Pertama kali buat, terus jadi. Berbunga rasa hati suami dan anak puji cakap sedap dan cantik awwww 🙈

Roti banyak kat rumah, nampak gaya macam tak berganjak aje haa nak kena buat sesuatu bagi laku. Almaklumlah, musim #PKP nak penghujung fasa dua ni selera pun berubah #ngada wey haha. 🤣

Jom buat Agar-Agar Roti nak?
Bahan semua sedia ada kat rumah.
Ala senang je, serius! Memang senang. Godak dalam blender, masuk periuk dan peti ais ehhh siap. Baru laku roti. Hooreyy!

Makan sejuk-sejuk waktu petang sampai malam. Rasanya? Tak sangka dalam agar-agar ada roti, rasa lemak dan manis2 buah.

Sedap oi!

Husband dgn Abg Qi berebut makan tau yeyy. Jangan lupa tekan ting tong dekat jiran sebelah wpun #StayAtHome tau, lepas tu letak nota atas bekas tulis...

"#JuliaMasak jemput ler makan #agaragarroti", gituuu....😉

Haha sian kena paksa makan eh jiran. 😆😆
Abg Qi sekarang rajin nak tolong di dapur, kasi chance la dia petik blender hihi. 

Resipi & video tutorial kat bawah ye, kalau nak view video best klik Youtube juju.

Selamat mencuba dan dah buat sila tag juju, nanti nak ss masuk blog. Adios! 😘


Agar-Agar Roti #JuliaMasak ❤
-----------------------
(Bahan A)
4-3 keping roti di potong kecil
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar susu pekat
1/2 tin susu cair
1 cawan air masak
***blender ke semua bahan diatas sehingga hancur.

(Bahan B)
1 paket agar-agar
2 sudu besar gula kasar
3 cawan air masak (cairkan agar)
***masak agar-agar sehingga cair.

Caranya:
Satukan bahan A + B dan masukkan 2 sudu besar butter. Kacau sehingga sebati. Tutup api dapur.




Bahagikan 3 bekas macam di atas, warnakan ikut kesukaan anda. Macam julia pilih warna pink (guna je pewarna sirap), coklat (guna je serbuk milo) & warna asal adunan. 

Kemudian, masukkan ke dalam acuan satu persatu.


Ambil lidi dan carikkan ke atas ke bawah, ke kiri dan ke kanan utk menghasilkan corak cantik.

Sejukkan didalam peti ais selama 1 jam.
Potong dan hidang. Sedap dimakan pada bila-bila masa.



Jangan lupa subscribe my channel Youtube click link: Resipi Agar-agar roti #JuliaMasak

Selamat mencuba. 😉

4 Comments

  1. Sedapnya mak mentua n my lovely pakwe buat dessert😋

    ReplyDelete
  2. Lately kan suka buat agar2. hehe. simpanlah resepi ni utk puasa nanti..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)