Besar sungguh kawasan Krabi Night Market, Abg tu kemain bertocang purple kena plak dengan papan tanda kedai sana haha, rezeki dia dapat masuk blog julia, halal ye hahaha

Paling dinantikan entry jalan-jalan cari makan di Krabi, Thailand. Kalau ke Krabi kena ingat dua perkara menarik di sini. Krabi Night Market dan Ao Nang Night Market, korang wajib pergi. Sebab apa aku kata wajib? Sebab inilah syurga lubuk makanan halal sedap di Krabi. Tak pergi kedua-duanya rugi sangat, okey julia mulakan cerita dengan Krabi Night Market dulu okey. 

Krabi Night Market
👉Hanya Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja beroperasi. 
💥Hari lain tak ada night market di bandar Krabi. 
💘Pastikan tarikh penerbangan atau perjalanan kalian kena salah satu hari berkenaan. Kalau tak nak menyesal kemudian hari hehe. 

Penginapan kami di Ao Nang Krabi berdekatan dengan pantai, jarak dari Ao Nang ke bandar Krabi lebih kurang 40 minit tau. Jangan korang naik tuk tuk, penat lah pinggang haha, nak pergi sana kami tempah kenderaan van melalui lobi hotel je sebab kami kira-kira lagi jimat tempah di hotel berbanding tempah walk in di deretan kedai-kedai sekitar Ao Nang tu. 

Nampak harga? 
Seorang THB150 = RM20 lebih seorang. Budak sebaya Abg Qi 7 tahun harga sama macam orang dewasa ye, kecuali baby mungkin free. Waktu pickup dari lobi hotel ke Krabi town dalam jam 6 petang dan dia tunggu kita sampai jam 9 malam. 

Sekejap je? Ish sebenarnya lama tau bertapa kat sana, sudah cukup masa diberi sampaikan kami pulak kena tunggu van tu pick up kita orang tau. Memang diorang bagi lebih masa, biasalah ni anggaran je kan, jangan lupa snap number plate kenderaan korang naik. Nanti nak balik tak adalah pening teka van mana satu tau. 

Senang betul, kat hotel kami menginap ni semua ada, kami cuma tunggu dekat lobi macam kat gambar bawah. Ada pemandu baju pink sampai jemput kami naik van, cantik sungguh tau van VIP Krabi kami naik ni tau. 

Sebelum naik kami kena pakai gelang tangan, kot lah tersalah naik van lain boleh trace anak buah dia. Bijak!

Kalau kata jam 6 petang pemandu pick up, pastikan korang tunggu awal tau. Macam kami, orang pertama dia jemput sebelum dia tour hotel lain pick up pelancong lain setiap hotel tau yang tempah. Macam kami, orang pertama naik boleh duduk seat paling depan 3 orang, selesa tak payah bersesak haha. 

Tadaa...dah sampai. 40 minit tu rasa sekejap je. Mata layu je sebab van dia selesa teramat sangat, hampir nak ketiduran haha. Tapi mengenangkan tak sabar nak tour sekitar Krabi Night Market, terus segar bugar menatap deretan kedai-kedai di dirikan. 

Wahhhhhhh jom berenang laju-laju...pastikan anak dan suami korang jalan-jalan rapat, jangan berpecah, di khuatiri nanti perkara yang tak di undang. Ingat, pergi mana-mana, mata tu jangan leka. Tengok anak, tengok suami...mana tau suami pun orang kidnap, ehh sekarang di mana-mana jangan percaya. 
 Ada tarian tradisional Thai. Ramai snap gambar dan video. 
Nak tengok video kena klik bawah sekali ada sisipan julia sedia. 

Syurga sungguh, pertama kali tengok durian bakar. Sedap!

 Jangan lupa beli mini pancake, murah dan sangat sedap, sambil pusing ngap dulu haha. 

 Aku duduk sini dalam 5 minit, menghayati lagu tradisional Thai, dekat sini aku tengok jarang peminta sedekah tak buat kerja. Semua aku tengok dia orang berusaha dulu, baru orang bagi duit sedekah. Memang uniklah Thai, tak duk saje, rajin, macam-macam lah diorang buat, menari lah, menyanyi lah, main peralatan muziklah. Kan bijak namanya. 

