Mental Chatter
Kredit gambar : Google Image
Apa yang julia catat dibawah adalah hasil pendengaran melalui radio IKIM melalui YouTube Promis, julia kan peminat fanatik motivasi nombor satu Prof Dr. Muhaya, jadinya bila berkelapangan julia dengar dan catat dalam blog terus.
Apa yang ditulis adalah semata-mata untuk meningkatkan motivasi diri, terkadang atau kebiasaannya kita selalu bermain dengan Mental Chatter iaitu monolog diri, bercakap dengan diri dengan tafsiran atau andaian, belum jadi apa-apa lagi tapi dan berandaian negatif, sudah jadi kesan yang tak baik dibawa-bawa sehingga ke masa kini, alangkah ruginya bila selalu berfikiran begitu kan.
Jadinya, julia tak nak seorang diri rasa seronok dengar motivasi hebat dari beliau, julia kongsikan disini untuk julia dan anda semua pembaca hebat untuk jadi lebih hebat di mata Tuhan. Jom kita tambah ilmu sedutan hampir 40 minit siaran kepada catatan ringkas julia fahami. Semoga bermanafaat dan sebarkan untuk diri anda, serta keluarga anda sayangi.
1. Mental Chatter
Monolog diri -negatif.
It could be my past experiences.
It could be the people who discouraged me at early stages of my life.
It could be some unexpressed, unhealed emotions lingering within me as a result altering my attitude towards life…
And yes, these things might have been the reason behind my toxic emotions and negative mental chatter…. (Ini kata-kata sumber petikan dari penulis Poonam Sahasrabuddhe, Julia saja relate dengan isu mental chatter)
Ini penjelasan Prof. Dr. Muhaya cara tanganinya...
Setiap kali bila kita nak marah atau menunding jari tanpa usul periksa atau nampak kebenaran depan mata sekalipun, kita belajar 'pause' tarik nafas, bernafas dalam-dalam sebanyak 10 kali.
Ketahui, oksigen adalah makanan penting kepada otak, cakap pada diri, jadi pemerhati pemikiran kita. "Yang aku nak marah ini pemikiran aku sahaja". Reset! Fokus contohnya sedut positiviti buang negativiti, sedut kebaikan buang kejahatan, sedut kesihatan buang penyakit, lama-lama kita jadi ubah.
It could be my past experiences.
It could be the people who discouraged me at early stages of my life.
It could be some unexpressed, unhealed emotions lingering within me as a result altering my attitude towards life…
And yes, these things might have been the reason behind my toxic emotions and negative mental chatter…. (Ini kata-kata sumber petikan dari penulis Poonam Sahasrabuddhe, Julia saja relate dengan isu mental chatter)
Setiap kali bila kita nak marah atau menunding jari tanpa usul periksa atau nampak kebenaran depan mata sekalipun, kita belajar 'pause' tarik nafas, bernafas dalam-dalam sebanyak 10 kali.
Ketahui, oksigen adalah makanan penting kepada otak, cakap pada diri, jadi pemerhati pemikiran kita. "Yang aku nak marah ini pemikiran aku sahaja". Reset! Fokus contohnya sedut positiviti buang negativiti, sedut kebaikan buang kejahatan, sedut kesihatan buang penyakit, lama-lama kita jadi ubah.
Alhamdulilah, katakan, "Saya okey, tidak ada apa yang mesti berlaku untuk saya okey".
Sebab saya okey...tak perlu 'kalau'. Saya insya-Allah sentiasa okey dan tidak ada apa yang akan berlaku yang akan buat saya tidak okey.
"Alhamdulilah, exellent, luar biasa", jawab dengan orang bila orang bertanya khabar. Affirmation, depan cermin. Cakap depan cermin, setting setiap pagi 'Awak sangat baik, awak sangat cantik" katakan pada diri.
