Ejen Ali The Movie buat hati sangat...
Beli online senang, dapat survey tempat paling murah. Antaranya di Times Square. Baru RM37 untuk 3 orang, tempat lain semua RM45 ke atas. Jimat sikit survey online dari walk in!
Sempat tengahari semalam, singgah pasaraya Giant beli barang dapur yang Abg Qi tulis. Tulisan original Abg Qi 100 peratus tu tau hihi. Cuti sekolah, inilah salah satunya dia belajar bagi umur 7 tahun.
Tapi dia tak tahu yang uminya berpakat dengan walid dia tempah cerita Ejen Ali dalam online senyap-senyap.
Tulisan Abg Qi. 😆
Abg Qi kalau korang nak kenal, dia seorang yang sangat lurus. Kalau dah di ajar A, A lah dia patuh. Macam latihan tulis barang dapur diatas tu lah. Ada beberapa barang yang diluar senarai dia cakap mana boleh beli tak ada dalam senarai hahaha.
Begitulah sampai ke sudah cerita Ejen Ali ni dia tak tau aku tempah, aku tanya pada dia, lepas beli barang dapur ni ada rasa nak ke mana pula?
"Umi kita balik rumah je lah, Qaiser okey je main je playground kawasan rumah".
Ya dia sangat mudah, bukan jenis meminta bukan-bukan. Cuti sekolah pun dia belajar Al-Quran dan kelas English. Tapi kami kesian, sebagai ibu ayah zaman dia sekarang hiburan berbentuk pengajaran dan pendidikan mudah didapati dalam bentuk online...
Bukan memandu balik rumah...
Terus ke GSC Berjaya Times Square. Masa ni Abg Qi bertubi tanya soalan. Nak pergi mana lagi?
Haha, nak jumpa kawan umi. Dia seorang EJEN. Kerja dia suka menyelamatkan orang. Dia terus kepelikan, bila masa umi dia berkawan dengan ejen ala kepolisian haha.
Dia mengikut sampai ke GSC, dia pelik. Kawan umi ejen kerja wayang ke?
Hahaha!
Aku senyum, beli popcorn, terus pecut masuk Bilik 3 cari tempat duduk.
Layar cinema bermula...EJEN ALI THE MOVIE!!!
Bertukar sorak wajah Abg Qi tatkala melihat tulisan cerita kegemaran dia di depan mata. Badan dia tegak dan mata tak berkedip langsung. Aku dan suami bertentang mata, senyum. Puas surprisekan Abg Qi, sebab usaha dia rajin belajar. Allah sayu hati tengok Abg Qi...
Cerita Ejen Ali The Movie ni di awalannya ada unsur jenaka, unsur sedih dan unsur kesetiaan.
Jenaka dari geng mamak, hahaha kalau korang belum tonton pasti terhibur dengan geng mamak beraksi dalam cerita Ejen Ali, memang kelakar habis hahaha.
Unsur sedih, bila dapat tahu Ejen Ali seorang anak yatim piatu. Ibu dia meninggal dunia sejak dia kecil. Sebab mengapa ibu dia meninggal kerana Nikki. Nikki adalah salah seorang penghuni Cyberaya. Di sangat taksub, sampaikan yang baik dan buruk dia tak dapat nilai.
Unsur kesetiaan, bagaimana Ejen Ali diuji dengan ciptaan kuasa baru yang diuji oleh ejen baru membuatkan dia rasa tersisih, diuji perasaan untuk setia atau berpaling tadah kerana perhatian...ini korang kena tonton tau. Mendalam perasaan bab ini.
***Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk cerita Ejen Ali. Berbaloi beli tiket menonton seisi keluarga sebab ceritanya penuh pengajaran dan sesuai untuk anak seperti Abg Qi. Tau Abg Qi cakap?
"Ejen Ali memang Qaiser suka, Ejen Ali tu kawan Qaiser lah umi bukan kawan umi hahaha, terima kasih umi belanja cerita ni, Qaiser memang suka Ejen Ali pun." 😊
Sekali sekala surprisekan anak, why not! Biar dia ingat sampai dewasa yang kita pernah layan kegemaran dia bersama-sama. ✌
13 Comments
Alaa tak tengok lagi Ejen Ali. Baru lepas tengok Frozen 2
ReplyDeletecuti sekolah sesuai bwk anak2 tgok ejen ali :)
ReplyDeleteTentu seronok tgk muka anak yg mengembirakan,kan...
ReplyDelete
ReplyDeletebagus la Q ni. Anak yang soleh gitu.
ejen ali best org kata.. kami xg tgk lg
ReplyDeletetak bawa lagi The Arifs lagi tengok ejen Ali.. wayang kat teganu mahal..kami sefamily nak tgk cecah RM 60..
ReplyDeletedone tonton ejen ali juga, ju.
ReplyDeleteaida suka sgt!
anak2 apatah lagi.
Seronok bila anak happy. Dah beli tiket Ejen Ali untuk malam esok.
ReplyDeleteummi no sweet sgt. smoga abg Qi jdi ank soleh..
ReplyDeletexsempat nak tgok ejen ali lagi. tahun ni anak bujang tu bekhatan.. after sihat baru nak plan
ReplyDeletemesti comey ja reaksi abang Qi ye ^_^
ReplyDeletebelum boleh nk bw anak2 g tgk ejen ali. si adik sunat..kena dok umah jelah
ReplyDeleteejen ali memang best... sangat!
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)