Tandas khas anak-anak di reka sebegini cantik dan selesa !
Baru selesai buang air Abg Qi, masa dia jalan ke depan ni banyak kali julia pesan, "Bersih? Pum? Betul?" Abg Qi angguk tandas sudah buat seperti yang di amanahkan selalu tika di rumah mahupun di tandas luar. Good job Abg Qi.
Tahu AEON Taman Maluri, Cheras? AEON yang baru beroperasi tak silap julia awal tahun 2020 atau awal bulan Dis 2019 lebih kurang, tak berapa ingat dah tapi memang baru lagi. Bukan kali pertama kami ke sini, sudah banyak kali tau tak. Paling aku suka kalau ke tandas awam disini, selain bersih, dekorasi ruang tandas sangat selesa.
Paling seronok sebelum nak ke tandas dewasa, kita akan nampak dulu tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan. Serius cantik yang amat, dekorasi setiap satunya berlainan tau.
Jeles tengok ruang diorang, ketinggian mengikut umur lebih kurang kanak-kanak yang boleh dilatih menggunakan tandas sendiri dengan pantauan skala jauh macam ini. Terkadang terdengar suara anak kecil lain memanggil si ayah atau si ibu untuk pastikan tempat pembuangan mereka bersih atau tak hehe comel je anak-anak ni.
Kemain Abg Qi, siap usya rambut dulu hehe, basuh tangan wajib selepas masuk tandas.
Abg Qi sudah ada keberanian masuk ke tandas sendiri kalau ke AEON sini, sebab khas untuk anak-anak seusianya. Ruang dalam tandas ni juju jenguk juga tau, luas betul kawasan. Ruang pembuangan air kecil dan besar sesuai dengan punggung kecil mereka hehehe serius selesa.
Pengering tangan untuk si kecil pun ada, kerlassssss sangat haha, untuk ibu bapa ada ruang kerusi panjang disediakan di luar untuk menunggu anak-anak mereka untuk ke tandas.
Kalau semua tandas awam sedia khidmat tandas untuk anak-anak kecil, kuranglah rasa kebimbangan ibu bapa terhadap masalah sosial yang berlaku terhadap anak-anak bila ke tandas kan.
Tapi tidak bermakna bila ada tandas khas anak-anak kita lepas tangan, tetap mereka di nasihatkan untuk intai dulu kawasan sekitar tandas, bila selamat baru tutup pintu tandas.
Jangan biar org dewasa lain masuk ke zon pembuangan si anak, respect mereka, nasihat anak-anak untuk bersihkan kawasan tandas dengan pum dan bersihkan kotoran dengan air sehingga bersih baru tinggalkan tandas awam.
Barulah anak kecil lain nak gunakan tandas mereka rasa gembira, sebab kita sendiri hormat tempat awam.
Puas hati, harap lagi banyaklah tandas awam untuk anak kecil di bina indah dan cantik macam ini. Semangat betul anak-anak kecil nak berdikari awal belajar buang air sendiri. Syabas!
13 Comments
wah itu hari dah buka kan?dan tutup..ni nak buka semula ke mcmna ya
ReplyDeleteYa, kalau naik MRT ke Taman Maluri, mmg MRT ni betul2 turun depan AEON taman maluri cheras. Berdekatan dgn Sunway Vellocity.
Deleteler kt aeon maluri ye tandas ni..cantik..lama tk pi aeon maluri
ReplyDeleteDah reno baru dan selesa. Kami suka food court dia sgt luas dan meja semua ada yg ala2 picnic style
DeleteWah Ada tandas untuk budak-budak.
ReplyDeletebagus jugak kan ada tandas khas untuk budak² ni ju, jadi diorang lebih berdikari,cuma kita kena pantau la kan.risau jugak dengan faktor keselamatan walau ianya untuk tandas kanak-kanak
ReplyDeleteBagus tu juju,mendidik kanak2 agar menjaga kebersihan..
ReplyDeleteBagus kan tandas mcm gini
ReplyDeletetak la basah abeh baju anak bila basuh tgn dgn sinki tu haaaa
menarik tandasnya...memang bagus untuk anak2 kecil yang baru nak sesuaikan diri pergi tandas di tempat awam. Nice one AEON!
ReplyDeletebagus la utk anak2..selesa nampak
ReplyDeletesubhanallah. sungguh cantik mata memandang. sangat menarik ^_^
ReplyDeletebayangkan pegi AOEN semata2 nk gi tandas sebab cantik sgt...hahaha
ReplyDeletetp memang cantik pun
comey je tandas dia. sesuai dengan orangnya. memang sesetengah mall provide tandas utk kanak kanak. rasa nak masuk je kan. rajin pulak juju terjah mall jauh jauh eh. tabik la.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)