Warkah khas Abg Qi - nanti dah dewasa, buka blog umi, bacalah isi hati umi.

Hari Ibu...
Anak-anak ramai kongsikan kasihnya mereka pada ibu... kali ini bagi peluang pada si umi seperti julia untuk kongsi rasa selama 7 tahun diamanahkan peluang untuk jadi seorang ibu.

Melihat kamu saat lahir
Air mata bercucuran...syukur dengan pencipta, Allahuakbar!

Melihat kamu membesar saban hari
Air mata bercucuran...besar dah, berjalan sampai berlari.

Melihat kamu ketawa, menangis, sakit, sihat
Air mata bercucuran...bermacam rasa, tidur bukan utama lagi, janji dia cukup segala.

Melihat kamu pertama kali ke sekolah
Air mata bercucuran sakit dalam dalam...umi tiada dihari pertama kerana ujian sakit tiba-tiba, Dia uji hati umi, nak tgk umi kuat tak.

Melihat kamu pandai mulai membaca
Air mata bercucuran...kuat usahanya, penat dia dengar sana sini latihan.

Melihat kamu tidur nyenyak sekali
Air mata bercucuran...maafkan umi banyak memarahi kamu saat kamu sedar. Marah tandanya tak mahu kamu terleka dgn duniawi.

Melihat kamu makan dengan air tgn umi
Air mata bercucuran...banyak dia makan, tak lekang pujian dia untuk ku. Hari2 nak umi masak kalau boleh.

Banyak...
Terlalu banyak kenangan tak dapat dinukilkan disini betapa kamu sabar melayan kerenah umi kamu yang kdg2 beremosi tak tentu hala. 

Terima kasih hadir menemani umi didunia, tidak sekali pernah lupa untuk cium pipi kamu sebelum bertebaran mencari rezeki untuk kamu. 

Terima kasih sama-sama menangis dengan umi tatkala umi tiba2 nangis, umi tak lupa awak memahami perasaan seorg ibu.😥

Tiada ku pinta apa-apa darinya, 
Cukup untuk dia tahu...

Yang...

Air mata ibu itu adalah doa tidak bertepi, menangis kerana melihat darah dagingnya itu hanya seorang ibu tahu kenapa ia terus mengalir tanpa henti sehingga hujung nafasnya... umi tidak sempurna Abg Qi tapi...

Cintanya si ibu,
Cinta paling sempurna. ❤

#selamathariibu #juliajoharidotcom 

3 Comments

  1. happy mother's day juju...juju dh 7 thn jd ibu...akak plak dh 12thn ..rasa mcm tk caya ...tp tula pengorbanan seorang ibu utk ank kan...byk kenangan dr kecik smp besar...begitu juga mak2 kita menjaga kita dlu

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu juju..untung abam qi dapat mama mcm juju..:)

    ReplyDelete
  3. Sebak kan.. Kdg2 tak sedar bila marah diorg teruk... Bila dia tertidur lepas kena marah tu.. Mula la kita yg melalak rasa bersalam kan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)