Terpecah rahsia rancangan Abg Qi
Dia ingatkan juju, jangan buka surat ni selagi belum sampai hari jadi umi. Okey, umi janji. Mujur drawer ni jarang nak dibuka kecuali kalau nak pergi travel baru mencari barang dalam ni.
Dari tahun lepas dia suka karang surat hari jadi. Birthday walid dia pun dia lukis sendiri.
Budak-budakkan, layankan aje. Cuba tengok tulisan diatas. 'Surat'.
Ringkas je, surat apalah tahun 2021 dia karang tu sampai kena buka waktu hari jadi umi je nanti.
Haihh kalau ikutkan hati boleh je nak buka time dia tidur, tapi tak eloklah kan, dah janji.
Hari ini dia kelas online satu subjek je, oleh kerana dia punya kerja sekolah dalam Google Classroom dia menimbun, aku suruh dia siapkan.
Masuk satu subjek Bahasa Arab, dia kena hafal perbualan, nanti cikgu nak soal next kelas online, gituuu.
Situ pun dah makan masa dekat 2 jam. Haihh belum subjek lain lg. So aku suruh dia solat Asar, kemudian masuk tidur petang dalam sejam.
Bagi otak dan badan dia relax. Mengaji dah selesai sebelum mula kelas online tadi. Macam inilah rutin hari-hari, selagi belum mula sekolah 8 Mac 2021, kelas online berjalan seperti biasa.
Bila dia tidur lena dalam bilik dia sendiri, aku nak kemaslah buku-buku conteng dan lukisan dia, saje selak, satu-satu lukisan comel dia buat. Alahai... sampai satu muka surat ni mata aku berkaca...🥲
2 Comments
alahai sweet nya Abang QI, manalah mta Ummi tak berkaca. Kita yang baca ni pun sebak, bagusnya Abang Qi sentiasa ingat Ummi nya. Bagus-bagus. Semoga Abang Qi membesar menjadi anak soleh, pejuang Agama Allah.
ReplyDeletenak bercuti ke Johor nanti ajak umi singgah rumah Mama Yan tau Abang Qi
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)