Muka selekeh aku lepas balik dari kerja dan baru lepas jemput anak dari sekolah haha.

Masuk bulan Mac 2020, membuak rasanya di hati nak kemaskini perkembangan Abg Qi yang dahulunya 8 tahun lepas adalah seorang bayi, kini beliau sedang menjengah ke angka 8 tahun pada 31 Ogos nanti... arghhh! 

sekejapnyer rasa, tup tup dah besar si bayi ni rupanya...hmmm.

Aku kalau imbas kembali 8 tahun lepas, tak ada apa yang berubah dari segi bentuk fizikal mahupun mental, kecuali hasil kumpul pitih kudrat kerja sendiri berhijrah duduk rumah sendiri je. Itu lah bezanya aku...

tapi kalau tanya pasal si anak sudah tentulah pertukaran dari seorang bayi, ke kanak-kanak.

Gambar di atas adalah gambar kami tengah mengisi masa lapang selepas jemput dia dari sekolah, sebelum masuk ke rumah memang kami suka ke gazebo, sebab sini ada taman mainan kanak-kanak kedua, taman mainan utama di aras atas lagi besar.

Cumanya di sini setiap kali balik ke rumah akan nampak dulu jadinya memang jadi tempat tumpuan Abg Qi.

Walaupun dia tak ada adik beradik, aku lihat dia pandai urus hiburan dia dengan cara dia. Terkadang dia mengusik aku dengan aksi buat sembunyi-sembunyi di sebalik mainan yang ada, terkadang dia mengelungsur kepala dulu yang turun saje nak aku tegur dia, saje naik papan jungkit nak menjungkit seorang diri seolah-olah bermain seorang diri pun buat dia sangat terhibur.

Aku?
Aku ketawa melihat dia riang seorang diri...
Tegur bila dia saje nak reka perhatian... 

Terkadang teguran main cara yang tak sepatutnya dia rasa dia diperhatikan, dia di sayangi, dia dilindungi.

Itu aku rasakan...
Lihatlah Abg Qi, 
Mainan ini sudah mengecil buat dirinya yang semakin membesar, mungkin umur 9 tahun dah tak muat dia nak masukkan... dia masih bernalurikan kanak-kanak. Sudah tentu aku rindu kenangan ini, ahhhhh kenapa air mata menerpa pula ni saat menulis...............tak terkata.

Dia selalu meminta nak ke taman permainan sebelum masuk ke rumah, saban hari kot. 

Tapi aku punya kudrat penat balik dari kerja, harung kesesakan jalan raya (waktu hujan lebat je nak trafik jem sangat, walhal dekat je jarak dari sekolah ke rumah dan tempat kerja) yang kadang kala tiba-tiba membuat emosi tidak baik membuatkan ada kala aku tunda niatnya. 

Ohhh...niat si kecil yang tidak memerlukan 1 sen pun, cuma aku belum kuat nak urus emosi. Terlalu mengikut emosi penat sendiri.

Terlupa penat si kecil belajar ni lagi hebat, cuma aku je tak nampak apa dia belajar di kelas, subjek pun subjek bahasa Arab, siap di tambah masa ekstra lagi...aku?

Ya, aku masih mendengar kata penat sendiri. Bila terbaca benda viral kisah anak di media sosial, mulalah rasa insaf pada diri. 

Lepas insaf sekejap je sedar, lepas tu masih kembali pada diri yang asal, melayan kerenah sendiri berbanding darah daging sendiri... 

Ya, pernah sekali aku memarahinya, marah teramat sangat, bila penat merasuk diri. 

Kejadian menghantar dia mengaji Al-Quran.
Setiap hari waktu petang, memang tugas rutin untuk menjemput dia dari sekolah, seminggu sekali dia dihantar mengaji intensif di waktu malam selama 2 jam. Jarak waktu balik dari sekolah ke tuisyen gap sejam sahaja, masa itu nak makan, mandi dan solat Maghrib.

Tepat jam 8 malam kena sampai di pusat tuisyen, ya aku kena drive. Sebab kawasan rumah kami belum ada untuk waktu malam.

Kebetulan walidnya sibuk, tak dapat hantar dia mengaji. Jadinya aku ambil alih tugas tu. Memang aku belum mandi dan makanlah, dengan pakaian kerja aku cuma solat Maghrib sahaja. Memang dia selalu dihantar mengaji oleh walidnya, tapi kali ini aku kena hantar. 

Aku kepelikan, dalam rumah lagi dia sudah mula buat muka sebak, muka macam nak menangis. Aku tahu mungkin dia kepenatan atau dia nak walid dia hantar.

Aku sisip dia motivasi, sepanjang jalan aku bagi dia semangat...
Dia diam...

Aku tanya, kenapa?
Jawabnya, ustazah garang.

Aku motivasi lagi, aku cakaplah dulu memang masa umi mengaji siap kena rotan lagi, biasalah ustazah garang sebab nak kita cepat pandai. 

Dia sambung sebak...aku nampak dia lain.
Tak seperti sebelum ini beria-ria bila walid dia hantar mengaji....

Tepat jam 8 malam sampai tempat mengaji...dia masuk sambil tersedu-sedu. Aku cakap, Abg Qi boleh, kuat tau.

Bila takut, tiba-tiba kan ada selsema, tiba-tiba ada batuk...siapa tak kenal anak sendiri. Takkanlah sakit demam selsema kami nak hantar dia mengaji kan...

Cumanya pelik, seusai aku sampai di rumah aku terkocoh-kocoh mandi dan tunaikan solat isyak, kebetulan hp silent.

