Pokok Petai abah tanam akhirnya berbuah lebat kali pertama
Kali pertama pegang hasil yang aku KETAWA dulu, kini jadi kenyataan.
Bukan setakat pokok buah rambutan 2-3 pokok sejak azali abah tanam belakang rumah SINI, dua ke 3 tahun ke belakang abah dah tanam pokok petai. Percubaan pertama abah nak korek lubang tanam pokok petai tu aku ketawa terbahak-bahak.
Apa abah?😲
Pokok petai?😱
Betul ke abah? Jangan buat lawak abah haha. 😆😆😆
Yelah abah aku cakap betul, nak tanam benih pokok petai. Aku masih mengelengkan kepala, ketawa yang tak dapat dibendung. Tapi ketawa aku tu berjaya buat abah aku buktikan bahawasanya POKOK PETAI dia BERBUAH sudah!!! 😲😲😲
Aku nganga....aku nganga luas-luas mulut....😮
APAAAAAAAAAA...😮
PETAI...petai berbunga...PETAI dah KAIT? 😲
Haaa mana aku tak terkejut, tanah belakang rumah abah aku bukan tahap subur pun, aku tau la aku kecil-kecil main belakang rumah abah, main enteng-enteng dengan adik beradik.
Tanah jenis berpasir, batu menimbun, asal nak gali tanam serai pun aku dah mengeluh...apa batu banyak sangat ni...haha masa kecik-kecik abah aku rajin ajar aku menanam...mcm-mcm ditanam sampai mayat haiwan belaan pun aku dah tau tanam hihi.
Tiada satu pun biji petai berulat, hitam dan busuk, semua elok, Allah rezeki tak pernah jumpa petai elok macam ini, hebatnya hasil Allah beri kat Abah!
Besar-besar ruas petai abah tanam, jarang aku jumpa hasil petai yang berat, utuh, dan pejal macam dalam gambar ini. Yelah aku kan sejenis manusia PENCINTA BUAH PETAI. Aku tau lah kat pasaran macam mana ia dijual.
Kadang tu bila pegang mudah je relai dan cepat hitam kalau lambat di kopek. Ini aku dapat dari abah pun balik rumah aku tak kopek lagi tau. 2 hari baru aku cari balik petai. Elok je haaa macam tak nampak naik hitam. Sesuatu sangat petai abah ni.
Serius, besar dan gemuk-gemuk biji petai aku kupas, geram betul. Bau segar dan tak bau macam petai lama yang aku beli tu bau macam tengik, petai baru di kait ia tak berbau sangat, seakan sikit2 je bau dia.
Rupa bungkusan abah kirim melalui mama, sempat mama kirim kat menantu dia bagi ke aku, aku ni dok fikir dari dulu, aku pernah ketawakan sesuatu yang aku rasa tak mungkin akan jadi.
Tapi ini betul-betul membuka mata aku bahawa BERANGAN itu kadang kala JADI KENYATAAN.
Di pasaran semalam aku sempat jeling kat kedai petai yang siap di kopek dalam beberapa gram pun dah berharga RM7.99 sebungkus kecil, ini satu bekas besar, tebal penuh isi buah petai aku dapat dari satu tangkai beruas-ruas buahnya.
Kalau timbang, jual paket kecil macam kat kedai mungkin cecah ratusan harganya weh. Ni abah bagi percuma, hasil aku ketawa hahaha jangan pandang sebelah mata julia oiii. 😄😄😄
Kalau timbang, jual paket kecil macam kat kedai mungkin cecah ratusan harganya weh. Ni abah bagi percuma, hasil aku ketawa hahaha jangan pandang sebelah mata julia oiii. 😄😄😄
Alhamdulilah, impian abah aku menjadi kenyataan. Pokok petai dia tak tinggi macam hutan liar tu, pokok petai dia tinggi tapi dalam kategori rendah lah sebab tumbuh dalam kawasan bandar.
Kira hebatlah pokok petai tu hidup, abah aku kongsikan dia letak baja boron, eh lebih kurang lah namanya.
Tips dia lagi katanya pokok petai kena bagi dia stress sikit, takek-takek kat batang dia dan letak baja boron, bila dia keluar getah kat keliling ruas badannya, jadi kering dia akan belajar putik bunga, tahun lepas aku ingat ia pernah berbunga tapi tak berjaya keluar hasil lagi.
So ini bunga tahun kedua melekat hasil melimpah ruah. (Clap: 👏👏👏)
Syabas abah, anak-anak abah macam julia lah beruntung sangat, hasil abah ini julia akan panjangkan sedekah melalui jamuan makan sabtu ini sekali anjur sambutan ulang tahun perkahwinan julia dengan suami yang ke-8 tahun. Jap je dah 8 tahun. Moga bertambah rezeki kami sekeluarga. Amin.
Geng petai lover, korang mesti nak cari petai kan...terliur lah tu...hahaha
12 Comments
SA kalau bab petai ni suka campur ngan ikan bilis goreng ataupun buat sambal udang..kalau makan mentah buat ulam memang tak leh..x tau la pesal
ReplyDeleteJuju jarang makan mentah SA, samalah suka buat sambal sebenarnya lagi mengancam nak makan silap silap bertambah nasi...okey diet tahun depan jelah hahaha
DeleteWowww bestnyaaa Jujue...kalau dekat dah minta beli dah! Besar gak mata dia dan isinya elok takde penunggu ....sedapnyaaaa
ReplyDeletePetai favourite ni. .Sedapnya
ReplyDeletebestnya ada ada pokok petai..bleh makan puas2 kannnhehheh
ReplyDeleteUsaha tangga kejayaan yes!
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhh sedapnyaa...favvv sangat nii...buat sambal tumis bilis + belacan..petai tu hiris dengan kulit sekali perghhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletewah..besar. sedap ni buat sambal petai dengan udang...peh...kat luar mahal
ReplyDeleteAduhduhduh sedapnya petai. Nora suka petai.
ReplyDeletebertuahnya!!!
ReplyDeletesambal petai, yg Allah, sedap nyer...
Besar besar mata petai ;)
ReplyDeleteBuh dalam sambal udang pun sodap. Hehe.
Done follow #819
Bestnya ada pokok petai sendiri..petai buat macam masak rendang pun sodap..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)