Bil elektrik juju sepanjang tempoh PKP.

Assalamualikum, kalian ada buat semakan #DiskaunRangsanganEkonomi elektrik rumah tak?

Alhamdulilah, kita semua sudah tentu sedang menikmati diskaun rangsangan ekonomi yang disalurkan menerusi bekalan elektrik. 

Cuba cek bil letrik online korang tu...
Berapa peratus diskaun di beri. Macam juju 25% diskaun. Banyak tu kan. Tapi bagaimana diskaun ini diberi? Cara pengiraan bagaimana?

Sebab ada dikalangan rakan² juju sendiri berbeza cara diskaun di beri. Haaa nak tahu kenapa, teruskan membaca celoteh juju ya. 

xxx

Kalau tgk bil letrik juju genap 1 bulan penggunaan mulai tarikh 18 Mac. Tarikh mula PKP kan, elok je tarikh tu mula.

Bayangkan sejak mula hari pertama musim PKP, 24 jam guna kipas, 6 jam guna aircond, 12 jam guna lampu, tu guna gadget memasak kat dapur entah berapa lama masak, lagi kerap asyik caj hp sebab nak like & komen support korang memasak apa lah tu hari² haha. 🙈😂

Yelah, sejak wujud classroom online, kena selalu rujuk email. Abg Qi tu dari tak pernah ada email sekarang dah ada gmail personal tau. 

Kena reka gak email dia sbb senang semak homework. Takde bercampur dgn email juju, serabut aihhh haha. 

Mujur Abg Qi ada iPad. Dulu dok fikir kenapalah husband buang duit pi beli iPad tu, nanti kang asyik main game je kejenya. Rupa-rupanya, masa musim #PKP ni lah ia berguna sangat². 

Mak mak sokmo fikir gadget tu negatif kat anak kan... walhal perkara mcm ni la kita tak nampak. 😅 

Alhamdulilah, terima kasih PM, ayah kita semua jaga kita kan. Memang murah la bil letrik sejak tempoh PKP. 

Kalau tak ada pengurangan memang berbeza lah bulan lepas sebelum #StayAtHome tau. Syukur Allah, rezeki Malaysia!!! 

***23 April nanti - bantuan khas kakitangan awam pula. Yeahh! Marilah mendoakan PM kita tu sihat walafiat utk tadbir Malaysia molek². Amin, yarabbalalamin. 🤲👍
Nak tahu info lanjut mengenai diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi berikutan penularan wabak COVID-19?
Klik --> Sini

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)