Kejutan pencarian
If you are persistent, you will get it. If you are consistent, you will keep it. Dream hard, work harder.
---
Juju kalau nak mencari sesuatu atau idam sesuatu, selalu dapat bila dalam keadaan tidak tergesa-gesa. Kalau dalam keadaan nak sangat mencari berhari2, berminggu, berbulan lamanya memang selalunya balik tangan kosong je. (Titik usaha)
Contoh mcm rumah, niat cuma nak berjalan cari brg dapur masa tu, dalam hati mmg kosong tapi tak semena terlangkah kanan kot hari tu terlalu ditepi jalan besar terpandang banner developer. Hari tu tgk tanah kosong berumput, hari tu juga ikat rumah, rasa mcm mimpi. (Hasil selepas bertahun-tahun berusaha, sabar itu dibalas dlm keadaan kita redha dan dlm mood tenang. Terus rasa, oh inilah manisnya usaha rupanya, diberi dalam keadaan kita tawakal.)
---
Nak cari hod & hoob, cari bermacam tempat semua harga mencekik sebab nak brand sekian-sekian. Bukan sehari pencarian, mkn berbulan. Sekali...niat nak keluar terlalu jalan besar yang sama mcm cerita kat atas, terpandang banner promosi, ada warehouse sale harga durian runtuh, bila survey, mengucap pjg, dapat lah brand yang dicari sekian lama dengan harga tak masuk akal, melangkaui dari pasaran kedai, berganda jimat, cerita rezeki sama seperti mcm cari rumah tadi.
---
Sekarang hunting KC, tengah cari orang buat dapur, 2 org kontraktor dah ukur bagi harga, juju masih tak setuju bila mana tgk material yang sgt so-so tapi harga Allah... bukan cerewet keterlaluan, tapi lebih mementingkan 3 aspek ni, harga berbaloi setanding kualiti barang, ya kualiti come first dan pulangan selepas pembelian dari segi warranty. 1 kedai dlm wishlist, tp belum confirm lagi.
Aku rasa, banyak rezeki juju dpt di jalan raya utama sebenarnya. Tidak dirancang, tapi Tuhan tunjuk jalan di jalan raya kebanyakkan pencarian juju. Alhamdulilah. Entah2, KC ni pun kena lalu jalan yang sama kot, baru jumpa hehe seronok tgk Tuhan atur rezeki dlm keadaan kita bertawakal, termasuk ujian pun sama, hikmah selepas ujian ada sebab musabab kita kena lalui. Usaha, doa, tawakal. #aluminiumkc #sajekongsipengalaman
Boleh harap dah tolong pegangkan pintu, jaga barang, senang rupanya nak jaga budak umur 7 tahun, sebab dah pandai mendengar arahan.
***Abg Qi, dia pun sejak dua menjak ni siap drawing KC umi dia melalui 1 lukisan, siap tunjuk umi nak yang mcm mana kedudukan KC...hmmm dia meniru gelagat kontraktor KC rupanya haha (pandai amik hati makwe )
Ehh, nanti julia cerita pasal terima kunci rumah, ye 23 Oktober 2019, tarikh yang buat julia sebak, pertama kali pegang kunci rumah sendiri. Tak terkata. Nantikan entry seterusnya.
Ehh, nanti julia cerita pasal terima kunci rumah, ye 23 Oktober 2019, tarikh yang buat julia sebak, pertama kali pegang kunci rumah sendiri. Tak terkata. Nantikan entry seterusnya.
👉Doakan juju, dapat cari KC idaman kena bajet. Amin. 💪
15 Comments
wow :)
ReplyDeleteAkk dh boleh komen tru fon. Senang nak komen blog juju ni. X la jd silent reader dah.
ReplyDeleteTerima kasih kak ana, semoga Allah merahmati kak ana selalu. Amin.
Deleteseronok nk deco2 umh , beli brg umh..smoga dipermudahkan utk juju hunting kontraktor kc plak...akak aritu mmg dh survey juga la psl kc ..mmg ikutkn nk start renovation lps raya hj tp kita hanya merancang bila ada sesuatu kejadian kan..mayb ada hikmah disebaliknya..akak tunggu share entry juju..sronok tgk kwn2 msk umh br
ReplyDeleteTerima kasih kak amy, doakan saya. Nak masuk rumah cepat, nak buat kicthen kabinet harga bajet je...sebab luas pun kecik hehe. Hrp dpt lah jimat lg.
Deletesetuju dengan juju..kadang2 terlebih plan pon tak kemana. yang adhoc juga yang menjadi.
ReplyDeleteYa shiela, selalu gitu kan, rancang kemain, berbulan makan tahun. Sekali mcm tu rezeki senang je di beri masa kita tak fikir langsung hehe. Hikmah usaha.
DeleteTahniah akak. All your work hard is finally worth it. Semoag dipermudahkan segala urusan akak dan keluarga
ReplyDeleteTerima kasih ain beri galakan. Same goes to you!
DeleteKalau membeli sesuatu dlm keadaan tergesa2,hasilnya mmg tak memuaskan hati..dok rasa terkhilaf..
ReplyDeleteSetuju dengan kak kamsiah, selalu dlm keadaan mood tenang, tidak terfikir itulah selalu dapat. So jom tenang2 selalu dan berserah semuanya pada Allah. Amin.
Deleteso kena selalu ke hulu ke hilir kat jalan raya je ni hahahha
ReplyDeletehahahhaha begitulah rasanya...weekend ni nak lalu lagi jalan yang sama mana tahu ada banner kecik2 org buat kitchen kabinet harga mampu milik, tak nak membazir hehe
DeleteTahniah juju...
ReplyDeleteSelamat berdekorasi...
Kita pun xsabar jugak nak renovate rumah baru...
Harap2 sempat siap sebelum pindah bulan 12 nnt
bestnya nak deko deko rumah baru. Semoga dipermudahkan urusan Julia.Aaminn
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)