Rancang Travel ke Seoul, Korea !
Imagine Your Korea !
Suami dan anak juju si Abg Qi pernah bersuarakan minat untuk ajak pergi travel ke Seoul, Korea. Aku lebih suka Jeju sebab sejenis manusia macam juju ni pecinta alam. Aku suka menikmati alam. Aku ada buat bajet all in lebih kurang seorang dalam RM2,500 include semua kecuali shopping personal je.
Aku kira-kira macam cun je, so terus kata on next year insya-Allah yey. Trip kitorang ni memang family bajet trip so senang sikit nak urus, sejak azalinya memang aku suka trip bertiga. Aku, suami dan Abg Qi hehe.
Dari tinjauan semasa juju, tiket return AirAsia tak termasuk luggage dengan makan lagi lebih kurang RM778 macam tu seorang. Kitorang tak confident untuk buat trip backpackers kali ni sebab almaklumlah nak pergi lama sekurang-kurangnya seminggu kan.
Terus berKorea Malaysia haha, semangat kan juju
So kitorang kena ambil luggage 25 kg untuk pergi dan 40 kg untuk balik share lah untuk 3 orang jimat sikit. Kos luggage 25 kg dalam RM129 dan 40 kg RM202 macam tu, total RM331. Sebab flight ke Seoul 6 Jam lebih, makanan memang kena ambil untuk return RM30 seorang.
Dah settle tempah flight, julia kena fikir pasal penginapan pula. Julia kena banyak buat penilaian juga serta comparekan harga hotel dan juga lokasinya supaya mudah untuk kami bergerak. Lepas tu suami aku cadangkan untuk guna Airbnb sebab keselesaan yang ditawarkan tu agak menarik.
Sebabkan kitorang nak jimatkan ruang luggage, jadi kami cari Airbnb yang ada sediakan mesin basuh dengan dryer senang untuk basuh baju dan terus kering. Kami dapat satu tempat yang strategik berdekatan dengan Myeondong Station dan walking distance je dengan beberapa tempat menarik di Seoul.
Kami terus deal untuk pilih yang tu sebab total untuk 5 hari 4 malam dah include service charge semua cuma RM769 je. Okaylah untuk tempat yang selesa dan akan memudahkan pergerakan kami.
KLIA Express pergi balik
Flight dengan hotel perancangan settle, kitorang buat pula briefly plan untuk transportation pergi dan balik daripada Korea nanti. Suami juju ada nampak advertisement KLIA Express cheap booking di Traveloka. Since flight kitorang pukul 12.05 pagi dan hari sebelumnya tu kami bekerja, jadi kami pilih untuk bergerak ke KLIA2 terus daripada KL-Sentral lepas habis kerja.
Juju buat pilihan gunakan KLIA Express adalah pilihan yang baik dan yang bestnya juju membelinya di Traveloka tau sebab ada pilihan yang sangat baik sebab boleh dapat harga yang lagi murah!
Selepas tu kami cuba tengok airport shuttle dekat Traveloka ni juga untuk tempah private car yang boleh hantar kami terus ke rumah. Harga yang ditawarkan agak berbaloi dan mudah untuk ditempah. Ehh best kan? Semua dalam satu website je, Traveloka!
Jalan-jalan Korea !
Okey! 3 perkara penting dah settle, barulah kami plan aktiviti yang kami nak buat di sana nanti. Bajet kami rendah tetapi kami masih pasang angan nak berseronok di sana nanti. So, aku ada jumpa 'kad Discover Seoul' dekat Klook untuk 72 jam RM209 je. Apa yang best kad ni?
- Kad ni boleh dijadikan sebagai T-Money Card untuk kita guna waktu naik subway. Ala kalau kat Malaysia ni macam kira Touch n Go lah. Ia juga boleh digunakan di 7Eleven untuk membeli makanan dan sebagainya.
- Boleh masuk free ke 34 tempat yang menarik di Seoul. Kalau pandai susun itinerary, memang boleh maximise kan hamper ke semua tempat yang free ni dapat pergi. So, kami masih susun perjalanan kami agar Kad Discove Seoul ni berbaloi untuk kami guna.
- Diskaun untuk 29 lagi attraction dekat Seoul ni. Memang sangat berbaloi.
Gambar Nami Island, cantiknya awww! 💗- Traveloka.Com
Selain itu, kami juga target untuk ke Pulau Nami. Yang ini kami masih survey untuk dapatkan deal yang terbaik. Untuk Nami Island ni kami prefer untuk cari package yang dah include transport dan ticket ke sana, senang tak perlu nak fikir sangat.
Tempat makan halal Korea
Di Seoul, terdapat banyak restoran halal yang sedap dan berbaloi terutamanya di Itaewon. Kami bercadang selama 5 hari nanti, tidaklah hari-hari makan di restoran-restoran tersebut. Aku bercadang untuk bawa sedikit makanan ready to eat macam Travella dan lauk Brahim sebagai langkah mengurangkan kos makan. Abg Qi kan tekak melayu sejati, dia mesti nak cari nasi punyalah ahaha.
Sejujurnya, aku pun dah tak sabar untuk trip kali ni. Menghayati tempat yang teknologinya tiptop, adabnya superb memang satu impian aku. Macam yang kita tahu Jepun dan Korea adalah antara 2 negara yang ada kedua-dua elemen ni. Cuma kami memilih Korea sebab dengan kos yang minimum, kami masih boleh enjoy dengan puasnya lagi-lagi kecantikan alamnya. Tak sabarnya juju!
Korang, ingat tau tips dan cara juju merancang di atas. Aku nak korang sama boleh macam juju sebab aku sendiri dah lama tanam impian nak ke sana tau. Sangat berbaloi untuk bajet rendah macam kami, boleh berjimat cermat dan enjoy seperti orang lain. Rasa macam nak pergi esok je haha. 😍
3 Comments
baikk. simpan entry ni baik2 utk rujukan masa akan dtg hehe thank you kak
ReplyDeletebestkan sekarang semua boleh book online terutama dengan Traveloka. Suka guna traveloka sebab banyak promo code dan boleh save bajet..
ReplyDeleteTerbaik kak Ju 👍. Moga dipermudahkan semua urusan disana😍
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)