Pertama kali memandang tatarias di sini, wah kagumnya, lawa!

Balik dari bercuti terus masuk kerja, korang tau tak mood bercuti aku tersangatlah indah tak dapat diungkap dengan kata-kata. Lepas beberapa hari masuk kerja aku nak me time, apa lagi berurut satu badan lah di spa. Tahun lepas seingat aku pernah berurut di tempat lain, tapi kali ini aku nak cuba Sutra Maya Wellness sebab sangat berdekatan dengan rumah aku juga tau. 

Tau tak apa yang menarik perhatian aku nak datang ke sini?
Aku stalk di FB & IG rasmi Sutra Maya Wellness kebanyakkan pelanggan pertama dan pelanggan tetap mereka berkongsi kisah sebelum dan selepas mengambil perkhidmatan di sini sangat lain dari yang lain. 

Maksud julia, anak tuan punya spa ni adalah orang Melayu sejati kita Puan Sherry namanya baik sangat, murah senyuman, lepas tu banyak info dia kongsikan dengan juju mengenai kesihatan tau, termasuk pekerja-pekerja yang akan urut aku semua dari orang Melayu kita sendiri. 

Satu lagi, aku peminat setia penyanyi Aisyah. Dia salah seorang pelanggan yang kerap kali datang ke Sutra Maya Wellness yang terletak di Platinum Walk, Setapak Kuala Lumpur ni tau. Artis lain pun kerap ke sini tau. Pi lah stalk kat instagram Sutra Maya Wellness. Ramai kot.  Wah kena cuba ni, tak cuba tak tau!  
Sebelum mula rawatan di spa Sutra Maya Wellness, julia diberikan satu set minuman yang terdiri air asam jawa & air masak. Rasa air asam jawa pekat ni sangat sedap, tak pernah rasa sebelum ini sesedap ini tau. Syok minuman pembuka mood. 

Serius! Belum pernah lagi aku jumpa spa yang semuanya orang Melayu kita, sebelum-sebelum ni memang orang dari tanah seberang lah mewarisi teknik mengurut kan?

Suami julia dan Abg Qi seawal jam 10 pagi semangat nak hantar juju ke sini tau. Kata mereka nak bagi umi rehat dan jangan fikirkan hal rumah tangga, 100 peratus manjakan diri dan diorang ambil alih tugas sebagai Mr. Mama. 

Apa!!!!!!!!!
Hahahaha ketawa besar aku weh, serius dua hero ni selalu kadang-kadang tetiba je bertukar jadi sweet sangat...alalalalalala ni yang rasa nak ber spa sampai ke malam? Boleh kan abang-abang? Hahaha.😜😝
Wauuu lagi, wauuu sangat pandangan mata sesiapa melihat. Lawa sungguh kan, kat sini ada ruang khas untuk rawatan spa. Rasa macam nak baring je tengah-tengah laluan ni tau...awwww!


Tujuan datang sini memang aku nak ambil full body massage, nak bagi badan relaks-serelaksnya. Nak tahu harga servis yang julia ambil sila baca selanjutnya di bawah ya. Emoji bertanda 💙 julia ambil. 

Servis Sutra Maya Wellness
  • Single full body massage RM89 💙
  • Tangas RM49 💙
  • Foot massage RM49 💙
  • Bekam badan RM140
  • Bekam muka RM69
  • Nail buffer RM12
  • Express meni RM35
  • Express pedi RM45
  • Full body scrub RM69 
Banyak lagi servis kat Sutra Maya Wellness tau, ini apa yang julia ingat lah julia kongsi harga kat sini okey, nak tahu selain itu boleh call atau whatsapp sendiri ye. 

