Hari ini masuk gaji dan bonus, alhamdulilah bagi yang kakitangan kerajaan macam julia sebaiknya kita guna dan urus secara bijak. Pagi tadi ingat nak masukkan duit bonus dalam ASB, rupanya buka website ASB mereka dah umumkan penangguhan urus niaga. Jadi krik krik lah duit bonus tu dalam akaun semasa. Jari jemari masih kematu tak menyoping online lagi...agaknya saka belum sampai haha jangan di seru oi ! 

Pagi tadi saja kongsikan info penangguhan ASB di FB, ramai kawan-kawan juju baru tahu rupanya sebab mereka juga seangkatan dengan aku nak melabur setiap bulan bila tiba hari gaji. 

Cuma aku dapat rasakan pengumuman penangguhan kali ini macam awal dari biasa, katanya pengumuman dividen 2019 juga akan di buat secara live pada jam 2 petang nanti. Marilah kita menunggu dengan debar, detik demi detik. Harap adalah rezeki yang baik-baik, jika sebaliknya para pelabur jangan terlalu drastik menghentam sebab ekonomi negara kini susah nak di jangkakan. 

Pengumuman Dividen ASB 2019
Dividen ASB 2019 = 5.50 sen seunit 👈 😓 
Dividen ASB 2018 = 7 sen seunit
Kronologi agihan ASB setiap tahun. 

Apa pun keputusan, macam biasa setiap tahun kita tetapkan matlamat untuk 'menyimpan'. Itu tujuan utama pelabur, ikhlaskan menyimpan, bukan mengharap pada dividen dan bonus semata. Tapi bila rutin menyimpan di ajar sejak kecil, aku tak rasa bila dah dewasa kau rasa lupa nak menyimpan. Jarang lah aku jumpa...sebab itu aku didik anak aku hatta 10 sen pun simpan dalam tabung tin. 



Teknik Compounding ASB
Ramai dikalangan rakan julia sendiri selalu tanya 'Teknik Compounding' tu apa?

Soalan bagus. Pertama sekali korang kena kenal pasti korang pelabur kategori mana.

Kalau tanya aku, aku di tahap 2, jadi 3 bintang je kelayakan aku haha.

Compounding maksud yang aku senang fahamkan korang ialah hasil dividen + bonus tidak dikeluarkan langsung dalam jangka masa tempoh panjang.

Contohnya, 5 ke 10 tahun atau 25 tahun korang melabur tiada pengeluaran langsung dividen, maka margin dividen makin naik bertambah dari pelabur kategori 2 dan 3.

Abg Qi adalah pelabur kategori 1. Walaupun kami tidak mengunakan ASB Financing, teknik menyimpan sendiri juga sama sebenarnya. Margin dividen terkumpul naik lebih banyak jika tak dikeluarkan langsung (termasuk unit pokok tau).

Ini kategori penyimpan yang zon 'selesa' diantara umur 1 tahun ke belasan dan mungkin umur 60an ke atas sebab dijangka mereka di umur ini sedang menikmati fasa selesa iaitu kalau si anak dia masih bergantung perbelanjaan dari ibu dan ayahnya, manakala di alam fasa 60an mereka sedang menikmati tempoh bersara dan punya KWSP untuk membiayai kehidupan selepas pencen. 

Jangkaan saya ya, jika sebaliknya ikutlah jenis pelabur mana kamu inginkan kamu hendak ia di realisasikan. 

Macam di umur 30an ke 40an ke atas kita banyak nak guna untuk stabilkan hidup, nak melancong sana sini, nak beli rumah, nak kahwin dan sebagainya. Terkadang duit dividen itulah nak reno rumah dan beli apa yang kita nak selama ini. Ini merujuk julia lah sekarang, aku simpan sebab aku nak collect dividen banyak hahaha. 

Okey, walaupun keputusan dividen sangat menurun, jangan putus asa untuk teruskan menyimpan okey. Kita doakan semoga ekonomi negara kembali stabil dan pulih macam dulu-dulu.

Selamat melabur! 

11 Comments

  1. Hmmm.. berapa la dapat dividen tahun ni ye. Harap2 atas 7% la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn, kalau masih maintain 7 pun dah bersyukur, kalau bawah dari itu hmmmm kena syukur juga at least siapa nak bagi duit free kalau tak menyimpan kan haha

      Delete
  2. harap laa dividen tahun ini lebih tggi dari tahun lepas kan...

    ReplyDelete
  3. Bunyi2 tahun ni mcm teruks sikit .. dah ada hint 2/3 hari lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak azni, tak apalah. Itulah realiti ekonomi kita kak. Apa pun, kita kena react now, saving more. Guna bila perlu. Rewards bila ada lebihan. Hidup perlu enjoy, pay self first.

      Delete
  4. agree, jgn cepat melatah dan jgn putus asa. sebab kalau terminate sekarang, rugi juga..duit tu tak tahu kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju dengan komen ummi, kalau anda terminate (saving sendiri) rugi dari segi usaha berterusan untuk menggalakkan golongan muda mengamalkan tabiat melabur secara berhemah dalam tabung unit amanah.

      Pokok utama perbincangan, tiada istilah rugi pun bila buat simpanan. Hanya mainan cebisan dividen sahaja, masih juga dpt untung, cuma keuntungan bergantung kepada rezeki ekonomi semasa, itu kita kena tawakal. Tak boleh semua benda yang kita nak akan dapat, kena belajar fasa risiko bila ekonomi tak berapa stabil.

      Jadi faham-fahamlah kita punya perahu dimana sekarang, kena sediakan payung sebelum hujan.

      Delete
  5. Akak saving sendiri je. Takde buat loan. Memang jarang keluarkan. Cuma dua tahun lepas ada la keluarkan dividen tu untuk beli novel. :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)