Sekali baru nak baring kat katil tengok ada notification 10 call dari suami...
Aku call balik cepat-cepat, katanya Abg Qi di arahkan balik ke rumah kerana batuk dan selsema...

Aku terus hmmmmmmmmm...nafas turun naik semakin kuat...
Aku bersiap balik, turun rumah dan memandu ke pusat tuisyennya yang memerlukan 10-15 min perjalanan...

Aku cuba nak cool downkan diri.
Aku naik dan jemput Abg Qi...aku tanya penjaga pusat tuisyen tu...katanya siapa yang call puan?

Aku naik balik gelora nafas turun naik hahahhaha....
Aku cakap, suami ada hubungi saya minta saya jemput kembali anak saya...kenapa ya?
Sekejap saya tanya ustazah mengajar di bilik darjah...

Sekali Abg Qi keluar, muka cool beb hmmm...
Aku tanya lah, tak sihat ke?

Jawab dia selsema dan batuk...aku dah agak...ni sebab lepas sebak dan keluarlah selsema dan batuk jadinya ustazah agak dia tak sihat betul...budak-budak weh dia iyakan aje hishh!

Perangai....
Sejurus tu, aku masukkan dia dalam kereta...apa lagi, habis kena sesah bermacam jenis kemarahan aku lempar kat dia...

Dia senyap....
Dia mengaku salah dia...
Salah menggunakan hafalan nombor telefon walidnya dan meminta ustazahnya call untuk ambil dia dari pusat mengaji...

Memang tindakan itu salah, guna pada cara yang tidak betul...
Aku kalau dah penat sangat bila timbul perkara macam ini, otak aku tak boleh cool...terus mencanak kemarahan tu...bertubi-tubi Abg Qi kena marah.

Itu kelemahan terbesar aku hadap...aku susah nak urus kemarahan bila timbul benda tak logik depan mata.

Lesson learn untuk Abg Qi...
Dia belajar untuk urus emosi dia.

Kita dulu masa kecil, ustazah libas kat peha masa mengaji berulang kali pun takut nak balik rumah, duduklah mengaji teresak-esak sebab menahan kesakitan...

Sakit dan takut itulah buat kita belajar...itu yang aku terangkan pada Abg Qi...mana ada hidup dunia belajar ni sesenang itu...akan ada ujian.

Baru dapat kaut kemanisan di akhirnya.
Lapan tahun...
9, 10 ke berapa tahun pun kita kena ajar dan didik kentalkan hati si anak...jangan sampai benda remeh dan kecil macam ini pun kita rasa perlu menangkan anak...dia belum tahu dan kena tahu apa akibatnya kalau malas belajar.

Aku...
seorang ibu yang tak sempurna...lepas aku marah dia tahap kuasa kuda yang entah keberapa...aku minta maaf balik padanya atas suara tinggi.

Nasihat yang sama...cuma aku mohon maaf atas suara yang sangat maha dasyat...selepas dari kejadian itu, setiap kali nak pi mengaji dia tak ulang dah perkara yang sama.

Malah dia cakap, umi jangan tukarkan Abg Qi ke sekolah mengaji lain...Abg Qi dah selesa kat sini, seronok.

See! Sabar itu ada manisnya...sabar dengan guru, dia didik kita bukan senang, kalau masih buat latihan tak faham-faham memang kena marah sebab kita tak fokus.

Itu je...sejak dari itu, aku belajar dari kesilapan untuk didik rohani tidak mudah marah...

Ingat senang nak kawal marah?
Ohhh tidak sesenang itu... siapa cakap si ibu punya anak tunggal tidak marah si anak, salah fakta itu ya, kami pun nak didik si anak menjadi manusia ada budi dan bakti.
Aku cuba dan sedang belajar ke arah itu, kawal marah bila diri dilanda kepenatan melampau.

Tu aku tak suka marah, bila marah di akhirnya aku jadi seorang yang serba salah, aku jadi seorang pendosa (waktu cool down) walhal aku nak bagi tahu itu cara kurang tepat buat si anak...

Doa umi buat Abg Qi agar dia lebih kuat sabar dan kental harung cabaran dunia pendidikan di arus 2020 ke atas. Tanpa pendidikan, kita tiada nilai jadi manusia. Kosong.

"Memories bring back, memories bring back you"

9 Comments

  1. mmg susah nk kawal marah..kdg2 kita keje ada yg bw dr opis blk umh..ank yg kena..smoga kita sama2 dpt kawal emosi

    ReplyDelete
  2. semoga anak bujang umi ni jadi anak soleh.. aminnnn

    ReplyDelete
  3. Apabila dah penat dan lapar memang mudah marah. Lepas dah reda dan dapat fikir baru rasa bersalah. Tulah saya pun camtu marah anak-anak buah buat sepah di rumah. Lepas tu menyesal.

    ReplyDelete
  4. Aduhai abg qi..buat drama pulak dia.. mmg susah nk kawal marah dgn anak yg kdg2 buat perangai ni kan..

    ReplyDelete
  5. Same here juju...
    Kena banyak muhasabah dan bermujahadah tapi selalunya tewas juga :(

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Abang QI bijak. semoga membesar menajdi anak yang soleh

    ReplyDelete
  7. comey sangat abang Qi. semoga abang Qi menjadi anak yg soleh buat kedua ibu bapa. aamiin ^_^

    ReplyDelete
  8. semoga abg qi menjadi anak yg soleh ya

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)