Macam mana nak mula ni, aduyai tak sabarnya nak cerita kat korang, akhirnya sampai juga rezeki julia dan suami nak anjur jamuan makan untuk keluarga, kejiranan dan rakan-rakan kenalan kami berdua. 

Dari bulan 2/2019, selepas julia keluar dari HKL, memang kami berdua berhajat nak anjur kenduri doa selamat, tapi bulan berganti bulan ada sahaja halangan dari segi masa. Alhamdulilah, ia jadi kenyataan jua tau, rasa tak sabar tunggu tarikh keramat 22 Jun 2019, 8 Syawal hari Sabtu menjelma. 
Konsep Jamuan Hari Raya di rumah julia bukan berkonsepkan catering, korang nampak dekat belakang julia macam seakan tempahan set catering kan, tapi sebenarnya bukan. Kami buat semua sub-sub order dari segi kerusi meja tempah asing tanpa khemah, bukan senang ye nak dapatkan 20 kerusi dan 2 meja makan waktu puncak di hari Sabtu sebab sebulan bulan raya adalah hari yang orang suka order peralatan jamuan terutama kerusi meja. 
Kami tak ambil khidmat khemah, julia tak berapa suka membazir bab macam jamuan raya, kecuali kalau anjur kenduri kahwin ke tunang ke, akikah ke selalunya khemah di tempah. Julia bincang dengan suami, kita nak bermesra dengan setiap tetamu jemputan raya yang kami jemput sahaja secara langsung. Bila ada khemah seakan ada gaps dirasakan, makan dan pergi balik.

Guna sahaja car porch, alhamdulilah memang setiap tetamu hadir julia dan suami layan sebaiknya seperti tidak mahu membiarkan mereka semua balik cepat hahaha, aku sembang, suami sembang, Abg Qi pun sembang dengan kawan-kawan baru main beyblade, no gadget hp !

Selesai cerita bab peralatan jamuan, sekarang julia nak kongsi pengalaman bab menyediakan makanan jamuan hari raya. Kami sudah berbincang berdua hari-hari sebelum menjelang hari jamuan raya melalui wasap dan bersemuka bila balik kerja. 

Menu jamuan raya kami :
  1. Spagetthi Bolognese Malay Style by Julia Johari masak sendiri. 
  2. Nasi Kak Wok - kami order khas di restoren terpilih suami ambil di kedai. 
  3. Bihun goreng seafood - cod order dengan pakcik jual nasi lemak. 
  4. Lemang Daun Lerek 
  5. Serunding Kelantan original
  6. Nasi impit 
  7. Kuah kacang Haji Samuri
  8. Buah tembikai, buah oren manis
  9. Kuih Akok kelantan
  10. Kuih Talam Sekaya - potong 65
  11. Kuih Serimuka Durian - potong 65
  12. Kek lapis pelangi Sarawak - 2 loaf di potong kecil
  13. Aiskrim malaysia - 40 batang dibekukan
  14. Gula-gula jelly 
  15. Kuih raya - 11 balang
  16. Air sirap pandan
Banyak kan, lebih kurang 16 jenis menu kami sediakan, tak lupa 30 keping duit raya eksklusif cetakan sampul Parlimen Malaysia, first come first serve dapat duit raya khas untuk anak-anak tetamu. 

Kuah pasta, di masak sehari sebelum majlis. daging kasar dengan sosej di goreng sedikit garing bersama bawang putih dan bawang merah. Sebab ada budak-budak maka julia tak campur sedikit cili paste...inilah Malay Style, baru ohsem haha tapi memang inilah habis dulu sebelum nasi. Syukur!
Kek lapis pelangi, susun atas foil tray, nak baca kisah ini klik SINI 
Cara julia sediakan menu, menu ringan dan pencuci mulut semua didalam rumah, lagipun menu ini anak-anak suka makan, so port makan dalam rumah sesuai untuk menu ini. 

Kuih muih, tak lupa untuk anak-anak tetamu juga disediakan. 

Penuh satu meja makan rasmi kami. Meja ini sure lah julia sayang, tak sesuai untuk letak makanan terlalu berat kang ada lukisan kekal di atas layar putih tu menyesal tak sudah hahaha

Bijak tak suami julia?
Dia ambil kain batik julia yang baru beli, belum pakai lagi dia setting dekat pagar tu, so tak nampaklah jiran sebelah punya privacy hehe. Baru nampak raya ala-ala kampung gitu. 
Semua makanan kami jaga dari segi kebersihan, itu yang paling utama, semua di wrap rapat, nanti tetamu nak ambil makanan boleh koyak sikit plastik wrapping tu kemudian tutup semula. 

Sajian zaman berzaman hari raya, menu ini julia sediakan masak nasi impit dan potong sendiri, seakan wajib kena sediakan baru nampak hari raya. 

Ramai tetamu puji serunding kelantan tu sedap, memang julia makan pertama kali serunding ni paling rare...kerlassssssss rasanya...eh terliur plak. 

Suami beli dengan pemborong di Selayang, warna dia kemerahan dan rasa daging serunding tu jelas dan rasa segar seakan macam baru di buat. Puas hati sepaket RM60 rasa. 

Buah-buahan pun julia potong semua di pagi Sabtu, perghhh pakai sarung tangan khas tau, nampak tak kebersihan paling julia tekankan, tu sebab nak makan kedai makan atau tepi jalan pun kami tengok kebersihan dulu. 

Sedapnya bihun goreng, ada banyak udang disebalik bihun aummm. 

Yeyyy, pasang umpan untuk anak-anak tetamu, nak diorang main kat dalam rumah kena pasang umpan ni, sah selamat semua anak-anak tetamu hahaha suka betul diorang makan. Genap sampai jam 1 pagi licin semua aiskrim. Syukurnya!

