Hari-hari hidup, apakah cukup?
Sumber gambar: PhotoScape Online
Sudah banyak kali terfikir, juju rasa bukan juju je pernah fikir hal macam ini.
Semua manusia pasti pernah terfikir apakah hari akhir kita sudah benar-benar pengakhiran yang baik-baik atau sebaliknya?
Pasti jawapan kita,
'Buatlah kebaikan hari-hari, memaafkan semua orang sama ada kita menyakiti atau di sakiti luar dan dalam, serta ikut perintahNya'.
Jawapan yang biasa di dengari dan belum tentu kita nak istiqamah (rutin: jadikan amalan harian) dalam hari-hari baru kita, bukan?
Dulu kita pernah rasa kedekut untuk berkongsi, mungkin tidak hari ini, Tuhan uji kita di kala senang untuk kita kongsi rezeki kita membantu orang yang memerlukan.
Semua ini refleks kesan dari hati.
Terkadang tindakan kita tu dah betul, berbalik kepada hati?
Siapa boleh urus hati kita, ikhlas atau tidak atau separa ikhlas, atau bila dah membantu baru teringat oh buat kerana Tuhan.
Adakah ia terkira dalam 'pahala'.
Aku pun tak terkecuali, manusia senantiasa di bayangi dengan diri yang nak buat kebaikan tetapi lupa nak pasang niat. Boleh tak aku nak niatkan macam ini.
"Ya Tuhanku, seumur hidupku, sepanjang lelah nafasku yang engkau anugerahi, aku senantiasa ingin membuat kebaikan semuanya ikhlas kerana Mu Tuhan, Aminnn".
Jikalau boleh? Aku rasa lapang.
Insya-Allah, aku bukan rasa nak tamak, tapi manusia senantiasa di uji dalam susah dan senang. Tak tinggal hatta yang bernyawa, pasti ada sahaja ujian dalam pelbagai bentuk.
Itu sebab, setiap kali aku berurusan dengan makhluk Tuhan termasuk haiwan dan barang tidak bernyawa sekalipun, aku cuba untuk bersikap bersederhana dalam semua perkara.
Agar diri tidak rasa dibuat-buat rasa kebaikan, atau terpalit rasa antara ikhlas atau tidak. Terkadang bila kita selalu mengomel benda-benda remeh, timbul rasa tak syukur tu tau.
Ramai, bukan aku seorang. Aku pun tak terkecuali, cuma sekarang kata-kata perlu dijaga agar diri dan orang lain tak fikir sebaliknya.
Uishh bukan senang ya, waktu kita kecil kita dengan dunia kita. Dosa, pahala, makhruh pun kita buat-buat sambil lewa, sebab? Kita rasa kita kecil, apa sahaja dosa dipikul ibu dan ayah.
Bila dewasa, rupanya banyak cabaran hidup, dunia dan cabaran menuju akhirat yang kita kena harungi hari-hari.
Sampai bila pun takkan pernah sudah,
Sampai bila-bila pun kita takkan pernah rasa cukup... kalau ikut kata hati!
Jadinya, hari akhir hidup kita nanti biarlah indah-indah sahaja yang di tinggalkan selagi boleh. Juju nak gembirakan semua orang yang juju sayang selagi boleh tanpa meninggalkan hati sendiri.
Ya, jaga hati sendiri dulu tu lebih baik sebenarnya, mengawal emosi, berfikir bukan kepentingan diri sahaja tetapi rasa ingin di sayangi dan beri sayang tu kembali.
Timbal balas.
Jika tidak boleh katakan tak boleh tanpa rasa selalu menjaga hati orang, dikhuaitiri nanti hati tidak ikhlas pula di layani...
Jika boleh buatlah seolah-olah itu adalah perjumpaan akhir kalian, buat bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa, sebab penerima akan merasai siapa kita dulu dan siapa kita sekarang...
Moga Tuhan, titipkan hari-hari baru kita bersama di hari pengakhiran kita yang entah bila dengan sedikit kasih sayangNya.
Bila Dia sayang, dia uji, kita redha, kita syukur, kita taakul "Oh ini bahagian ku, terimalah dengan hati terbuka".
Fikir semua benda buat keranaNya.
Moga setiap langkah tapak kaki kita ke mana sahaja...
Moga setiap bait-bait kata yang di tayangkan di media sosial hari-hari...
Senantisa di tukar kepada pahala kebaikan.
MasyaAllah! Ikhlas!
0 Comments
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)