30 cerita terbaik (jilid 1) tamat dengan penuh didikan dan asuhan mendalam. Beberapa hari lepas sudah masuk (jilid 2), nampak kesannya makin lama latihan makin nampak tempoh masa membaca semakin laju. Dulu, merangkak, tatih, berjalan jatuh. Sekarang dia boleh kemudi satu sampan kecil dari jeti ke tengah lautan dan patah balik dengan selamat. 

Tipsnya, jilid 1 rajinkan membaca seminggu 2-3 kali, jilid 2 jarakkan setiap hari Ahad sahaja 2 cerita lebih kurang 4 muka surat dan beri markah catatan persis seorang guru. 

***(hari waktu sekolah tiada latihan membaca sbb beban tugas tinggi disekolah sudah memadai. Khas utk anak yg sudah tahu membaca, jika belum ulang langkah tips diatas.)

Syabas Abg Qi, kita practice lagi lancarkan bacaan seperti membawa kapal jet tau Ahad depan. Mana tahu esok besar jadi pendebat, jgn debat dgn umi tau sbb akhirnya umi menang tanpa bertanding. 😅😆🤣🤪😉

Kawan-kawan, jom sama-sama baca buku dengan Abg Qi. 😉 ( Abg Qi 6 tahun 11 bulan )

Sunday | 7 - 7 - 2019 


Tips membaca anak-anak: Jejak entry lepas, bagaimana Abg Qi dari tak tahu membaca jadi pandai membaca.

6 Comments

  1. Wahhhh terbaiklah abg Qi. Bangga auntie tau abg Qi cepat membaca dgn lancar. Semoga terus success ye syg.

    ReplyDelete
  2. Well done Abg Qi 💪💪💪

    Jangan berdebat dengan ibu...haha win 😆😆😆

    ReplyDelete
  3. Tahniah abang qi. Anak saya tahun ni 5 tahun, antar dia pergi kelas intensif membaca, hujung tahun InshaAllah tmat program. So start tahun depan, dah boleh buat latihan macam kak juju ajar ni. Hopefully nanti bila dia masuk darjah 1, dah lancar la bacaan dia.

    untuk english pulak, dia (anak saya) tengah belajar membaca lagi kat kumon. Hopefully tahun 1 nanti pun sama - dah lancar bacaan english dia.

    ReplyDelete
  4. in shaa Allah anak2 kita jadi yg terbaik, Ju :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)