Tips Beli Rumah Pertama
Sibuk nak reno dah, entry dapat kunci belum up lagi haha, nanti ye nanti kita up. 😂
TIPS BELI RUMAH PERTAMA
RM200 x 12 bulan = RM2,400
RM2400 × 5 tahun = RM12,000
RM12,000 × 2 orang = RM24,000
Genap 5 tahun, ya 5 tahun je sabar...
Boleh bayar rumah pertama 24k dalam genggaman, rasanya lebih dah ni leh simpan untuk mini reno. Ada KWSP lagi syok, silap-silap dapat balik kos beli rumah tau, contoh macam juju, RM1k je kos keluar duit sbb dpt balik bayaran beli rumah pertama selepas claim dengan KWSP yihuuu. 💪
Antara kos terlibat?
Ikat nombor rumah, S&P fees stamping lawyer, kos operasi rumah, register tnb, air, cukai. (Undercons & beli siap pun boleh)
Semua bermula dari RM200 untuk yang sudah berkahwin, kalau suami isteri bekerja, yang bujang simpan RM100 dah okey, genap 5 tahun 12,000, boleh beli dah rumah ikut kelayakan lepas 5 tahun bekerja, kalau simpan lebih lagi untung. Jangan aim banglo memang tak lepas-lepas lah melainkan kau kaya ada perniagaan juta-juta haha, aim dapat rumah pertama dulu ikut periuk nasi kau.
Sabar, jangan tengok orang, orang dah beli sebab dia belajar teknik simpan dulu. Kau teruskan simpan, doa jangan putus, minta Tuhan dipermudahkan okey.
Sabar, jangan tengok orang, orang dah beli sebab dia belajar teknik simpan dulu. Kau teruskan simpan, doa jangan putus, minta Tuhan dipermudahkan okey.
Abg Qi umur 7 tahun?
Ya simpanan RM100 sebulan senyap untuk anak juju, tapi aku latih dia praktikal simpan RM1 sehari dalam tabung wajib! Kalau tak kena denda, tujuan apa?
Untuk bagi dia rasa susah mcm mana nak dapat duit beli sesuatu, bagi dia gambaran, nak beli basikal perlu simpanan, bukan order je dapat amboi, semua kena usaha walaupun kecil lagi ajar teknik simpan duit dari awal untuk dia biasakan, semua dari RM1, baru dia faham oh usaha baru dapat, aku?

Kenapa simpan RM100 dekat dia?
Impian untuk hadiahkan saguhati untuk bantu duit muka rumah, bantuan belajar dan kahwin dia nanti, kau bantu lah anak kau, tak byk tapi sikit jadilah. Zaman dia lagi susah, at least kau pergi dari dunia ni pun pahala kau mengalir sampai cucu cicit dia.
Takkan kau nak tengok dia merempat, kita dah rasa susahkan, kita jadi mak ayah kena cerdik, jangan kedekut usaha untuk anak. Bagi dia rasa kasih sayang wpun kita tak ada kat dunia dah. Esok dia mcm kita, dia belajar dari kita buat utk anak dia pula...ajar basic menyimpan dulu.

Simpanlah, nanti kau rasa hasil dia, sekarang tak rasa sebab duit kau tengah hibernate bersama dividen elok dalam tu...kalau kau simpan.
Kalau bujang, kalau boleh jimat simpan duit maksimum RM500 sebulan utk 5 tahun tanpa gagal, buat side income tepi...rumah teres 2 tingkat lah kau boleh beli sebenarnya tau haha. Ikut kau suka mcm mana, aku suka dok kat awan, kuat berangan.
Antara keluhan biasa dengar.
Macam mana nak beli rumah saya tak tahu? Kau simpan dulu, cantikkan simpanan in out korang, simpan nafsu nak beli barang onz onz je haha lain-lain itu macam pengalaman datang kemudian.
Cantikkan hutang kereta, cantikkan hutang PTPTN, no saving, no talk maaaa, bukan juju cakap, ini bankers cakap dia nak customer pandai bayar hutang on time. Kalau kau rajin ada kerja tetap tapi dalam masa yang sama rajin buat side income (part time job) cash flow paling biasa-biasa pun dalam lingkungan 500 ke 600 gitu kau antara calon berpotensi besar dimata pihak bank. Kredit tau. 💃

***Sekarang duit reno keluar dengan laju selepas 3 tahun simpan utk mini reno, rumah undercons mmg sesuai utk org yang suka menabung mcm juju...tak terkejar-kejar sgt utk duit guna selepuk...travel pun boleh selang seli. Okey dah, tanam impian ya, terutama anak muda. You can do it!
Baca tips beli rumah selanjutnya:
8 Comments
terbaik.thanks sharing
ReplyDeleteinfo yang bagus. tapi ramai anak muda sekarang lagi prefer beli kereta dari rumah.
ReplyDeleteTahniah jujue... Mmg struggle nak beli rumah... Kalau boleh nak sedia kan anak2 sprang 1 rumah... Huhu... Bagus savings tips jujue
ReplyDeleteammi pun sekarang ni memang ajar anak yg bertiga tu menabung. U wanna watch movie? yes pls save your duit belanja. Supaya dorang tau nak tengok wayang tu bukannya murah, nanti nak popcorn, nak air, nak jajan lagi.
ReplyDeleteThank you sharing yunk... inspirasi sgt2. blh plan utk diri sndiri. hehehhe en. somi dh de rumah dia sndiri kita pn nk umh sndiri jugak.
ReplyDeleteThanks akak share info nie ..berguna sangat yana pun duk study pasai nie hee
ReplyDeleteTips yang bagus. Kena sentiasa disiplin dan konsisten bab simpan duit ni
ReplyDeleteTips yang bagus. semoga kita semua direzekikan kediaman yang selesa untuk tinggal
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)