Thanks Abg Qi snap gambar pakwe & makwe Krabi ni tgh post wedding haha i like! Nampak tak laut Ao Nang dan bukit dari jauh bawah awan tu? Makin lama makin pandai Abg Qi snap, tapi mcm biasa, dia akan snap sekali je lepas tu kata "dah jgn membazir gambar" haha kau rasa? 😜

Yeyy dah sampai cerita Krabi Part 7, macam tau-tau je part 7 adalah 7 Heaven Krabi yihaaa. Port ini julia survey melalui Google Image, Google Earth dan bermacam jenis bacaan kami baca. Tak ramai orang Malaysia cerita betul-betul pasal tempat ini tau. 

Bagi aku tempat ini macam tempat fairy tales Krabi! 😍😍
Tiket masuk ke tempat ini dalam belasan ringgit duit Malaysia, harga tak mahal untuk dewasa dan kanak-kanak. Serius sini memang besar dan berbukit, sila bawa air mineral sendiri okey.

Nak jadikan cerita, pagi tu kami bangun awal. Memang aku tulis tentatif nak ke 7 Heaven, tapi masalahnya kami survey pengangkutan tuk tuk semalam harga mahal lah, hmm dah la kena duduk lebih kurang 30 minit dalam tu, lepas tu berpanasan lagi. 

Kalau hujan? Mau kuyup satu tuk tuk haha. 
Maka hari ketiga di Krabi, kami bangun awal macam biasa lepas Subuh. Lepas sarapan, kami mencuba nasib tanya kenderaan kereta sewa di tepi jalan sekitar tuk tuk bertapa tepi Ao Nang Beach Krabi. Ya, nak cari kereta sewa tu aku tak suggest tanya orang jual dalam kedai, mahal uiii. 

 Dari Ao Nang nak ke sini aku ingat jauh benar, rupanya sangkaan aku meleset, dekat je weh, duduk dalam kereta 30 minit je dah sampai. Lega! Wajib selfie satu family bila datang sini dekat batu putih ni buat tanda kami dah sampai. 

Aku cadang cari sekitar tepi jalan Ao Nang, ada je letak signboard rent car bersama pemandu. Masa inilah kami jumpa, tau kereta apa kami dapat naik? FORTUNER weh, Mr. Jo namanya. English dia pandai juga tau, muda lagi. 

Sangat peramah dan rajin jadi Mr. Photografer kami. 
Aku tak suruh pun dia snap gambar kami, dia sendiri willing nak snap, cantik plak dia snap, apa lagi Mr. Jo...this pose, this pose, right, left angel please...

Kau rasa?

Hahahaha bayar harga kereta tapi pakej orang snapkan gambar kau. Tak ke ko seronok kat 7 Heaven wehuuu... eh harga naik Fortuner tu sangat murah. Harga macam lebih kurang naik tuk tuk kau rasa? Jom lompat ke bintang, rezeki sangat dapat naik kenderaan mewah tapi harga murah yehuuu jom kita tengok apa yang best kat 7 Heaven Krabi. 
 Ada kambing biri-biri tau, bersih kandang dia. 


Korang! Serius! Tempat ni sangat cantik, siapa cakap tempat ni utk anak-anak je? Sesuai sgt utk family dan orang bujang tau, port yang jarang orang Malaysia review dan pergi pasal Krabi, juju anggap 'MINI DISNEYLAND KRABI' macam fairy tales! Juju cadangkan masukkan tentatif 7 Heaven dalam jadual Krabi korang okey. 
 Haa ada model Abg Qi di situ haha, kat sini ada jambatan panjang tau, memang tersangat indah untuk menikmati permandangan sekeliling di tanah Krabi. 

 Menangis aku tengok gambar family kami bertiga cantik macam ini, driver kami snap tau chewah!

Okey jemput layan keasyikkan kami bergambar sekitar keseluruhan kawasan 7 Heaven, besar tau tempat ini, ia membukit, jangan pakai heels, jangan pakai selipar, melecet kaki nanti, pakai sport shoes. 

Kami pi awal pagi, kami 3 org je takluk kawasan sini tak ada siapa pun melainkan kami hahaha. Yeyyy, kalau malam ada lampu mcm ala-ala i-City lagi cantik. Tapi kena kamera high resolution la baru terang. 
 Awas, gambar dari awal sampai akhir selfie tak berhenti, so tak perlu jemulah kalau masuk baca dalam blog julia tau haha sebab semua cantik-cantik belaka. 

Naik buaian pusing, jom kita!

Syok ooo port ni, ni lah port anak-anak korang, serius anak lah paling teruja sbb sini ada bermacam jenis replika persis mini Disneyland Krabi, serius I tell you tapi kat internet tak ada yang review pasal port ni lebih mendalam, tiket murah je. 