 Haaaaaa, bapok menari haha, aku perati lama diorang ni atas stage, tak macam wanita sejati haha, opppsss syhhhh...tapi mantap lah persembahan dia orang. Memukau pelancong asing untuk tidak berganjak dari meja walau seinci haha. Aku tengok persembahan ni free je, nanti ada tong sedekah berjalan dari meja ke meja. 

 Terpukau tengok kulit flawless dia orang, memang hidup cara macam ini bab hiburan cari makan. Patutlah pelancong suka datang Krabi, rupa-rupanya hahahahaha....aku tak nak cakap lebih-lebih. Pepafahamlah. 😂

 Murah, ada big size sampai 4xl tau. Kalau nak beli baju sila pi Krabi Night Market. Kami beli untuk Abg Qi je sehelai. Aku je ngada tak kenan corak kat sini. Aku beli baju satu team dekat Ao Nang Muslim Street, tu nanti aku review kemudian okey. 

 Dah puas pusing satu night market, jangan lupa kalau ada masa lagi setengah jam sila ke sebelah Krabi Night Market, cari Vogue Plaza. Kat sini Allah, lambakan kasut, pakaian dalam dan lain-lain, murah plak tu, apa lagi kami balon lah beli luar dan dalam ehhhh hahaha.

Tepat jam 9 lebih kami naik dah van, cantik sungguh vip van dia weh, selesa teramat sangat, siap ada lampu merelip bagai kat atas. Sekejap-sekejap pemandu van ni tukar warna ungu lah, warna kuning lah, berlambak warna sungguh. 

Puas hati, perjalanan di rasakan singkat dan pemandu sangat berhemah. Kami dapat tengok hotel orang lain juga tau masa pemandu nak hantar pelancong-pelancong lain. Boleh tengok hebat-hebat pelancong luar ni menginap hotel ternama sekitar Krabi. Okey siap dah makan, beli cendera mata semua kami balik ketiduran sepanjang perjalanan. 

Next....

xxx

Ao Nang Krabi Night Market
Kami naik tuk tuk je, sebab hotel kami senang akses tuk tuk, jalan sikit keluar hotel nampak dah deretan tuk tuk tunggu. Kena tawar menawar lah ya, sebab kalau hotel korang dekat dengan Ao Nang Krabi tak jauh pun nak ke Ao Nang Night Market. 

Dalam 10 minit naik dah sampai hahaha, jaga-jaga, tuk tuk sini suka bagi harga bukan-bukan.

Aku punya lah tawar menawar, kadang tu diorang mati tak kasi harga murah. Memang tak lah aku nak naik kalau kau degil. Tapi abg driver tuk tuk ni kasi murah. 

Naik lah kami bertiga. Mujur muat, hahhaa muatan lebih berat, mujur motosikal ni boleh berjalan lagi kahkahkah. 

Kan aku cakap, sekejap je. 5 ke 10 minit dah sampai. Jangan jalan kaki balik hotel plak, penat gak nanti hehe.  Yang penting selfie dulu, kami dah solat maghrib tau baru keluar, travel jangan tinggal solat, nanti Tuhan murka! 

Jatuh hati 
Tempat Ao Nang Night Market sangat luas, sangat tersusun, sangat cantik, banyak meja makan dan kerusi. Waktu kami melancong ke Krabi bukan waktu puncak pelancong ramai. Memang selesa lah kami memburu makanan. 

Berbanding dengan Krabi Night Market, di sana agak sesak, orang ramai, nak cari meja makan pun susah, kena melangut tunggu orang lain makan itu pun kau kena bersabar kadang-kadang dia orang tak bangun pun sebab sambung sembang. 

Berbeza kat sini, banyak tempat duduk. Makanan lagi sedap, ahhhhhh kemaruk cerita balik. 
Jaga-jaga, non halal pun banyak. Buka mata luas-luas sebelum tempah ya. 

 5 bintang: Entah berapa kali sehari aku repeat makan Thai Banana Pancake, sedap tak terkata. Baru aku tahu kenapa orang suka datang lagi Krabi, sebab craving makanan inilah. 

  5 bintang: Aku rekemen sangat, cuba Phad Thai, memang marvelos, sedap sangat-sangat. Nak menangis makan, balik hotel aku menangis sebab nak tunggu esok hari datang sini nak makan menu ni lagi haha. Sila beli, kalau tak jangan balik Malaysia haha. 

  5 bintang: Sedap ya ampun, banyak pula tu. Memang order satu je, ni nasi Abg Qi, dia kalau tak makan nasi memang bukan orang Melayu sejati haha. Sedap sangat-sangat, penuh seafood. Puasnya makan, pengsan!

