Dugaan bagi penulis nak cerita balik lauk yang sudah dimakan haha 
lapar balik! 😆

Kalau sebut buah belimbing rata-rata daripada kita semua pasti akan ketahui akan bentuk buahnya bukan? Kalau buah belimbing biasa dan besar kalau dibelah mesti bentuk bintang hehe, berlainan pula bila disebut buah belimbing buloh, rupanya sudah tentu berlainan sekali.

Kalau tak pernah tengok sila google rupa sebenarnya tau, jarang sangat atau juju tak pernah tengok ada penjual menjual buah belimbing buloh dipasaran lah, juju dapat buah ini pun sebab bos di pejabat yang rajin bawa dan edar kepada kami geng mak-mak yang suka memasak.

Khasiat tersembunyi buah ini dapat mencegah penyakit darah tinggi, kencing manis, memudahkan pencernaan dan paling best ia melawaskan tau. Lepas makan cepat je nak membuang dan mudah betul hahaha, legaaaa! 😍

Untunglah kami! 
Dari kecil memang dah terbiasa dengan pokok buah cermai dan pokok belimbing buluh sebab masa kecil selalu pi menempel memanjat pokok jiran punya hahaha adui kalau ingat balik kami adik beradik makan kutip buah ni dari atas pokok tau dan lap dekat baju isap buah ni pelan-pelan. 

Walaupun masam itulah mainan kami nak habislah masa di luar bermain, bila dah besar sudah berkahwin dekat lapan tahun lebih baru lah nak mencuba buat lauk rare macam ini. 

Rupa-rupanya sedap yang teramat sedap bila ada gabungan buah belimbing buloh didalam masakan, tak semestinya dalam masak lemak, pelbagai jenis lauk boleh dimasukkan sebagai pengganti kepada asam keping dan asam jawa. 
 Bukan kali pertama masak tau, dah banyak kali. Maka inilah bahan asas nak hasilkan masak lemak cili padi belimbing buluh. Cili padi menyorok sebab kena buat dua sesi masakan, ada anak kecil kena jaga perut dia juga tak boleh amal pedas keterlaluan. 

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buloh

  1. Ayam / Ikan / Daging / Ketam / Sotong / Aneka seafood - di potong kecil ikut citarasa. 
  2. 1 ulas bawang merah - di mayang nipis atau di potong membulat.
  3. Serai di titikkan - tumbuk bagi pecah sikit lagi senang. 
  4. 5-6 biji belimbing buloh - ikut kesesuaian lauk kalau banyak ayam/ikan, letaklah lebih. 
  5. 5-6 biji cili padi kampung - tumbuk kasar
  6. 1 biji tomato besar - di belah 4 bahagian
  7. 1 inci halia / daun kunyit - di potong nipis
  8. 1 inci kunyit hidup - di tumbuk lumat 
  9. 1 keping asam keping - tak payah letak pun tak apa, nak letak pun lagi bagus aroma tu mengancam hidung.
  10. 1 kotak santan - kalau beli fresh 1 biji kelapa.
  11. 2 cawan kecil air masak
Cara memasak:
Pertama sekali, ambil 1 sudu besar minyak masak. Tumis cili padi, kunyit, halia, bawang besar, serai sehingga naik bau. 

Kemudian masukkan buah belimbing buloh, kenapa masuk awal? Sebab nak bagi aroma buah dari belimbing buloh tu keluar dan air dari buah tu terbit di gabung dengan minyak baru sedap. Jangan lama ye, asal ia bertukar sedikit kekuningan terus masukkan santan dan masukkan 2 cawan kecil air masak.

Tunggu ia reneh sikit, kemudian masukkan bahan utama seperti ayam, tomato, daun kunyit. Tunggu sehingga ia reneh dan masukkan garam secukup rasa. Siap!

 Macam julia, suka kecilkan api, tak nak ia meruap sebab ada santan kan. Biarkan dalam 20 minit dan rasa cukup tak garam. 

Lagi sedap jika lauk ini di simpan dalam 2-3 jam kemudian baru panaskan buat kali kedua, ia punya rasa perghhhhh meletop tau, satu rumah berbau masakan ni asbab buah inilah. Hehe. 
 Goreng ayam sikit dan ada sayur cukup dah makan bersama nasi panas-panas. Fuhhh! 😝

Abg Qi bertambah tau lauk, suka sangat hirup kuah masak lemak masam-masam sedap tengok dia makan.  😋

Pertama kali bagi si Abg Qi makan lauk yang ada buah belimbing buloh tau, nampak dia mudah terima makanan kampung asli dan cepat belajar menu Melayu. Bertuahnya kamu Abg Qi, nanti umi masak lauk lain yang baru dan tak pernah Abg Qi rasa lagi tau. Kena ajar dari kecil, nanti besar tak ada lah dia terlalu memilih makanan betul tak.

Okey, selamat mencuba tau! 
Gosok perut berkeroncong tengok gambar ini semua, haishhh dugaan penulis hahaha. 😜

6 Comments

  1. sedapnya tgk. sampai ari ini sy masih x pandai masak lemak. boleh masak tp kureng sedappp hehe

    ReplyDelete
  2. kalau Haida dpt ni memang bertambah la makan nasi. habis diet. hehehe.. arghhh rindu pulak dengan masakan arwah mak.

    ReplyDelete
  3. smlm MIL masak menu ni tp xde belimbing la...berselera abg qi mkn tu

    ReplyDelete
  4. Pagi- pagi dah tayang resepi...kejammmm.....SA kena kurangkan makan ayam dan daging la...lepas ni kena banyak amik sayur dan ikan je..

    ReplyDelete
  5. ju, nak ckp ni, aida da tanam pokok belimbing buluh ni tau :)
    punyer la minat.
    punyer la payah nak cari yg cantik2 kat sini.
    terus aida tanam. nak kena tunggu besar lah baru boleh dpt hasil nyer.
    sedap ni kalau masak lemak buh belimbing buluh hu hu hu hu hu... :)

    ReplyDelete
  6. Aduiii... Susah nya nak. Cari belimbing buluh tu.. Kalau Dapat sedapnya buat masak lemak dengan ayam kan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)