Anak berfikir di luar kotak, bersediakah kita?
Budak kena baca hadis, senyum jelah haha
Lama betul juju tak kongsikan kisah Abg Qi kan? Ada yang rindu cerita dia? hehe
Tak lama lagi dah nak sekolah dah, yelah dah berbulan lamanya dia tak ke sekolah sebab pandemik COVID-19 bukan? Jenuh nak tengok balik kerja sekolah dan kelas online dia.
Disebabkan mak ayah dia bekerja, jadi kelas online dia tak boleh ikut sangat pun, cuma dapat tonton balik kelas online yang cikgu dia rekodkan semula. Bagus tau cikgu-cikgu sekolah dia. Rajin sungguh!
Cuma kita lah kena kuat mental dan fizikal nak suruh selalu dia ikut kelas online dan buat kerja sekolah. Kadang-kadang tu terlepas lah jugak beberapa kerja sekolah hahahaha, tak larat uiii nak ikut. Kadang tu menguji gak IQ aku, almaklumlah dah berumur ni asyiklah tak faham-faham silibus sekolah hahaha.
Semalam, aku siapkan sarapan.
Alah buat nasi goreng cili kering tumbuk tu, campak sikit ikan bilis. Kebetulan telur ayam habis pulak jadinya masak je lah apa yang ada, kebetulan ada left over lauk gulai ikan bawal hitam.
Juju panaskan boleh cicah dengan roti gardenia, pun sedap tau awak!
Goreng keropok keping kiriman ibu mertua, jenuh nak makan banyak.
Tenung lama nasi goreng tu buat keroncong balik perut aihhhh
Abg Qi ni jenis menuruti je, alhamdulilah betul dapat anak macam sebaik dia. Jarang melawan. Mungkin sebab aku jenis tegas dan garang bertempat, jadi dia memang jarang sekali menolak bila di suruh membaca sebelum makan.
Laju tau dia baca hadis ni, dua bab tu sekejap je habis.
Ada sebab kenapa aku suruh. Pertama nak didik kesabaran dia, kedua aku nak dia tau kita utamakan dulu si bapa sebelum mula nak makan, jadinya aku lengahkan nafsu lapar dia sekejap sementara walid dia tengah mandi.
Ketiga, aku memang nak didik Abg Qi khatam peribadi Nabi Muhammad SAW dari segi akhlaknya. Cara makan, cara minum, cara jenis buah-buahan yang diambil, cara berwuduk dan bermacam lagi dalam buku hadis itu diceritakan.
Adakala macam-macam soalan Abg Qi bagi kat juju, nak uji aku lah tu.
Antaranya...
Speed reading buku hadis.
'Umi, Madinah memang dari dulu ada ke? Sekarang ada lagi ke umi? Umi, mentimun panjang tu apa? Susu sejak dulu dah ada ke umi?'
Setiap kali hadis yang dia baca, ada sahaja soalan dia akan tanya balik dekat aku. Kadang-kadang aku tau aku jawab, kalau tak tahu aku cakap Allahualam, Allah je yang tau jawapan tu...gituuuu.
Dia dah mula bertanya soalan dan hendak jawapan logik. Kalau dulu dia cuma membaca sepintas lalu. Sekarang dia mulai nak hadam satu-satu.
Malam tadi, dia panggil juju ke dapur. Suruh tengok jam dapur yang tidak lagi berdetik sejak awal pagi. Aku bebel kat dia mana bateri jam baru ni cari tak jumpa. Dia cakap tak tau...so aku biarkanlah.
Sekali, berdetik...tap tap tap.
Dia jelaskan dekat juju yang dia betulkan bateri jam di belakang jam yang tak betul-betul rapat. Dia masukkan kembali bateri jam tu, terus berdetik kembali katanya.
Allah!!! Besar dah dia, lapan tahun.
Dah pandai fikir dan baiki perbetulkan jam semula.
Tak terjangkau aku sejauh itu dia boleh berdikari bantu umi dia.
Aku tersenyum lebar...
Dia buat aku berfikir panjang malam semalam.
Jangan di sangka umurnya masih setahun jagung, kita rasa dia tak fikir.
Tapi dia fikir jauh di luar kotak, sampai boleh jelaskan dekat aku kisah bateri jam sahaja.
MasyaAllah!
Terima kasih Abg Qi.
Umi sayang awak, walaupun garang sayang umi tu tiada sapa boleh challenge tau. 💗
6 Comments
Dah 8 tahun , dah besar dah abg qi.. bijak yer hafal hadis dah dia..
ReplyDeleteMemang ibu bapa akan berasa gembira dan bangga kan bila si kecil kami telh besar. :)
ReplyDeletealhamdulillah.bgus nya..allah ida dh lama tak bacakan hadis kt anak2. ms mula2 covid tu. hari2 bacakan..tq sharing
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletetahniah
Terbaik Abg Qi 💐
ReplyDeleteBesar dh abgn qi ye.. Memng tak terjangka dek akal bila budk tanya soalan ni
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)