"Saya bahagia tanpa syarat"
Apa beza Gembira Bahagia Tenang
Gembira - fizikal (sementara)
Bahagia - hati (bahagia dengan orang keliling kita, anak kita, suami kita, keluarga kita, jangan bahagia kerana orang)
Tenang - Lailahaillallah, tiada Tuhan melainkan Allah. Bangun ingat Allah.
Itulah Bahagia setelah kita Tenang. Orang tenang confirm Bahagia. Tali kita kuat dengan Allah. Kalau jumpa orang tak elok 'kesian'.
Bahasa kasih sayang
- Puji - ajak saling memuji, kita puji dan ajak orang sekeliling memuji satu sama lain. Kalau tak betul pun, ajar didik diri untuk memuji.
- Peluk - keluarga, suami, isteri, anak peluklah.
2. Saya akan 'okey' 'kalau'
Andaian. Alangkah ruginya orang macam ini. Kita menentukan orang lain menentukan bahagia kita.
Change your energy, change your life.
Orang baik dekat mana?
Ini dia 👉Joy, Love, Peace, Enlightenment
Tahu tak seorang yang vibration penuh kasih sayang tanpa syarat dia boleh neutralizekan negative energy sebanyak 750,000 orang. Sebab itu bila kita solat jemaah itu bagus, kita sedang mengamalkan sayang, kasih, kegembiraan, senyum gembira, tenang.
Solat menghentikan mental chatter, elak emosi monolog negatif.
Maafkan orang, jadi siapa tak maafkan orang dia banyak anger emosi semua bawah.
Maafkan orang, minta maaf dengan orang dan taubat.
Kenapa stress? Nafsu mengatasi iman.
3. Label suasana - Labeling
Bagus tak bagus, bagus tak bagus? Sedangkan takdir daripada Allah Taala. Betul tak Allah beri semua yang baik?
Jadi off label - no more labeling. Macam mana?
- Bersangka baik, jawab ada hikmah, ada hikmah. Hikmahnya.
- Sangat mencari-cari perhatian manusia, seolah-olah kita meremehkan perhatian Allah.
Kepada manusia aku ingin menghormati, balas budi, memberi.
Kalau dapat negatif?
Terima.... Tengok Allah.
Allah Maha Menggengam, Allah Maha Mengasihani.
Bersangka baik, kesian pada dia, mungkin di banding-banding, aku kesian dekat dia aku doa dekat dia. Ibu-ibu, puji anak, hargai anak, sebut kebaikan anak, bina imej diri positif. Jangan nak ubah anak, ubah diri kita, sebab aura kita mempengaruhi anak kita.
Ada, Beri, Dapat.
4. Me centred universe (Dunia ini pasal aku sahaja)
Kenapa aku, kenapa bukan orang. Contoh: Memang nasib akulah, orang tak suka aku. Dunia ini adalah aku.
Cara rawatan - Kita cuba hidup mencari tenaga kita, masa kita, untuk tujuan yang lebih besar daripada diri kita. Adakah hendak tunjuk kita hebat? Rumah kita besar? Membaikkan orang?
Tujuan hidup kita, bukan untuk aku, tetapi untuk ummah. We find accross bigger than your self.
Orang sibuk buat baik dia tak ada masa nak sakit.
Psikoneuroimunologi - macma mana kita fikir mempengaruhi kita punya otak, mempengaruhi sistem imun kita. 75 peratus daripada penyakit disebabkan oleh minda, change your energy, change your life.
Orang tak terima kita dan terima kekurangan orang.
Ingat 2B, 2L
2B
- Berani menerima kelebihan orang - jangan dengki
- Bijaksana menerima kelemahan orang - jangan bajet bagus dan tak riak
2L
- Lupakan semua kebaikan kita pada orang - kita tak ungkit
- Lupakan semua kesilapan orang pada kita - memaafkan
xxx
Insya-Allah, sama-sama kita manafaat semua sedut positif, sedut kebaikan, buang keburukan, sedut keimanan, buang nafsu amarah.
1 Comments
nice sharing. banyak info. then cuba dari sehari ke sehari kita perbaiki diri. insyallah.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)