Juju kalau travel wajib cari 1 port untuk anak enjoy baru lah adil. Macam kami pi ke Bangkok Thailand, kami selitkan satu port khas Abg Qi Dinasour Park, memang syoklah Abg Qi enjoy. 

Datang Krabi tapi tak datang tempat ni macam makan lauk tak letak garam lah tau, sila patah balik Krabi haha. 
 Inilah permandangan dari buai pusing, cantik weh!


Replika Air Force, jeep dan bermacam jenis patung kartun ada untuk kita jamu mata dan bergambar. Sekali pandang kawasan ini macam cerita animasi Disneyland tau. Abg Qi tu suka sangat dok tengok Air Force dekat-dekat. 
 Giant Chair, perghhh memang besar sungguh dua kerusi piknik tu tau haha puas nak mendongak ke atas. 😋


 Alahai taman panda, comelnya, kat sini boleh masuk laluan taman ada lorong dia trim jadi nampak seakan game kat sini. 

 Jom cinderella haha, kuda seekor je haa 


 Selfie with Abg Qi, besar dah anak umi, senang sungguh bawa dia jalan-jalan, jenis tahan panas segala bagai. 



Taman Tema
Kat 7 Heaven Krabi ada taman tema tau, boleh main permainan macam ini salah satunya. Lepas tu bersebelahan dia ada taman tema air, kalau korang nak mandi manda main slide pun ada tau. 

 Pokok senget pun, dengan aku-aku nak senget sama haha, bijak gak tarikan tanam pokok senget, unik!


 Inilah dia taman tema air dia, kalau ada baju mandi boleh layan anak main slide ni semua. Tapi kami ni dah puas mandi pantai Ao Nang, so nak chill-chill je datang sini, selfie sepuasnya dan layan tarikan di sini. Malas nak basah bagai haha. 


 Awww Doraemon!
Cantik kan dekorasi taman kat 7 Heaven, bukan setakat anak-anak je gembira, kita yang dewasa pun boleh jadi kanak-kanak teringat zaman kita kecil suka tonton Doraemon hehe. 

 Paling cun dah aku rasa gambar ni aku pose hahahaha
Husband aku yang snap, lihat dari jauh tu laut Ao Nang terbentang luas, cantik sungguh! Kalau datang waktu malam aku tak pasti dapat tengok ke tak permandangan macam ini. 


 Bukit berdekatan 7 Heaven, indah sungguh jamu mata kat sini, setiap satunya ada keunikkan yang tak dapat dijual beli. 


 Abg Qi, baju dia smart kan, padahal baju ni beli kat Bangkok, sampai ke Krabi dia boleh pakai lagi. Jimat sangat dah. Gambar ni sangat bermakna bila tenung lama-lama tau.

 Tudiaaaa, pose ala-ala Europe dah gayanya haha, aku memang suka pakai sun glasses jenis aviator ni tau, rasa macam cun sangat dah kahkahkah, pi oversea aku pandai plak pose macam-macam, masuk Malaysia aku jadi kayu balik hahahah. 

 Pintu gerbang warna warni. Luas sangat kawasan sini, tak larat nak mendaki, tu sebab selamat pakai sport shoes, kaki tak sakit sangat nak mendaki waktu pagi. Jangan pi tengahari, panas weh. 


 Okey sampai sini je aku upload gambar best dekat 7 Heaven, gambar lain aku uoload dekat FB dan IG buat kenangan. Selebihnya korang kena discover sendiri tau. Syok weh!

 Nak balik dah, kami dekat sini lepak 2 jam je. Cukup dah layan semua taman tema di 7 Heaven Krabi. Puas hati dapat laksanakan tentatif di Krabi dalam keadaan lancar sekali. Inilah fortuner kami naik sejak awal awal pagi sampai tengahari. 

TQ so much Mr. Jo sebab bagi tambang harga murah duduk mewah aaagituuu tagline tercipta hahaha. Rezeki kami sangat!
7 Heaven Krabi
473, Sai Thai, Mueang Krabi District, 
Krabi 81000, Thailand

Julia bagi rating 5/5 bintang. Puas hati sangat! Okey julia dah review penuh pasal 7 Heaven Krabi, lepas ini masukkan tentatif 7 Heaven dalam percutian korang tau. Barulah awesome! Anak-anak pun suka, orang dewasa macam kita pun lagi lah suka. 

Jumpa lagi !

Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

5 Comments

  1. cantik2 gambar ju kat sini la.. nampak ceria jer berwarna-warni..

    ReplyDelete
  2. cantik tmpt ni..jrg jumpa org share pi sini kalo pi krabi..tq juju for sharing..tk dpt pegi kita layan gmbr2 dlu hehe

    ReplyDelete
  3. memang menarik sangat. patut lah wajib pi. hehe

    ReplyDelete
  4. untungla bawak adik g dating..haha..bestnya g Krabi..bila nak sampai jgk ni..:)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)