Hasil beginner, best kot air tangan pertama kali buat, bahan pun senang dan rasanya lebih kurang macam coklat SR tu hahaha jimat ni buat banyak dan stok dalam peti ais, bebila boleh jamah. 

Bukan main tahun baru nak cuba resipi kek haha, kasi can lah juju mencuba ye dak? Asyik dok dalam zon selesa je, asyik terliur je tengok orang buat dan jual mana puas makan. Apa salahnya juju gigih sikit cari bahan buat kek dan mencuba. 

Pertama kali dalam seumur hidup buat kek.
Inilah kek yang menjadi juju buat dengan air tangan juju sendiri. Senang kek batik ni tak payah guna oven. Semuanya guna dapur gas untuk adunkan bahan dan sejukkan dalam peti ais selama 12 jam. 

Terus boleh potong dan ngap!
Rasanya kurang manis, semua 100% guna dark coklat dan milo sikit. Tiada sebarang gula kasar atau halus. 

Juju dapatkan resipi ni pun dalam media sosial, gabungan online seperti Youtube dan buku masakan. Jadinya apa salah kita mencuba, jadi ke idok mari tengok video dan gambar di bawah. 
 Bahan-bahan asas buat kek batik, bukan bahan premium, bahan biasa je. Whipping cream tu khas untuk adun layer dark coklat di atasnya. Untuk lebih rasa limpahan dark coklat. 

Bahan-bahan Kek Batik:
Biskut Marie - ikut berapa banyak bekas nak buat, satu bekas seeloknya 2 pek biskut. 
1 bar butter - juju guna salted butter senang tak payah letak garam dah
1/2 susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan air panas
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Topping indulgence
Whipping cream - selalunya kotak ungu di jual di pasaraya
1/2 cawan serbuk dark chocolate
1 bar dark chocolate
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter (dalam video lupa letak jadinya korang letak okey supaya hasil permukaan ada nampak kilat)

Cara buat layer pertama:
1. Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
2. Cairkan butter
3. Masukkan susu pekat kacau sehingga sebati.
4. Terus masukkan milo dan air panas. Kacau je.
5. Pecahkan telur, masukkan dalam adunan.
6. Yeyy masukkan esen vanila, terakhir sekali tutup api dapur.
7. Biskut marie dimasukkan sedikit demi sedikit, kacau sehingga ke semuanya sebati. Biarkan sejuk baru masuk dalam acuan dan tekan sedikit supaya padat.

Layer kedua topping:
1. Panaskan whipping cream dalam kuali.
2. Masukkan 1 bar dark coklat dan serbuk koko.
3. Esen vanila dan 1 sudu besar butter.
4. Kacau sehingga sebati, kalau nampak pekat sangat letak sikit air panas. 
5. Terus tuang adunan ni ke atas kek batik. Sejukkan terus. 

Nak senang, click je video di bawah sekali. Ada cara-cara juju tunjukkan dari A-Z.
 Dah namanya bukan bakers, apa sahaja bekas di rumah boleh buat tau. Yelah bukan guna oven so cari bekas 4 segi biasa dan juju letakkan kertas foil dalam tu. 

Tujuannya, bila di sejukkan dalam peti ais selama 12 jam kita boleh keluarkan kek batik ni mudah je. Tak melekat dekat bekas asal. Nak potong pun senang. 
 Berkilat sungguh hahha, dua bekas tau juju buat. Memang banyak buat, sekali buat biar buat banyak senang siapa nak makan boleh potong bila-bila masa. 

Masa ini sejukkan dulu layer pertama. Kemudian siap topping indulgence tu terus layerkan diatas kepala kek batik. Kemudian tutup bekas simpan dalam peti ais. 

Lagi sedap esok jelah korang makan haha, barulah rasanya lebih mesra dan padu ehhhh hahaha. 
 Serius, aku rasa pelik. Selama ini aku teringin nak buat kek, alhamdulilah tercapai wpun ia cuma kek batik haha. 

Aku potong kek aku guna pisau potong yang ada je weh, apa yang ada kak rumah aku tak add on pun beli kat kedai. Sebab aku tahu, mood nak buat kek cuma ikut mood bila teringin nak makan je baru aku buat dan cuba buat sendiri.

Ternyata tidak sia-sia kawan...
Suami dan Abg Qi orang pertama juri rasa kek batik juju buat...kata mereka?
"Lembutnya, sedap rasa koko tu mewah, ada chewy ala-ala cloud9 dilayer bawah sekali, tak manis sangat, just nice, sila buat lagi!!!!"

Bertalu-talu diorang makan hahahhaha 
Yang buat aku pelik, macam mana ada layer chewy ala-ala cloud9 di layer bawah sekali. Serius dah rupa macam 3 layer dah kek batik juju, tiber rasa eh cantiknya kek batik aku hahaha 😂😂😂

Leganya rasa di hati. Okeylah kan bagi beginner macam juju, sekali buat dah jadi. Bagi kalian yang takut nak buat kek, apa kata cuba dulu buat kek batik. Mesti jadi. 

Walaupun rupa kek juju tak komersial langsung, tapi rasanya juju rasa sendiri pun dah sedap walaupun tak guna pure butter atau bahan yang premium, syukur sangat di rasakan. 
Patut layer indulgence ni tebal sikit, sebab tamak nak buat 2 bekas tu nipis. Nanti lain kali nak buat tebal lah, lebihkan koko beli 2 bar hehe. 

Kebetulan semalam mertua juju datang ke rumah, langkah kanan lah juju jamu diorang rasa air tangan juju buat kek batik indulgence. Gila kan, pertama kali buat terus kau kasi mak pak mertua kau rasa, mujur lah ibu mertua cakap sedap. 👏💪

Maka berterbanganlah juju ke awan biru tak turun lagi sampai ke hari ini hahaha, selamat mencuba semua. 💋💖


Jangan lupa tekan butang subscribe Youtube Channel Julia Johari
[ Klik VIDEO ]

9 Comments

  1. Thanks for sharing. Akak mmg teringin nak buat. Step by step cam ni lg senang nak ikut.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah percubaan pertama menjadi. Kek batik Ju buat ni macam kek yang dipertingkatkan bahan pula saya tengok.

    ReplyDelete
  3. Uiyooo telan ailio nengoknyaaa..nak sikit!!

    ReplyDelete
  4. wahhh betul2 nampak mewah coklatnya Juju...

    ReplyDelete
  5. lama tk buat kek batik..skarng yg indulgence plak...yumyyyy

    ReplyDelete
  6. juju ni memang rajin la masak. buat kek batik ni anak dara akk expert la. kalau akk buat tak sedap sgt.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedappnyaa tq for sharing recipe

    ReplyDelete
  8. sedap sgt niii. pebret Ina kek batik. Emm, sekarang ni mampu tengok je dl.Peti ais bahagian bawah rosaj pulakk.Tq juju.. Ina save resipi kek batik ni yee

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)