Sebab PKP lah aku jadi...
Sekejap... sekejap belakang pintu lah.
Sekejap... sekejap menyorok dalam bilik air lah...
Sekejap...sekejap belakang sofa lah...
Hahaha, lepas dah penat sepah...haaaa semua kena perintah mengemas.
Sorang kena mop dan menyapu
Sorang kena susun mainan kemas tempat tidur
Sorang kena masak, kadang tu 3 org masuk dapur
Kecah? Sepah?
Itulah bahagia, itulah ceria, itulah realiti hidup atas nama keluarga...
Di sinilah, dalam rumah inilah kita bentuk sikap sesama, dewasa menjadi kanak-kanak sesekali, kerana dunia kita terlalu jauh meninggalkan alam keseronokkan menjadi anak kecil, kita terlalu meninggalkan emosi marah kerana mementingkan kesempurnaan...
Kawan...
Keluarga itu sekeping kertas kosong.
Corak warna warni, sempurna @ tak sempurna adalah hak kita. Rasailah semua, nikmat masa yang diberi, tiada tolok bandingnya...hikmah disebalik Covid19.
Kita makin erat!
Penat, tapi seronok! Sebab keluarga depan mata, sama2 sihat, sama2 berjuang padu menentang #Covid19.
Bayangkan kita semua,
akan konvo satu hari nanti,
satu tarikh yang dinantikan setiap umat Malaysia,
dapat keluar dari kepompong secara sah, bebas dari ancaman virus, dapat mutlak kehidupan rutin sendiri...
Allahuakbar...
Nikmatnya perjuangan...
Korang, KITE HERO PEJUANG #COVID19 !!!
Kita pasti Boleh!
#StayAtHome fasa 1 boleh kita buat
Takkan fasa 2 kita mengeluh setengah jalan kawan...
Pasti!!! Kita pasti boleh!!!
Dengan izinNya✌
#DudukDirumah #StopCovid19 #KitaJagaKita
Nukilan asli: www.juliajohari.com
Gambar ihsan: Ana Muslim
3 Comments
Apabila dan berlalu Covid-19 nanti kita akan terkenang waktu berkurung dalam rumah.
ReplyDeleteSementara itu hargai dan harungi keadaan dengan sabar.
Hahahaha omak eh jadi hijo dah yaaa hahahaha...
ReplyDeleteBiasalah time gini laaa meriah Jue, nanti anak dah besar, sunyi sepi...
best kan PKP, dapat bersama-sama anak-beranak duduk 24/7 =))
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)