  4 bintang: Suami punya, dia suka makan aneh-aneh sikit haha, aku rasa okey lah not so bad, cuma aku kurang sikit nasi letak nenas ni, aku tengok suami aku makan laju, sedap lah tu haha. 

  5 bintang: Ini sedap, besar-besar isi ayam dalam tu, nak order baru dia masak panas-panas. Arghhhhhhhhhhhh nak pi Krabi balik demmm it hahaha

 Air mango smoothie, strawberry milk, thai tea. Cukup lengkap menu versi Krabi. Nikmat. Bismillah. 


Kedai ini semua kami rekeman, memang power!

 Abg Qi ! 
Snap lah dulu, dia santap dulu weh...tolonglah anak aku tu hahaha

Tengok! 
Kiri kanan air dia balon, semua dia nak makan, semua dia nak minum, semua dia nak rasa, hahaha 😋😂😁muka tu tak boleh dibendung rasa gembira, dapat gak rasa keenakan makanan Krabi yang disebut-sebut oleh orang selama ini. 

 Dah kenyang burppppppp!
Jangan lupa pemanis mulut, cuba aiskrim rolls, boleh tengok orang potong aiskrim atas plate besi, unik ooo, nak tengok video sila klik video dibawah sekali okey. 

 Cantik kan, macam-macam jenis tempat duduk ada. Puas kami melepak kat sini, sambil makan cuci mata tengok dekorasi di sini. Menarik lah. 👍

 Luas, anak-anak boleh berlari sakan kat sini sebab tak ada kenderaan kawasan ini. Pilihlah mana-mana tempat duduk disukai, open air ada, dalam berbumbung ada. Yahuuu!

 Puas ke Ao Nang Night Market, kami naik tuk tuk depan tu semula masa mula-mula kami masuk. Memang ada je tuk tuk tunggu. Tak payah order tuk tuk awal tadi masa korang naik untuk tunggu kita balik. Kita boleh free and easy dalam tu puas-puas. 

Okey dah balik ke hotel, kami apa lagi cuci mata deretan kedai dekat hotel kami ada jual bermacam jenis cenderamata. Bagi aku cenderamata di Krabi Night Market lagi murah berbanding di Ao Nang Night Market tau. So korang sila peruntukkan wang sekian-sekian ya. 

Kepuasan tahap 5 bintang! 
Kedua-dua night market di Bandar Krabi dan di Ao Nang Krabi memang keistimewaan masing-masing tau. Jadi jangan lupa masukkan dalam tentatif perjalanan korang kedua-dua night market berkenaan ya. Jangan tinggal langsung, kena pergi, baru trip Krabi korang berbaloi-baloi dan di kenang sepanjang hayat hehe. 

Entry Part 7 julia nak story pasal satu keunikan tempat ini, macam fairy tales tau. Tempat ini memang anak-anak suka, termasuk kita yang dewasa pun suka. Macam ala-ala waterpark, thempark fairy tales. Tunggu entry akan datang...bye!

Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 7 : Heaven place. Wajib pergi! (coming soon update)

Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

13 Comments

  1. Wah thanks for the info yang sangat berguna..saya tengah nak plan kesana

    ReplyDelete
  2. Best la juju.. durian bakar tak pernah lagi tgk, dtg tempat org, mmg luas pemandangan.

    ReplyDelete
  3. Memang best pegi krabi ni. Syurga makanan.

    ReplyDelete
  4. wah..night market die bestnya. makanan semua nmpk sedap2

    ReplyDelete
  5. Juju...bikin akak jeles...insyaAllah dah sihat nnt,dh boleh berjalan nnt..nk terjah sana..,

    ReplyDelete
  6. Sis part 7 tu kat mana ye? saya nak g krabi this week �� Eksited ni

    ReplyDelete
  7. Bestttt akak share details gila .. Boleh jadi bahan rujukan kalo nak ke sana nanti

    ReplyDelete
  8. Bila nak share krabi part 7. Tak sabar nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coming soon Hafni, sorry tau sibuk beberapa minggu ini dengan kerja hakiki, will be back soon! Thanks Hafni. :)

      Delete
  9. part 7 takde lagi ke sebab sy nak pergi bulan depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done update Sarah. Wah terharu juju ramai pembaca pm dan email pasal Part 7 hahaha. Thanks a lot!

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)