24 jam fikir...
Kerana aku wanita...
Pelik wanita ni, kalau siang tu ada 24 jam. Dia akan fikir 24 jam non stop, even nak tidur pun fikir esok nak masak apa (hari² tanya soalan survey famili nak makan apa), anak nak aktiviti apa, suami nak pi kerja pakai baju apa. Tu baru 3 fikir, ada ratusan lagi. One shot list set dlm otak...
Anak dara?
Penat belajar tinggi², dpt gaji belanja mak ayah, adik beradik, semua dia nak bagi... sebab fikir byk famili berkorban utk dia terutama mak ayah. Sampai dah kahwin pun, kalau ada peluang, ada duit lebih, tiap² tahun nak belikan set baju raya baru kat mak ayah.
Duit? Mostly yang rajin menabung simpan duit ni wanita. Bukan utk diri dia pun. Dia mesti ckp utk kecemasan, utk kahwin, utk anak. Semua utk bakal² famili dia. Kan?
Untuk diri?
Kadang terlupa dia bawa diri. Dia bahagiakan famili dulu. Kalau nampak dia beli barang online, rata² barang tu 98% untuk famili dia dulu. Periuk baru - inovasi sedia makanan lebih efisien, deko baru - nak bagi mata famili sentiasa ingat dia ada kat rumah (rumah cantik famili suka balik rumah), baju baru - nak bagi anak² sentiasa di ingatan suami yang anak sedang membesar, even tiba-tiba dia marah tu tanda dia ambil berat lebih dari dia fikir pasal soal diri.
Terkadang lupa dia nak mandi sebab urus diri famili. 🤣
Baju sendiri lusuh atau lama pun dia bukan kisahkan sgt. Dia kisah famili di mata dia, mesti kena dgn mata dia. 😆
Yang wanita bekerja tu kalau boleh nak cepat² balik rumah urus famili.
Bermacam lagi lah.
Berapa percent je wanita fikir utk sebenar² diri DIA bagi 1 hari. 100% sehari? Hmmmm takkan.
Tu lah B A H A G I A dia rasa, dia yang cipta bahagia tu, dia usaha nak bahagia tu. Jangan kata mereka boros, jangan kata mereka ni tak pandai urus, wanita ni banyak fikir dulu untuk kesejahteraan famili dia dulu sebelum dirinya.
Itu sebab bila kurniaan atau limpahan perkataan keramat 'TERIMA KASIH' dia terima, satu hari tulah baru dia terfikir apa yang dia dah buat sampai dihargai sebegitu rupa. Hari terima kasih itulah baru hari dia ingat diri dia. ❤
xoxo
www.juliajohari.com
#Vibes #Women #LoveIsFamilyFirst
7 Comments
huhu, kak juju said it well....100% agree!
ReplyDeleteduit gaji fikir family dulu, barang yang diidami selalunya ketepikan dulu.
Wanita memang terperinci. Fikir serba serbi.
ReplyDeleteMudah dan ringkas..terima kasih.Tapi sangat-sangat berharga sebenarnya.
ReplyDeletekerana dirimu begitu berharga (bloeh kan tagline ni?) hehe tak lapuk dek hujan kan..
ReplyDeleteBila tengok org tersayang cukup segala, itulah bahagia bagi seorang wanita kan?
ReplyDeletewanita lebih pentingkan orang sekelilingnya dahulu sebelum dirinya sendiri..hargailah wanita seadanya
ReplyDeleteye mama setuju.. itu lah kita.. fikir org lain dulu
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)