Aku Menang Hadiah Father's Day Contest !
Alhamdulilah, rezeki sehari sebelum tarikh kelahiran anakanda juju si Abg Qi, mereka berdua menang contest sempena Hari Bapa hip hip hooreyyyy! Ni yang nak gelek merdeka ni haha.
Aku memang paling pemalas bab nak masuk contest hahaha, sila mengaku lah juju oi, ye aku memang malas nak isi borang bagai kalau melibatkan borang lah. Tapi kalau contest tu mudah dan senang nak goreng aku masuk tapi tak semudah itu nak lenturkan hati aku yang malas............... itu. Titik!
Pernah suatu ketika aku masuk contest Parenting, caranya mudah je hantar gambar photoshoot bersama anak dan keluarga tercinta, aku hantar dan buat caption mudah pasal keluarga aku...tiba-tiba diaorang annouce aku JUARA!
Ya, Juara, mau tak menangis menang set robot vacuum. Memang lenjan lah vaccum robot tu buat kerja satu rumah puas hati...itu dulu....
Pastu aku jarang dah masuk contest...tiber-tiber haaaaaa Ben Ashaari blogger hebat malaya tu ada anjurkan Contest Father's Day 2019 anjuran Tollyjoy Malaysia. Nak masuk pun senang, hanya gambar seorang bapa bersama anak sedang dalam mood gembira bersama.
Yes! Kebetulan kami baru selesai photoshoot gambar raya 2019, terus lah aku minta suami join contest tu minta dia fikirkan caption mudah slogan sempena Hari Bapa. Terus aku post di media sosial. So aku lupakan, sebab bukan senang nak menang, ramai pesaing oooo.
Sekali, nak jadi rezeki, Mr Ben Ashaari umumkan keluarga aku sebagai salah seorang pemenang! 😱😱😱😱
Mau kau tak tergolek hahaha. Terima kasih Ben Ashaari, terima kasih Tollyjoy pilih kami sebagai salah seorang pemenang. Hooreyyyyyy! 💪💪💪
Tadaaa, besar sungguh parcel sampai. Tadi Abg Citylink hantar by hand dekat juju, kebetulan sedang berada di pantry aku ternampak kelibat dia sedang bersungguh nak masuk pejabat.
Aku tanya siapa punya parcel gedabak ni, dia jawab Puan Julia....haaaaaaaaaaaaa aku punya la tu hahahha 😆😆😆
Seram sejuk tengok big box dari Tollyjoy Malaysia ni, dah la berat besar pulak tu, nanti balik rumah baru nak unboxing dengan suami dan Abg Qi, hadiah dia orang berdua ni aku cuma bawa balikkan aje hahaha tapi aku yang hantar contest so aku lah pemenangnya kan kan kan hahaha nak jugekkkkk
Esok Merdeka 31 Ogos 2019, tarikh hari jadi Abg Qi. Happy birthday Abg Qi yang ke 7 tahun. Besar dah awak, tak rasa macam awak ni anak, rasa macam awak ni adik-adik i ajee ishhh maknya pun haha.
Macam tau-tau je hadiah untuk Abg Qi, ishhh jimat duit mak ko, tak payah beli hadiah dah, nah Tollyjoy amikkk! 😂
Macam mana nak usung ni, berat! Adeh hahaha pepandai lah juju oiii 😅
6 Comments
tahniah juju..beso kotak hadiah tu..rezeki busday boy juga tu
ReplyDeletetahniah Ju
ReplyDeleteWahh syok ni menang contest. Rezeki tak disangka kan.. Tahniah 👏
ReplyDeleteTahniah Ju.
ReplyDeleteApa isi dalam kotak tu?
wow! tahniah kak juju
ReplyDeleteWah tahniah! Rezeki abg qi tu......... Dan ibu ayahnya juga haha
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)