Sumber gambar: The Star Online

Alhamdulilah, Allahuakbar, selalu dengar berita baby Ainul Mardhiah dari semasa ke semasa melalui radio dan media massa. Mengalir air mata julia tatkala membaca luahan bapa Ainul Mardhiah di FB tempohari, lagi sedih bila bapa Ainul kongsi video hari pertama Syawal bersama isterinya dengan baby Ainul Mardhiah di hospital London. 

Dengan izin Allah, berkat pertolongan Allah dan tim doktor di sana, baby Ainul Mardhiah berjaya di bedah. Alhamdulilah! Hati ibu ayah mana tak panjat rasa syukur, rasa macam nak sujud syukur jap lagi solat, julia yang ikuti perkembangan mereka setiap hari pun berdebar-debar macam mana operasi pembedahan tu kan. Syukur!

Dalam video tersebut buat julia bertambah sebak apabila bapa Ainul berkata:
"Teruskan berdoa, kalau boleh sampai bila-bila doa untuknya supaya perkara yang telah berlaku dalam hidup Ainul tidak akan lagi datang dalam hidup Ainul, dalam hidup kami, supaya kami dapat besarkan Ainul seperti macam mana ibu bapa lain besarkan anak mereka, boleh pergi bawa anak jalan-jalan, pergi makan. So kami rasa kami nak rasa pengalaman macam itu macam mana jaga seorang anak yang baik, yang sempurna". 😢😣😭

SEBAK! Mengalir air mata julia, air mata seorang ibu aku sangat memahami perasaan ibu dan ayahnya. Teringat dekat Abg Qi di sekolah. Huhh tarik nafas. Baby Ainul sangat kuat orangnya, masyallah, hebat kamu anak. Auntie julia selalu doakan kamu baby. 

Selanjutnya julia kongsikan sisipan video rasmi dari Youtube Berita Harian TV. Sama-sama kita panjangkan doa buat baby mereka cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Amin. Terima kasih Allah. 😍

9 Comments

  1. Alhamdulillah, tumpang happy untuk ibu bapa baby Ainul Mardhiah.

    ReplyDelete
  2. Sebak..sentiasa juga mengikuti perkembangan berita Baby Ainul ni..bila tengok berita..pembedahan lancar..Allahu..bahagianya PC..bantuan doa yang tidak seberapa daripad PC moga Allah angkat dan terima..dan doa-doa insan yang mewah dengan rasa kasih juga moga Allah angkat terima dan qabulkan..subhanaAllah.Moga terus sembuh dan sihat wahai anak..menjadi serikandi yang nanti bangkit berbakti pada agama.

    ReplyDelete
  3. syukur kan dah selesai.. semoga ainul cepat sembuh dan boleh pulang..

    ReplyDelete
  4. Saya tak ikut cerita pasal baby Ainul ni tapi teringin nak tahu cerits dia. Bukak blog,terus nampak feed kak juju share pasal baby Ainul ni,saya terus klik dan baca.. Thanks kak juju sebab share..

    Srmoga dia cepat sembuh dan menjadi seperti kanak2 nornal yg lain. Amminn

    ReplyDelete
  5. Berat juga ujian untuk bayi ini..moga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar, sebak tengok mak ayah ainul. semoga baik baik ja dan cepat sihat

    ReplyDelete
  7. semoga lekas sembuh... kembali ceria bersama keluarga..

    ReplyDelete
  8. baru jap tadi aida tgk utube.
    cantik sempurna dah ainul.
    alhamdulillah... comel. cerdik sungguh.
    Allah tu Maha Kaya kan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)