Makan steak sedap !
Hai semua! Balik kampung beraya sakan di Pahang kampung suami terus pekena steak house amboi dia tu. Suami ajak, julia ikut je. Bagi aku paling sedap dan murah setakat ini kat port ini lah. Yang lain agak pricey tapi sedap juga sebelum-sebelum ini aku kongsi kat blog. Cuma kat sini kawasan agak limited di buka jam 5 petang sampai 3 pagi.
Senang urut perut, kot lah terlapar western tengah malam boleh angkut ramai datang sini makan. Dekat Classic Country, Jalan Raja Abdullah, Kg Baru. Parking tepi jalan je pandai-pandai nak cari. Kami pi waktu malam, serius ramai betul orang, tapi senang dapat meja plak masa ini, rezeki!
Julia order Ribs Steak
Suami order Lamb Chop
Abg Qi order Kids Chicken Chop
Air kosong 2 + Lemon tea gelas besar
= Total RM38.20
Murah kan! Aku cek dah tak ada resit tulis GST bagai dan caj servis tu semua hehe nampak sangat dah lama tak tengok resit betul-betul. Ais kosong 20 sen okey lah, ada setengah tempat tu air mineral je dh sampai RM2.90 hazabbb....
Sedap sangat Ribs Steak aku punya tu tau, terasa isi daging lembu premium wow!
Apa maksud Rib?
👉Rib (Tulang Rusuk)
- Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik. - Sumber
Abg Qi punya portion just nice, tak payah membazir order menu dewasa untuk dia, memang ada kids menu.
Kuah blackpepper tu pekat dan terasa pedas di hujung-hujung lidah, semakin makan semakin terasa kehebatan steak dia.
Buat apa bayar mahal, benda boleh dapat murah!
Jimat fulus. Alhamdulilah.
Eh nak repeat lagi lah, jom malam ni hahaha.
7 Comments
sedapnya
ReplyDeletemurah la juju ... ada kesempatan k.sal nak singgah gak . Lama dah tak makan steak
ReplyDeleteJimat fulus tapi rasa macm terpaksa melabur besar itu yang win sangat..
ReplyDeleteWaduh waduh sedapnyaa...
ReplyDeleteLama juga tak makan steak sejak puasa haritu..
Nak kena makan juga laaa gamaknya ni..sudah terliur ..
murah tu juju...lapar la plak puasa2 tgk menu western juju hehe
ReplyDeleteWow!!! Terliur lak pula..terasa lak nk mkn..
ReplyDeletelama nyer x layan steak, Ju.
ReplyDeletesedap nyer :)
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)