Gambar rasmi di rakam oleh juju sendiri ya. Tika ini baru selesai usai menunaikan solat Zohor. Seni bina tu indah belaka. Nampak tak setiap tiang ada kalimah ayat, "Laiilahaillah muhammadurrasullulah". 😍

Dari tahun lepas nak jejak ke Masjid Sri Sendayan, tepat tarikh 4 Januari 2020 rezeki dapat ziarah di sini. SubhanAllah, Maha Suci Allah! Dari jauh kelihatan sayup-sayup warna kubah putih menghiasi Bandar Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan. 

Kalau datang waktu tengahari, panas terik memang nampak lagi putih melepak masjid ni tau.

Kebetulan, ada kenduri kahwin rakan seperniagaan suami di Seremban pekena pula lauk masak lemak daging salai sama daging masak hitam mata pun hampir kelayuan dek kerana perut sudah penuh, solat belum lagi jadinya rezeki bertamu ke sini. 

Ambil masa dalam 30 minit untuk menerokai keseluruhan Masjid Sri Sendayan, baru perut lega di beri senaman ringan berjalan.
 Nampak dua baju putih? Suami dan Abg Qi selesai mengambil air sembahyang di kubah kecil tu. Sesekali angin menderu membelah panas, dingin dan sejuk di rasakan. MasyaAllah, tempat ruangan ambil air sembahyang untuk lelaki tersangat indah. 

Cantik sungguh, tak tergambar dengan kata-kata. Ibarat macam sedang menjelajahi satu episod pengembaraan di bumi Dubai dan Mesir. Nak tahu? Seni bina di sini adalah kacukan dari bumi Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China tau. 

Itu sebab sekali lihat macam di morocco style, sekali tengok macam modern Islamic style rupanya ada percampuran seni bina dari beberapa negara luar. 
Muka hadapan Masjid Sri Sendayan, dari tadi mata tak henti memandang, rakam gambar betul-betul di depan anak tangga, di sini memang redup. Nampak biasan cahaya langit dari tepi. 

Hasil bacaan juju melalui beberapa medium online, mengatakan kos pembinaan masjid dengan seni bina ini adalah lebih kurang RM100 juta. Hebat bukan! Itulah dia sebenar-benarnya definisi KAYA.  

Kaya itu berkongsi, berkongsi kasih sayang dengan memberi ketenangan dan kedamaian melalui cara sebegini buat kita lebih mensyukuri sama ada memberi dan menerima. Sama-sama menikmati. 
 Ruang legar dengan kipas giant di atas rooftop, buat ruang ini tampak klasik dan seakan berada di negara luar. Tatkala gambar ini di rakamkan oleh juju, ternampak beberapa anak kecil berlari-lari anak sekitar kawasan masjid, berduyun hendak mengerjakan solat. Tarikan ini sedikit sebanyak beri impak besar pengaruh untuk lebih beribadah rupanya. 

 Pintu utama ruang solat untuk kaum muslimin, seni ukiran di pintu-pintu ini beri lebih keunikan dan kesejukan ruang itu sendiri. 

Dari lantai, dinding sehingga ke atas bumbung ada sahaja seni yang di tonjolkan. Sesekali persoalan si Abg Qi muncul. Umi, tu ukiran kalimah Allah kan. Dia dah bersekolah masuk Darjah 2, kalimah yang di tahu dia ucapkan. 


Ruang ambil air sembahyang untuk muslimin. Berlatar belakangkan taman, sekali imbas rasa macam ada percikan di taman syurga Allah. Kalau di sana bagaimana lah nanti kan. 

Mesti ramai kalangan muslimat nak tahu bagaimana ruang solat muslimat di sini kan. Kalau kalian dari arah depan pintu Masjid Sri Sendayan, ada dua cara nak naik ke sini. Pertama ada laluan belah kiri dan kanan. 

Kalau julia melalui laluan muslimat di arah kanan, ada di temukan dengan lif dan anak tangga untuk ke aras atas solat wanita. 

Juju tak naik lif, tapi memilih anak tangga untuk memanjat ke aras dua. Ya, sebabnya nak tengok anak tangga di sini. Keseluruhannya menggunakan batu marmar tak silap julia. Kaki yang berstoking menyerap rasa sejuk lantai. Dingin dan sesekali bertemu dengan beberapa muslimat yang berpurdah menggunakan anak tangga menuruni setelah usai menunaikan ibadah. 
Inilah jamuan mata julia disini. Saksikan ya. 


Ada dua bahagian tempat ambil wuduk laluan kiri dan kanan. Jalan ke depan sikit, ada bilik makeup yang sungguh besar. Inilah dia, pertama kali melihat Allah, besarnya, siap ada ghost chair tau. Wowww!

Ada hiasan deko minimalis di sini, juju sendiri duduk di kerusi tu tau, mana pernah lagi duduk Ghost Chair, sekali duduk nak pakai stoking dia punya sedap tu kemain lagi haha. 


 Wajah bermandikan air wuduk gitu hehe

 Anakanda Abg Qi, gambar ini di rakam oleh walidnya sendiri. Bukan main suka dia jadi tetamu Allah. Tak henti-henti si kecil ini berkata, cantik, cantik!



Alhamdulilah, terima kasih Allah. Dapat tunaikan hajat ke sini, kalau kalian nak ziarah ini alamatnya. Bawa keluarga ke sini, bila lagi nak rapatkan diri, renovation hati dekatkan diri dengan masjid. Moga kita peroleh keberkatan dari Nya, amin. 


Masjid Sri Sendayan, 
Persiaran Idaman Villa, 
Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, 
Negeri Sembilan

7 Comments

  1. Subhanallah. Rasa macam masjid kat luar negara ja. Sedangkan dalam malaysia 😁

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..cantiknya macam kat luar negara

    ReplyDelete
  3. cantiknya.. rasa macam bukan kat malaysia pulak tengok senibina tu =)). nanti teringin la nak pergi situ. Thanks ya kak juju sudi share tempat cantik-cantik macam ni

    ReplyDelete
  4. MASYALLAHHHH.. now tengah trending kan masjid ni. suka nya tengok. gambar u pun cantik2 lahh..

    ReplyDelete
  5. gmbr2 yg chantek dan jeliterr.. :p

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)