Cermin mata kanak-kanak, ada banyak pilihan dan cantik betul di shoplot Eye Pro Vision shoplot G111 Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur. 

Hampir sebulan lebih juju work from home, selama itulah aku menemani anak di rumah dan menyusun atur jadual kelas online serta kelas off line nya melalui tab. 

Nak dekat hampir sebulan itulah aku perasan setiap kali kelas online bermula, Abg Qi kena mengadap tab lebih dari 4 jam sehari.

Yang merisaukan aku adalah matanya. Umurnya baru nak menjangkau 9 tahun. Dia bukanlah pemakai spek sebenarnya. Alhamdulilah setakat hari ini mata dia normal. 

Pertama kali tergerak hati nak buat checkup keupayaan matanya, so far bagus. Cuma ada sedikit silau di sebelah mata kanannya. Suka main game kat tab malam-malam ni penyebabnya selain kelas online di siang hari. 

Cuma aku risau masa depan matanya. Yelah zaman kita kecil dahulu, jarang sekali kita nak mengadap tablet, hp, dan game melalui gadget kan. 

Zaman dulu kita banyak tengok tv, itu pun kena marah dengan ibu bapa kalau tonton dekat-dekat, takut apa?

Takut mata rosak, takut rabun... itulah zaman dulu.

Zaman milenia sekarang, mata anak kita dan termasuk mata kita sendiri pun tak terkecuali menanggung risiko akibat mengadap gadget berlebihan sebenarnya tau. 

Dah tahu keadaan mata si anak normal, jadi nak pilih bingkai serta warna yang sesuai dengan keadaan dia sebagai seorang pelajar dan seorang pemain game waktu malam. Lens walaupun tak ada power, 
dia ada pelindungan Alpha Blue 420. 

Kesan jangka panjang dan jangka pendek mata si anak jika tiada perlindungan awal:

  1. Penglihatan kabur
  2. Mata kering
  3. Peningkatan Myopia (rabun jauh)
  4. Meningkatkan risiko cahaya biru dari skrin paparan gadjet

Imbas kembali entry terdahulu juju jejak ke kedai ini beberapa kali, klik link biru:

1.  Rakan-rakan sepejabat - SINI

2.  Suami & Isteri - SINI

Encik William, setiap kali datang kedai dia, layanan macam king & queen. Kami dah jadi regular customer dia setiap tahun. Superb lah!

Kelebihan perlindungan Alpha Blue 420 yang perlu kita tahu!

  1. Cermin nipis - spek ringan sungguh tak rasa beban dekat mata. 
  2. 12 lapisan coating - lebih tahan lasak dan tak mudah calar.
  3. Warranty 1 tahun - coating terkopek? Datang terus sini dapat spek mata baru. 
  4. Kalis air - masa hujan dan cuaca sangat panas akan timbul wap air di cermin kan? Tidak bagi jenis ini. 
  5. Anti silau - sesuai memandu waktu malam.
  6. 100% tapis sinar UV - anak-anak yang suka mengadap gadget seperti game dan belajar guna gadget harus digalakkan guna untuk jaga mata. Bagi orang dewasa yang belajar dan bekerja mengadap PC dan hp dalam jangka masa panjang sangat bagus melindungi mata. 

Ini yang sempat juju snap bingkai cermin mata kanak-kanak yang ada di Eye Pro Vision shoplot G111. Warna dan bentuk moden dan stylish betul kan? Ada yang transparent, warna nude, warna gelap sehingga ke cerah. 

Tinggal pilih je mana yang berkenan, harga pun tak mahal mana kalau mata anak-anak kalian jenis normal macam Abg Qi, murah je. Janji ia ada pelindung Alpha Blue 420. 

  • Size 45, 46, 47, 48, 50 
  • Lentur dan lasak
  • Warna tak luntur
  • 100% TR90 material
  • Khas untuk budak 4 tahun hingga 12 tahun
  • Khas untuk muka kecil
  • Khas untuk semua bentuk muka

Ini pilihan bingkai dan warna Abg Qi pilih hitam dan kelabu. Sesuai nak guna tika waktu kelas online dan main game. 

Jadi cahaya yang tidak elok terhasil dari hp & tab pembelajaran dia tak tembus masuk ke retina mata. Selamat dan mata kanak-kanak lebih relaks dan terjaga.


Siap dah. Dalam masa kurang dari sejam. Ini pandangan dekat.
Abg Qi cakap dia pakai selesa bila tengok tab masa sekolah online. 
Lega hati seorang ibu :)
Terima kasih Encik William dan semua staf Eye Pro Vision atas layanan dan penerangan yang detail untuk perlindungan mata si kecil. 

Aku rekemen sangat korang datang sini, boleh order melalui online juga tau. Tak kisah tinggal di negeri mana sekali pun, korang hanya perlu hubungi mereka je. 
Inilah pelaburan kesihatan mata si anak yang sangat berbaloi-baloi bagi menjamin masa depannya. Mata adalah satu anugerah yang sangat bernilai. Syukur!

Tempat: 

Eye Pro Vision
G111, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Kedai dibuka setiap Isnin-Ahad (termasuk cuti umum)  
11.00 pagi – 6.00 petang (waktu PKP)

Maklumat lanjut: 
Encik William 016-3771304

5 Comments

  1. Waahhh..handsome boy lepas pakai spek mata yang sesuai... semoga dipermudahkan utk abgqie belajar.

    ReplyDelete
  2. bagus juju belikan Abg Qi spek gini..perlaburan masa depan yang penting

    ReplyDelete
  3. Kak nina pun baru buat kat sini untuk Eilman. So far dha bertahun kak nina buat spek kat sini, memang bagus lens Alpha Blue 420 dia. Power kak nina maintain dah 4 tahun. Tak pi dah kedai lain.

    ReplyDelete
  4. Ya kan sekarang ni tengok kumputer, tablet dan smartphone terlampau banyak kenalah invest blue light lens kan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)