Kecil, mudah di pum ke mana sahaja, malah buat travel pun ringan sangat!

Terngiang-ngiang lagi perbualan juju suatu ketika di salah sebuah restoren. Waktu itu juju tengah order makanan bersama suami dan anak. Seorang pelayan wanita berbangsa India menghampiri juju dah tak semena-mena menegur juju.

"Miss, miss punya kulit sensitif ye di tangan?"

"Erkk, aah ye saya, lama dah, dah sebati pun dengan jiwa saya, kenapa ye?"

"Saya cadang boleh? Sebab ada saudara mara saya pun alami macam puan, dia guna minyak kelapa, sapu je kerap, nanti dia surut, tapi minyak kelapa ambil masa sebab dia semulajadi".

"Ohh yeke, baiklah saya cuba cari nanti, terima kasih sebab concern hehe malu saya"
"Jangan malu puan, ini biasa, bukan kita minta nak jadi macam ini kan"

"Betul juga tu" :)

xxx

Jadi perbualan itu berlalu pergi macam itu sahaja, tak ada lah aku terus Google dan mencari di kedai. Tapi sesekali terngiang-ngiang perbualan tu di kedai makan. Tergerak hati macam kena cuba ni, kalau mereka dah cuba guna alternatif minyak kelapa untuk kulit, mesti aku boleh betul tak.

Terus aku survey, ada bermacam jenis gak lah. Tapi tak semudah itu aku nak percaya yang jenis produk tu tau. Jadi aku cari mutual friends aku yang kongsikan di blog, kot lah mana tau ada.

Sekali survey, rupa-rupanya ada. Kawan terdekat juju sendiri ada guna dan menceritakan kebaikan minyak kelapa dara dari D'Aura. Menarik!

Kebetulan awal bulan Ogos tahun ini, pengacara terkenal dan tidak asing lagi iaitu Puan Dayah Bakar jadi duta pada produk D'Aura. Wahhh! Buat juju bertambah lagi yakin nak buat pembelian pertama di website daurashoppe

xxx

Hasil tinjauan dan pembacaan juju sendiri mendapati, rupanya Aromatic Minyak Kelapa Dara (AVCO) mempunyai 99% minyak kelapa dara asli berkualiti tinggi yang dihasilkan di kilang D'Aura di Malaysia.

Hanya 1% sahaja menggunakan haruman manakala 100% minyak semulajadi dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan.

Terdapat dua haruman iaitu Floral Fresh dan Morning Dew.
Pilihan juju, Floral Fresh !

Cara kegunaan minyak kelapa dara (AVCO)
AVCO boleh digunakan untuk sapuan pada luaran seperti pada kulit, rambut dan sebagai pencuci solekan di wajah.

Kaya dengan antioksidan dan berbau harum. Untuk pengetahuan semua, haruman dari AVCO bukanlah dari bahan campuran kimia tetapi dari ekstrak tumbuhan.

Maka ianya selamat untuk digunakan. Hanya sapu, dan tak sampai 10 saat, AVCO akan meresap dalam kulit dan yang tinggal adalah bau harum. Menarikkan !
AVCO juga boleh bertindak sebagai Double Cleanser yang mana akan memastikan segala kotoran pada muka dibersihkan dengan sempurna serta membuang kotoran yang menyumbat pori seperti lebihan minyak dari sunscreen, lebihan solekan dan peluh.

Kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk kecantikan
  1. Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  2. Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  3. Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  4. Jerawat cepat susut
  5. Rambut lebih bermaya, melebatkan rambut dan memberi keserian
  6. Sebagai agen pencuci makeup
  7. Pelembab kulit wajah
  8. Boleh sapu di tumit merekah
  9. Kulit ekzema yang kering sangat sesuai di sapu
  10. Menjaga kelembapan optimum

Peraturan jika terjadi... sebab ia unsur organik.
Produk ini boleh membeku kalau suhu below 23c, jadi bagaimana nak normalkan balik minyak ini? 

Caranya letak semula suhu bilik biasa je atau kalau nak cepat rendam balik botol dalam air hangat. Jangan air panas menggelegak tu tau, just suam sikit je. 


Setelah seminggu amal, apa kesannya pada juju sendiri?
  • Dulu kulit ekzema kerap mengelupas di belakang tapak tangan dan kaki, bila sapu waktu malam dan siang kurang kesan kulit mengelupas, rasa lembab je.
  • Kesan kulit lebam akibat ekzema nampak mulai sedikit licin.
  • Rambut rasa lembut dan lebat.
  • Senang lepas balik kerja cuci makeup di wajah guna minyak kelapa dara, selepas mandi guna minyak yang sama untuk melembabkan kulit wajah.
  • Boleh kongsi guna AVCO untuk rambut anak lelaki juju dan suami. 
  • Semakin rasa gembira, rasa nak topup beli lagi sebotol nak cuba Honey Dew pulak hahaha
Video


Bila sendiri pakai rasa selesa dan mudah dibawa, memang juju akan pastikan dalam handbeg juju mesti kena bawa AVCO ke mana sahaja tau. Tak pernah juju rasa selesa dengan pencapaian kulit sekarang. 

Alhamdulilah, terima kasih D'Aura!

Layari untuk keterangan lanjut:
https://daura.com.my/


12 Comments

  1. Uii... boleh la cari nanti. Nak hilangkan parut stretch mark ni

    ReplyDelete
  2. Memang banyak kegunaan minyak kelapa dara ni kan.

    ReplyDelete
  3. best guna AVCO ni as part of routine

    ReplyDelete
  4. Paling suka guna as makeup remover, best!

    ReplyDelete
  5. wah banyak yang kata best.. un dah separuh bekas..ni ada stok kedua tunggu masa nak rasmi.

    ReplyDelete
  6. Kita guna kt muka, buat pelembap bibir n losyen.. Best😘

    ReplyDelete
  7. sukenye botol dye. comel sgt.

    ray follow sini tau sis cantik.

    ReplyDelete
  8. Kak nina pun pakai AVCO ni as double cleansing dan make up remover.
    Pakai kat rambut jugak untuk elakkan hujung rambut bercabang. Suka pakai ni, sesuai untuk seisi keluarga

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)