan hp juju. Ini lagilah pelik. Sebab selama aku keluar dengan dia mana pernah dia nak simpan rapi hp aku, tak dibenarkan snap plak tu adoiiii.
Kelima, lepas makan dessert, pommmmmmmm!!!! Kedengaran kuat lagu berkumandang HAPPY BIRTHDAY di alunkan dalam setengah minit, aku ingat meja sebelah punya treat...
Rupa-rupanya, lagu tu ditujukan khas untuk JULIA JOHARI, OH MY ALLAH!!!
Terkedu aku weh, serius sebak campur nak nangis bila surprise kek dan hadiah di hantar ke meja dari arah belakang juju di saat juju langsung tak sedar. Kelihatan wajah suami dan Abg Qi ceria dan keriangan sangat bila nampak juju over happy!!!
Subhanallah, semuanya ada dalam kenangan 15 min durasi video dibawah ya, jemput tonton dan follow channel Youtube julia johari.
Terima kasih suami ku,
Terima kasih anakku,
Tidak ku sangka hari dan tarikh bersejarah ini akan juju ingat sehingga ke syurga Allah. Balik rumah tak lekang di bibir dengan senyuman, nak tidur senyum, bangun tidur waktu pagi senyum, solat senyum....Allah, nikmat anugerah kebahagiaan rupanya saling di rasai.
Terima kasih menghargai julia.
Julia sentiasa mendoakan yang baik-baik buat suami, anak dan pembaca semua dalam keadaan sihat, dirahmati Tuhan dan dimurahkan rezeki seluas-luas langit. Amin.
4 Comments
Happy birthday Juju.. Hah surprise tu hehe.. Akak pn pernh mkn flora cafÃĐ dlu2 mmg cantik deconya..seronok unboxing hadiah tu
ReplyDeleteSeronoknya! Kalau saya diraikan begini, mesti habis sekotak tisu sapu airmata! Happy birthday JJ...senyum selalu!
ReplyDeleteWow! You are so blessed to have such a loving and thoughtful husband. :) Happy Birthday to you.
ReplyDeleteHappy birthday Kak ❤
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)