Nak dibandingkan dengan sebelum ini julia pergi ke tempat lain, kat sini nampak harganya berbaloi dan setanding dengan servis yang diberikan. Pelaburan yang berbaloi-baloi, nak tahu apa yang berbaloi sila teruskan baca. 💪
Foot Spa & Foot Massage

Lepas minum air asam jawa minuman yang diberikan, mereka siapkan foot spa julia, wah dengan bungaan segar tau. Rendam dalam air garam bukit dan aroma terbit di segenap ruang sangat mendamaikan. 
Heavennya kau julia, haruslah...datang sini tau !

Bila buat temujanji kita rasa sepuas hati layanan yang diberi dari awal sehingga akhir mereka fokus betul-betul, itu yang julia rasakan macam bidadari tau haha. Bila lagi nak feeling weh...kata me time haha 😘

Lepas foot spa dan massage, julia kena bertangas. Apa itu tangas nanti korang Google lah sendiri. Banyak kelebihan bertangas, siapa cakap tangas ni hanya untuk orang berkahwin semata-mata. Salah fahaman tu...betulkan balik hehe. 

Bertangas

Membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan, mengecutkan urat badan, dapat membuang angin kerana bertangas dapat mengeluarkan peluh dan menyebabkan toksin keluar dari badan. Kelebihan bagi ibu bersalin, dapat membantu proses penyembuhan, kemutan faraj dan rahim. Hebat kan tangas!

Kedua, untuk bakal pengantin jangan lupa tau bertangas. Ini kerana menjelang hari bahagia, bakal pengantin pastinya mahu kelihatan cantik, segar dan menawan maka bertangas adalah kaedah pantas mengembalikan kesegaran dan tampil berkeyakinan di depan suami. 

Apa lagi, julia dah lama bertahun tau tak bertangas, ish tak boleh dah sedap rasa je nak buat bebila...lepas ni kena at least lah 2 bulan sekali buat. Untuk diri dan suami, barulah sentiasa sayang gituuu... 😍
Bilik spa, wah, ada sauna, ada bathtub, ada macam-macam. Aku duduk bilik ni sepanjang spa. 

Perasaan tika berada di sini sepanjang berspa.
Alunan lagu ala-ala bali berkumandang sentiasa. Aku dapat rasakan moment indah sepanjang rawatan. Tengah bertangas mereka gunakan lampu malap, untuk efek tenang dan mendamaikan. Ya, aku pakai baju dan kain batik lepas yang dibekalkan. Sebesar aku pun muat tau haha. 

So jangan rasa rendah diri, bila kita hargai diri sendiri stress dalam tak sedar akan perlahan-lahan hilang. Hormon kita kembali stabil, fikiran kita dalam mood gembira. Bila kita set semuanya di sini, insya-Allah balik ke rumah kita sambut suami dan anak dalam aura positif. Itu yang aku rasa, aku alami...suami pun suka tau perubahan aku. 

Tak mudah naik angin dengan perkara remeh temeh, kalau dulu pantang hoiii, nak menyalak je...bahaya...nampak macam bukan stress, terkadang badan kita sendiri tak cukup rehat, tak cukup tenang...sini sangat tenang...aku fikir macam aku mana ada masalah pun...hahha serius!


Full body massage + tungku moden
Selepas selesai sesi bertangas dalam 20 minit, terus sesi berurut satu badan selama lebih kurang nak dekat 2 jam. Katil yang julia baring sangat selesa, muka kita ada ruang bulatan kecil untuk wujud keselesaan. 

Pekerja yang urut di sini walaupun badan diorang kurus dan kecil, jangan pandang sebelah mata. Sekali dia urut kau sampai ke tulang hitam rasa haha. Aku dah kena tau, biji-biji angin dalam isi di bahagian belah kiri badan aku banyak betul. 

Bila diurut berulang kali baru biji angin degil tu mulai hilang. Kalau tak bila di tekan dalam terasa tajam tau sakit tu. Rupanya badan aku banyak angin, patutlah kuat kentut hahaha. 

