#PEOPLEVIBES 
Simple tips, tak perlu tanya kenapa manusia itu tak suka dekat kita, nak tahu apa salah kita sampai dia jadi TAK SUKA? Manusia jenis ini dia sedang melalui fasa ujian hati, kita tak buat apa-apa pun kat dia tetap akan cari kuman hatta habuk pun untuk jadikan punca tak suka kita. Maknanya some people memang tak suka tengok org lain lebih pada dia. 😏

Maksudnya, dia memang ada MASALAH HATI. Org mcm ini 'Kena Rawat Hati dan Audit Diri'. Pi cari tok guru Prof Dr. Muhaya, kena banyak membaca buku bab audit hati. Nanti insaf lah dalam diam. 😂

Simple, make it easy. Mana ada jutawan dlm dunia ni jadi kaya tanpa ujian dan cabaran, macam itulah kita ada angan-angan tapi pencetus tersekatnya usaha sebab masih fikir apa orang kata. Jangan kongkongkan diri, BUAT IKUT KATA HATI, bukan buat ikut apa manusia kata "DON'T DO THAT, DON'T DO THIS, YOU CAN'T 🙄".

Diri akan diselubungi dengan rasa takut  nak buat sebab fikir APA MANUSIA KATA, tapi Lupa Nak Fikir APA TUHAN KATA DAN LIHAT USAHA KITA. 
Haaa Tuhan yang beri kelebihan pada seseorang itu, bukan kita saja2 nak tunjuk kelebihan, kalau kita yang tak ada apa-apa ni dok hina caci komen negatif mcm2, dia dok hina kelebihan yang Tuhan anugerahkan pada seseorang, ingat tu...janji apa kita buat masih dlm etika dan adab, santun tu...selain dari tu buat je...JUST BE YOUR SELF and walk with confidence...here you go...just go! ❤

(Juju selalu amal WALK THE TALK, apa juju kongsikan disini juju buat, juju abaikan manusia negatif, kalau boleh delete org negatif dlm hidup dan dekatkan diri dengan manusia yang SELALU MENYOKONG kita dgn nasihat agar kita tak jauh jadi ego dan lupa asal usul...thats it, enjoy jadi manusia tau, priceless!)

RAJIN UCAP SYUKUR ALHAMDULILAH, raikan kejayaan orang lain, ikhlas setiap kali melihat kelebihan, kekurangan, anugerah kepada orang lain dan diri sendiri. Tuhan akan balas dalam pelbagai bentuk, sabar dan terus padukan utk cuba berubah jadi suka melihat ikhlas kelebihan orang lain. 

 Juju tengah pancarkan kasih sayang melalui sekeping gambar, tika penulis berada di bumi Langkawi tahun 2018, banyak kali ke Langkawi pun tetap tak puas menatap keindahan ciptaan Allah. 

Bukan senang ye nak audit diri, juju pun dalam fasa audit diri tau, sebab kita kan selalu audit orang, terlupa yang diri sendiri terabai sebab dah biasa dalam zon 'Oh! Aku okey, org lain tak okey'...sayang, sayangkan hati sendiri dulu ye sebelum audit org. Just sharing, coz i'm caring. ❤
#shareje - #positivevibes - #akusukaakubuat

2 Comments

  1. Kak Juju, memang ada orang lagu tu. Yang tak boleh orang lain lebih dari dia.

    Kena audit dan periksa diri.

    Setuju dengan apa akak cakap. Perlu delete negatif vibes. Tak elok kan untuk diri kita.

    Dalam hidup kita ni tak perlu nak tambah serabut dan pikir apa kata orang pada kita..kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.

    Lebihkan bersyukur, sentiasa ikhlas dan suka tgk kejayaan orang lain. Terima kasih kak Juju untuk peringatan ;)

    ReplyDelete
  2. Setuju dan sokong sangat. Toxic people every where. Apa yang kita boleh buat, abaikan mereka. Dan kita jagan hati dan diri kita sendiri. Takde sapa yang nak jaga hati kita sebaiknya selain diri sendiri.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)