Geng Sedia Makan Tengahari Lapan Orang
Air tangan juju, giliran juju hari ini.
Semangat tahun baru 2020, buat pertama kalinya sejarah dalam 13 tahun bekerja geng pejabat termasuk bos join Group Sedia Makan Tengahari. Seramai 8 orang ahli yang berminat. Sistem giliran diguna pakai, maka juju dan bos reka jadual giliran.
Elok sangat sebab giliran diambil dalam sebulan hanya dua kali sahaja setiap seorang sedia makan waktu tengahari tau.
Kecuali hari Jumaat, sebab hari Jumaat adalah hari yang kami kosongkan jadual untuk beri kelonggaran pada rakan-rakan untuk menikmati makanan di luar mahupun di cafe.
Hanya hari Isnin hingga Khamis sahaja sistem giliran berjalan maknanya setiap minggu untuk setiap hari seorang sahaja ditugaskan untuk menyediakan 1 lauk dan 1 sayuran. Tak kisah apa sahaja lauk yang halal, ikut kata hati. Apa yang kami tahu, kenyang perut suka hati haha. Bajet bawah RM20-25 ke bawah sahaja.
Gulai ikan tongkol tanpa santan dimasak pekat guna api kecil, ada sebab efek api besar dan api kecil tau. Ikan tongkol di beli segar di Pasar Pudu hari Ahad lepas. Sekilo lebih baru RM10 je si ikan tongkol terus belah 8. Betullah kawan-kawan kongsikan, Pasar Pudu jual ikan segar lebih murah berbanding di pasar basah lain. Tapi tu lah lecak lantainya, memang kena pakai biasa-biasa je haha.
Kesannya
Sebulan bajet 2 kali masak atau beli lauk di kedai hanya lingkungan bawah RM40-50 sahaja tau sebulan. Jimat betul duit. Kalau tidak selalunya RM100-200 bajet makan pejabat diperuntukkan untuk sebulan bagi seorang makan. Yalah kalau makanan pun dah dekat RM7-8 sehari tanpa air, kalau sekali dengan air dah dekat RM10. Kadang lauk pun seketul dah RM5-8 tau, kecil dan mahal pula tu, almaklumlah di kota raya.
Terkadang menu pun mahal, sekali sekala tak apalah, kalau hari-hari memang kena puasa atau catu makanan untuk elak pembaziran wang ke arah makanan semata.
Ratu ulam, ingat nak cari pegaga tapi tengok tak ada stok di jual. Jadilah kacang botol dengan sayur timun, belah kecil senang 8 ahli nak makan.
Ikan pelaling goreng, pun segar di beli sendiri oleh juju atas Pasar Pudu. Murah sangat.
Cili padi, bawang kicap namanya, perah asam limau fuhhh. Inilah gandingan lauk gulai ikan tongkol. Jaga-jaga takut tak cukup nasi bila di makan bersama ulaman haha.
Menu julia masak ini, julia kurangkan minyak, hanya garam dan gula secukup rasa, tiada perasa tambahan seperti aji sebab kat rumah juju di larang keras beli bahan berkenaan, semua alami bahan semulajadi. Lebihkan zikir dan surah ayat lazim. Malam tadi je masak gulai, bangun pagi jam 5 pagi, hanya goreng ikan dan buat sambal kicap. Settle!
Malu sebenarnya nak saji kat kawan-kawan, harap kena dengan tekak mereka. Kalau tak okey pm tepi kita belajar lagi hahaha.
Esok giliran siapa? Jeng jeng jeng! Harap dua minggu ini berjalan dengan lancar sekali.
Nanti ada masa juju kongsikan gambar menu Geng Sedia Lunch di masa akan datang, boleh tengok pelbagai variasi menu dan sajian kawan-kawan dan bos kami sediakan. Yang penting bos support siap beli beras buat sesi percubaan 2 minggu. Nasi kami masak kat pejabat je ada rice cooker. Hooreyyyy! 😍
14 Comments
meriah la mkn2 masak2 tp kena sepakat la yg nk masak2 tu
ReplyDeleteMemang sepakat pun sis, bagi yang nak masak di alukan, bagi yang beli lagi memudahkan sebenarnya. Ikut citarasa masing-masing, macam juju suka masak, tu yang masak sekali untuk suami dengan Abg Qi dapat menumpang makan sarapan awal waktu bekerja hihi.
DeleteMakan sama-sama nilah yang nikmatnya lain macam.
ReplyDeleteTambah erat interaksi rakan sekerja termasuk majikan. Seronok pula sis PC. Kalau tidak menapau makanan tengahari, dah la makan asing2 waktu sibuk, ni buat cara macam ini makan ramai-ramai, at least boleh less stress gelak ketawa hehe.
DeleteBest kongsi-kongsi makan. Alhamdulillah ada yang sertai. Suka ikan tongkol.
ReplyDeletepergh menarik sangat idea ni. kerja kat tempat ramai2, syok la ^_^
ReplyDeleteBest jugak buat macam ni erk...nak ajak la kengkawan..asyik makan sorang je...sendiri je bawak bekal
ReplyDeleteSedapnyaaa nampak gulai ikan tongkol tu kak Juju. Ini mahu bertambah tambah makan nasi. Hahah!
ReplyDeletebestnya, sepakat membawa berkat
ReplyDeletewah best lah gitu, sepakat dgn kawan sekerja, sekali jimat leh rapatkan silaturrahim makan bersama lauk hasil air tangan
ReplyDeleteadoiiiiii nyesal buka,lapar balik dah huwaaaaa...
ReplyDeletePeerrghhhhh
ReplyDeletememang tak toleh kiri kanan dah la kalau makan kari dengan sambal kicap ittuuuuu
walaupun nampak macam simple tapi sedap juga makan ramai-ramai ni, mahu bertambah nasi tu..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletepandai sungguh juju masak. mesti sedap nih.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)