Air sirap pandan di sediakan oleh Abg Qi, saje nak ajar dia masa kecil ni cara buat air, air gula 3 kilo julia masak atas api dengan daun pandan, sejukkan 2 hari sebelum majlis. Memang air kami beli kat kedai borong dan refill kt mesin air senang, janji ada bekas air nak isi air ulang2. Suka Abg Qi belajar buat air, kerja kacau je kan haha

Kuih raya ramai puji, terutama tart nenas, semua kuih ini sponsor oleh pakcik suami, memang setiap tahun dia beli dengan orang-orang yang buat homemade tau, bukan dari kilang. Kami makan pun tak tahan nak ulang2 sedap sangat haha.  Rezeki dapat kuih raya free, alhamdulilah rezeki tetamu pula merasa. 

Rupa masa jamuan, lepas habis jamuan rupa dalam rumah masih macam ini, nampak sangat tak leh move on nak anjur makan-makan lagi haha

Nasib ingat snap potret keluarga julia dulu, haha, kalau tak sampai ke sudah mesti menyesal. Tema tuan rumah pink dan merah, saje bagi hero pakai merah, aku pakai merah so nampak lah aku bold disitu, nampak tak aku korang? Bahahaha 😜

Majlis mula jam 3 petang sampai habis lauk raya, tapi untuk keluarga kami jemput jam 1.30 tengahari. Tepat jam 2 petang abah mama dan tim adik beradik ipar duai semua tiba serentak, haaa senang nak bagi diorang rasmikan dulu makan puas-puas sebelum tiba tetamu lain. Sempat solat jemaah waktu Zohor di hall kami, mujur la lapangkan kawasan awal-awal. 

Sampai jam 4 petang my family stay, kalau boleh tak nak bagi diorang balik semua sebab pemanis jamuan adalah keluarga sendiri kan, kedua pemanis tetamu jemputa gitu...mama, sila duduk jangan balik, sila tapau bawa balik makanan, dia tak mau huwaaaaaa katanya kenyang sangat sampai malam tak nak makan hahaha. 


Tetamu hadir tepat jam 3 petang!



Rakan seperniagaan suami, rakan sekolah, rakan seuniversiti, rakan pejabat, cikgu sekolah Abg Qi, rakan blogger dan jiran setaman. Meriah sungguh, puas hati tengok diorang makan banyak. 💖

Antara rakan blogger hadir, Kak Nina sekeluarga, Umminani sekeluarga, Sue Izza sekeluarga, Kak Rozita sekeluarga dan lain-lain ada yang tak sempat snap sebab gila menyembang hahaha. 

Geng jiran setaman dan rakan suami. Meriah sembang dengan jiran-jiran, sebab diorang semua buat bisnes dari pagi sampai malam, tu yang waktu lepas Maghrib baru jiran datang makan, yeyyy dapat kenal jiran lagi dekat tau. Seronok!


Tak tahu nak kata apa lagi, kemeriahan tu sehingga ke hari ini julia masih terbayang-bayang, macam ini ke kesan lepas anjur jamuan makan ikhlas untuk tetamu eh, memang betullah tetamu bawa rezeki, rezeki kegembiraan, ketenangan dan keseronokkan. Allah!
Anak-anak tetamu bawa beyblade, bijak sungguh! Memang Abg Qi pun join sama main dalam dan luar rumah, no gadget sepanjang majlis berlangsung, TV pun off, hanya radio lagu raya je berkumandang, barulah anak-anak bersembang satu sama lain kenal mengenali. 

Itulah kenangan terindah buat anak-anak. 

Inilah tetamu terakhir datang waktu malam, sehingga jam 1 pagi baru semua tetamu balik. SERONOK GILAAAAAAAAAAA! 

Memang betul-betul buat julia rasa macam nak onz balik anjur jamuan makan-makan. Best tu susah nak cakap! Tetamu last bawa balik tapau lebihan makanan yang masih berbaki elok, julia tapau elok-elok bagi tetamu, suka diorang boleh buat sarapan esoknya. Alhamdulilah suka semua. 😘😘😘


Jemput tonton sedutan video sepanjang majlis berlangsung, alahai kenapa julia masih tak boleh move on, masih lagi rasa macam sedang layan tetamu beraya, layan anak-anak beraya, layan tetamu makan jamuan raya, dengar tetamu puji masakan julia, dengar tetamu suka makan itu ini, dengar pengalaman mereka beraya di kampung.

AKU TAK BOLEH MOVE ON! 😂😂😂

Hahahaha, nanti aku story lagi kisah akan datang...beraya rumah orang lain plak. Bye!

6 Comments

  1. wahh.. meriahnya open house rumah juju.. maaf tau xdpat hadir tau sebb ada perkara lain.. nti chat tepi erkk hahaha

    ReplyDelete
  2. yaya baca pun dah rasa seronok..dapat rasa seronok tuan rumah. Semoga sentiasa murah rezeki Juju sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Kalau susah sangat nak move on, buat lah 2nd round juju. Jemput PH haha... Tapi mmg gitulah, seronok sebenarnya buat makan-makan ni w/pun penat tapi rasa bahagia je.

    BTW, cantiklah backdrop kain batik tu. Boleh tiru idea tu :)

    ReplyDelete
  4. indahnya suasana, Ju. tahniah.
    sgt suka gini.
    thn depan, murah rezeki, maybe aida nak buat open house juga, Ju.
    thn ni baru pindah, tak brape selesa lagi.
    lom abis kemas :)

    ReplyDelete
  5. makanan semua sedap2...siap tapau...Allahuuuu segan rasa,mog amurah rezki juju sekeluarga tau....

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)