Ramuan herba diadun sendiri tau, bukan ambil dari spa lain ke, dari negara seberang ke, mereka adun sendiri ramuan. Menarik kan, owner spa rekemen untuk buat Body Scrub & Body Mask efek dia boleh buat kita lagi rasa lain.  

Selingan, dapat makan sengkuang calit tau, depan spa ni mereka jual sengkuang calit, so pelanggan yang ambil servis sini kalau ada stok memang diorang bagi makan percuma hehe, rezeki aku. Sedap tau, aku duduk depan lobby tu nampak pengunjung tak henti-henti beli. 

Sambil berurut, di selang selikan dengan tungku moden, tungku moden dia lain dari aku lalui dengan batu sungai tau. Tungku dia jenis span berat panjang tapi panas di lekapkan di belakang badan, depan badan, lepas tu mata aku di letakkan bantal mata herba sejuknya.

Alahaiiii, nyaman sangat, habis sesi segar bugar badan. Ringan sungguh badan tau, rasa wangi minyak urutan tu. Lega!

Bila pandang cermin besar spa ni, rasa muka tetiba nampak fresh, glowing sebab darah berjalan dengan baik. Aku dapat rasa perubahan tu, beza sebelum selepas. Rugi korang tak cuba. Pulangan berganda dekat diri. 
Puan Sherry, empunya Sutra Maya Wellness. Beliau sangat baik hati, peramah, banyak ilmu dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Julia dapat banyak info melalui dia secara live. Tq so much Puan Sherry, will definetly come back. Nak cuba buat bekam.

Kelebihan bekam yang aku tak pernah buat, tapi kena cuba, tak cuba tak tahu kehebatan bekam !

Korang memang kena berurut satu badan dulu, dicadangkan untuk urut dulu, kemudian baru ambil pakej khas bekam. Kata Puan Sherry, efek selepas buat bekam lagi rasa lain, lendir-lendir darah-darah kotor keluar, toksik keluar dan badan kita lagi rasa lancar. 

Bekam wishlist aku next month, moga semakin sihat dan cantik hahaha. Siapa nak puji kalau diri sendiri, hargai diri Allah beri sebaiknya. 👍
Dari 5 bintang aku beri 5 bintang haha, cukup segala apa yang aku nak melebihi dari expectation sebenar aku tau. Suami aku cakap, lain muka sebelum dan selepas spa, nampak ceria, nampak mood baik, terus aku belanja makan petang tu jugak sebab kena pujian melangit suami dan Abg Qi haha tq tau hargai julia. I love you all so much! 


Tekan video, nak rasai apa julia rasa sepanjang berada di sini. Klik !

Julia rekomen sangat Sutra Maya Wellness, hargai diri sebaiknya okey. Nak butiran lanjut sila dapat info dibawah, buat panggilan dulu setkan tarikh dan pilih servis yang dikehendaki. Selamat berspa ! 💋

Alamat:
Sutra Maya Wellness
G-50-0, Platinum Walk, 
No.2 Jalan Langkawi,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Landmark: Sebelah Setapak Central Mall


Maklumat lanjut boleh follow:
Email: sutramayawellness@gmail.com
Tempahan WhatsApp: 018-9899 282

7 Comments

  1. Syoknya, tak sabar nak cuba and treatment dia murah je

    ReplyDelete
  2. Kak.. Saya nak repeat g buat bekam kat sini...

    ReplyDelete
  3. wah bestnya kak juju. kecik tak pernah lg g spa. dapat rilex2

    ReplyDelete
  4. Dengr pun dah rasa syoknya kak buat treatment kat sini..nak kene buat jugala..badn nad pun dah lenguh2 ni

    ReplyDelete
  5. perghh bestnyaaaa. rehat2 kan badan.

    ReplyDelete
  6. best yer juju, terus rasa nak turun KL dan terjah spa ni.

    ReplyDelete
  7. Arghhh bestnya Juju, nak pergi urut badan jugaklah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)