Seharian belajar mengenal potensi anak di sekolah
Kenangan Abg Qi Tahun 1, Al-Amin Gombak.
Jarang sekali lah aku dapat tengok satu sekolah anjur aktiviti dari kalangan ibu bapa sendiri reka idea projek untuk anak-anak di sekolah. Seingat aku, masa sekolah rendah dulu, hanya Hari Kantin atau Hari Report Card sahaja ibu bapa dibenarkan datang ke sekolah, selain dari daftar anak bayar yuran setiap awal tahun.
Selain dari itu, memang aktiviti kelab dan persatuan anjuran guru dari sekolah sendiri. Berlainan dengan sekolah Abg Qi...
Suami julia, berbaju T Shirt hitam sedang bertungkus lumus di meja pendaftaran untuk kelas Tahap 1 menghadiri aktiviti. Sambil tu julia membantu apa yang patut, merangkap kamera dan video girl.
Aktiviti dai T-shirt, seronok tau aktiviti ni dilakukan bersama guru dan ibu bapa wajib dalam satu kumpulan.
Fokus sedang dai, julia duduk disebelah hanya memerhatikan cara Abg Qi mewarnakan dai di setiap bahagian bergetah.
Kelab Kelas Darjah 1 (KKD1) sehingga KKD6 ditubuh secara rasmi sejak bertahun lamanya melalui gerakan kerjasama erat Guru Besar dan gandingan guru-guru yang lain. Patutlah masa temuduga kemasukan Abg Qi ke sekolah ini, kami di temuduga sekali dengan guru-guru tentang "Kenapa hendak hantar anak ke sekolah ini?"
Mereka mencari nilai ibu bapa, apa yang kita boleh sumbangkan untuk sekolah. Itu sebab diwujudkan KKD1, Kelab Kelas Darjah 1 yang diwakili pengerusi, sehingga ke AJK tau.
Salah satunya, suami julia sendiri. Beliau di lantik menjadi Ketua AJK Tahun 1 bagi kelas Abg Qi. Memang pada mulanya undian dikalangan ibu bapa rasa macam dirinya tidak layak. Tapi serius aku lihat dari pandangan mata kasar dan halus, suami banyak beri input menarik untuk sama-sama melaksanakan gerak kerja aktiviti Tahun 1 di sekolah Abg Qi...syabas suami !
Aku dalam masa yang sama memang 100% beri galakan padanya untuk menghadiri sesi mesyuarat saban hari kerap di lakukan di sekolah, aku membantu sebaik mungkin.
Aku dalam masa yang sama memang 100% beri galakan padanya untuk menghadiri sesi mesyuarat saban hari kerap di lakukan di sekolah, aku membantu sebaik mungkin.
Aku bagi galakan, KKD2 nanti harap dia dapat teruskan legasi tu, sebab apa? Sebab sayang, orang ada pengalaman kalau tak diteruskan rasa macam api di padam begitu sahaja, tidak di asahkan lagi bakat tu. Aku? Sebagai pengalak motivasi dia dalam senyap, menolong sebaik mungkin untuk jayakan aktiviti.
Positif dari kesan ini, kita dapat melihat bukan sahaja aktiviti menarik diadakan untuk Darjah 1, tapi kerjasama ibu bapa lain dari segi sokongan, idea dan pengerak projek dari zero kepada berjaya anjurkan. Barulah pengisian anak-anak ini terisi.
Seronok pengisian bersama guru, ibu bapa secara berkumpulan.
Rakan seperjuangan Abg Qi, kelas 1 Zaid.
Contoh pada tahun 2019 ini sahaja seingat aku, sudah lebih dari 3 jenis aktiviti di anjurkan dari kelab kami.
- Bengkel pemantapan Bahasa Jawi
- Mengenal potensi anak / Mari mewarna bersama Uneh / Dye T shirt
- Program Omar dan Hana
- Hari Keluarga Kelab Kelas Darjah 1
- Dan lain-lain.
Semoga Tahun 2 nanti dapat beri peluang kepada ibu bapa lain pula membawa bahtera aktiviti anak-anak sekolah ini nanti lagi menarik di masa akan datang.
Jemput tonton, ada hebahan motivasi sekali didalamnya.
Nanti julia nak kongsikan rombongan Abg Qi dengan kawan-kawan sekolahnya pergi lawatan. Menariknya lawatan Tahun 1 dapat timba pengalaman tuai sayur di batas tau...yeyyy! Tunggu tau.
p/s : Tahu tak, pertama kali aku terkesima tentang budaya sekolah ini, pertama kali aku hadiri mesyuarat ibu bapa sesi pengenalan masuk Tahap 1, selepas usai mesyuarat, semua ibu bapa gotong royong kemaskan kerusi, meja dan kutip sampah letak dalam tong sampah. Bukan itu sahaja, mereka lap meja, mop lantai kantin dan semuanya dalam keadaan bersih. Allah, itu yang pertama kali aku belajar budaya sekolah Abg Qi.
Sebab bukan senang nak lentur diri dari kebiasaan tidak buat dan buat bila disuruh, tapi mereka tonjolkan melalui perbuatan. Yelah toleh kiri kanan semua buat, takkan kita goyang kaki? Sejak dari itu, setiap aktiviti anjuran KKD1, sudah seperti automatik kami buat bersama-sama tanpa disuruh, sangat seronok bila budaya positif di contohkan sebegini rupa.
Didik melalui perbuatan, anak-anak melihat, sebab itu dirumah nampak Abg Qi mudah nak tolong julia bila bab mengemas, dia suka lap habuk dalam rumah. Terkadang tu, permainan pun dia lap juga hehe. 👍

6 Comments
oh ada kelab ikut kelas mcm ni..ada penglibatan ibu bapa..bgs2
ReplyDeletebestnya sekolah al-amin.. adik-adik saya pun cakap seronok kat sekolah tu, ada macam-macam aktiviti.. InshaAllah nanti saya pun nak masukkan anak saya ke sekolah tu jugak kalau ada rezeki
ReplyDeleteNampak anak-anak lagi bersemangat dengan penyertaan ibubapa sekali. Bagusnya program sebegini.
ReplyDeletecantekla hasil baju dorang buat tu ye.. ceria!
ReplyDeletebest nya ada penglibatan parents macam ni, mesti anak2 pun suka ^_^
ReplyDeleteBagus sungguh ada aktiviti macam ni untuk kenal potensi anak di sekolah. takdelah hanya sekadar tahu daripada cikgu je kan
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)