Hari yang paling dinantikan semalam, julia masak Ayam Bakar ala Kenny Rogers guna pressure cooker. Tak perlu oven, guna pressure cooker lagi sedap sangat, tak sangka sedap tu buat ramai famili besar julia makan tak terkata. Licin!

Sebenarnya, nak meraikan si kecil anak julia si Abg Qi (8 tahun) buat pertama kali tahun ini beliau berpuasa selama 23 hari tanpa gagal. Tiada rengekan dan tiada permintaan makan,lapar dan dahaga. 

Syabas! Berbaki lagi 7 hari untuk dia lengkapkan 1 bulan penuh ibadah puasanya.

Jadi julia nak surprise masak hidangan kesukaan dia. Pertama kali ni nak masak ayam bakar guna pressure cooker tau.

Macam² fikir, jadi ke? 
Kalau tak jadi membazir lah seekor ayam besar ni. Husnuzon. Pressure cooker Philips Model 2139 ni sangat memudahkan julia sangat. 

Dari kek sampai ke ayam bakar dia boleh buat tau. Jangan pandang sebelah mata hihi. Ramai mesej personal nak resipi julia. Okey teruskan membaca ya. 😘
 Bahagian depan ayam. Nampak garing beserta jagung enak dimakan bersama. Lepas ni dah boleh buat bila-bila masa nak makan. Kenyang dan menyihatkan. 

Resipi Ayam Bakar ala Kenny Rogers #JuliaMasak | Philips Pressure Cooker #PPC

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dibersihkan
2 keping lemon - dihiris
1 helai daun pandan - ikat kaki ayam
1 batang jagung - belah 3

Tumbuk:
1 biji bawang besar 
3 biji bawang putih
1 inci halia

Lumur:
1 sudu besar sos blackpepper oriental
1 sudu kecil madu asli
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil butter cair

Caranya:
Campur ke semua bahan atas ayam, lumur luar dan dalam. Masukkan 1 jagung dan 1 hiris lemon dalam ayam. 


Ikat kaki ayam dengan daun pandan. Perap 3 jam ke atas didalam chiller. Julia buat jam 7.30 pagi, jam 5 petang baru masukkan dalam pressure cooker. Lagi sedap bahan perapan meresap sebati. 

Sapu sedikit butter @ marjerin sekitar periuk pressure cooker sebelum letak ayam. 

Set pressure cooker:
Valve Bake - button BAKE - choose Chop (20 minit)

Bila siap, dibawah ayam akan jadi garing. Di sebelah atas nampak moist dan lembut. 

Kuah lebihan dalam ppc jangan dibuang ya, masukkan didalam pan non stick goreng sehingga kering dan taburkan diatas ayam bakar tadi.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba korang!

Serius! Bakar guna Philips Pressure Cooker (PPC) sgt sedap. Pertama kali bakar ayam cara mcm ni. 

Fuhhhh, masing² komen:
  1. Juicy & moist sangat wpun 2 jam selepas bakar,
  2. Rasa manis original ayam perapan sempurna,
  3. Ayam tak rasa kering,
  4. Garing dan tersangat sedap,
  5. Diorg nak suruh buatkan lagi, dan
  6. Eat clean ayam bakar ala kenny ppc ni tau. 
5 bintang! ❤❤❤
Seronok sangat Abg Qi. Puas hati dia cakap. 
Alhamdulilah. Masak kat rumah sendiri, packing semua potluck berbuka puasa di rumah abah dan mama dengan adik beradik. Adik² pun bawa makanan, mama abah duduk diam-diam tak payah masak tau. 😘

Barakallah, licin famili mkn juju masak. 
Abah cakap kena masak lagi, mama cakap pandai anak mama masak❗


Abg Qi cakap wahhh besaqnya ayam bakar umi buat, suka sukaaaaaa sedappp umi masak‼

Adik² cakap, kak long esok masak lagi boleh❓

Julia? Elllowwwww elloowww apaaa haa tak dengar elllowww tutttt....HAHAHAHA 🙈🙈🙈😂

(Dalam hati syukur sgt dapat masak bagi tersayang makan puas-puas iftar hari ini. Nak balik pun abah mama ucap terima kasih tak henti². Alahai, xd apa pun la. 😂⚘)

***kredit tenaga: Tq so much husband, dia lah pembantu chef paling cekap didapur, dialah beli semua bahan mentah, dialah basuh dan persiang bahan. Semua benda dia buat, juju just masakkan je tau, jadi i doakan you hari² masuk syurga. 

Amin. 🤲
Klik: Video Ayam Bakar PPC



6 Comments

  1. sexy gtu ayam sekor...mantop juju masak ayam sekor dlm pressure cooker..biasa tgk org panggang dlm oven..akak tk pernh lg buat yg ayam sekor camni

    ReplyDelete
  2. Macam-macam cara boleh buat ayam bakar. Buat ala Kenny Rogers memang popular.

    ReplyDelete
  3. uuish cenggini haaa nampak menggoda ayam tu..

    ReplyDelete
  4. macam nak cuba lah. tp nanti bab nak masak akak pass kat adik. akak takut pressure cooker. heheheh

    ReplyDelete
  5. Air tangan abang Q tu sama yang sedap tu..❤️😋

    ReplyDelete
  6. wow. nampak sedap betul ayam tu. bolehlah masak lagi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)