Rendang paru, 'killer dish' paling digemari ramai, hirisan besar tau.

Pernah tengok konsep buffet ramadan gaya ala bazar dalam hotel? Tak pernah kan! Selalu kita nak tengok bazar mesti dekat jalan raya dan kawasan tumpuan orang bersesak untuk membeli juadah di bazar ramadan. 

Bagi anda yang hendak keselesaan dan mahu berbuka puasa bersama keluarga, rakan mahupun rakan sepejabat dengan juadah pelbagai, julia cadangkan pilih Hotel PNB Perdana Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu hotel yang menganjurkan 'Bazar Perdana Buffet Ramadan 2019' sekali bayar, berkali-kali boleh tambah tau. Tak percaya?

Nanti julia kongsikan pengalaman beserta gambar menu dan juadah yang menggamit perhatian sesiapa sahaja untuk berbuka disini. Lokasi strategik di tengah bandar raya KL memudahkan akses dengan ruang parkir disediakan di basement. 

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur 
Sebuah hotel yang berkonsepkan syariah Islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. 

Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana ia merupakan salah satu hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. 

Mesti yang selalu tanya soalan popular ini, senang kah nak solat di sini? 
👉Kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih disediakan di Tingkat 5. Tak perlu risau lagi, semua dalam satu tempat yang sama.  
Sampai awal jam 6.30 petang, nak intai apa yang menarik jom!

188 hidangan masakan tempatan
Ya, nama pun Bazar Perdana ala buffet mestilah beratus menunya, percayalah kalau anda pernah tengok deretan air minuman di bazar, sini pun ada deretan air bermacam jenis perisa tau. Antaranya, air mata kucing, tebu, soya, laici, teh tarik, air keladi lebih dari 18 jenis julia kira tau. Haa, gelas pun besar betul, puas hati minum. 

Mari tonton video julia snap dibawah dahulu, 
ambil mood nak tengok gambar lebih dekat selepas ini. 
Chef Amran Adnan, Eksekutif Chef 
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur patutlah sedap-sedap juadahnya. Terutama Nasi Briani Gam tu fuhh!


Nasi Briani Gam

Dari jauh julia dok tengok satu periuk yang dilitupi sesuatu di atasnya, rupanya sekeping doh tepung yang garing sebagai penutup untuk menjaga suhu nasi briani gam sentiasa panas semasa di hidangkan kepada pengunjung. Menarik!

Penuh telur rebus dan ayam didalamnya, kira nampak lauk dalam nasi dulu sebelum nampak nasi hehe, tak kedekut punya lah. 




Sajian menu tradisional Melayu

Gulai kawah daging, perut lembu masak padang, empal daging, terung berlado, dan bermacam lagi deretan menu tradisional Melayu disediakan. Anak julia, si Abg Qi tambah gulai kawah bersama nasi putih 2 kali tau. Ini depan mata julia tengok anak seusia 7 tahun suka makan, maknanya sedap lah sangat tu sampai bertambah hehe. 

Jom scroll gambar, ada pencuci mulut dan ketupat sama lemang, boleh dimakan dengan rendang paru atau gulai kawah tau. Julia peminat ketupat palas, kat sini ada, sedap dan lembut, hilang rindu dapat makan ketupat palas.

Kambing bakar


Roti jala, roti john, roti canai, laksa, keropok lekor, pisang goreng, kuewtiaw goreng pun ada, bazar ramadan sungguh!
Signature dish sempena Bazar Perdana PNB Perdana KL merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai ini terdiri daripada: 
  • Sup Berempah Binjai, 
  • Kambing Golek, 
  • Apam Balik, 
  • Satay, 
  • Aiskrim Goyang, 
  • Ais Batu Campur (ABC),
  • Murtabak Cheese 

Pencuci mulut
Tapai pulut, tapai ubi, aneka jenis kuih muih beserta buah-buahan tempatan turut disediakan. Lihat buktinya, deretan air minuman tu, macam di bazar kan hehe. 

Aiskrim goyang - selalu kita dapat jumpa aiskrim goyang ni belah-belah Thailand betul tak, sekarang aiskrim goyang ni depan mata kami sekeluarga. Anak-anak lah paling gembira melayan aiskrim goyang, kira berbuka disini mesra semua umur. 

Bubur lambuk - peminat bubur lambuk pasti tersenyum, nampak hirisan daging didalam bubur lambuk bertambah enak di makan sementara makan juadah sampingan lain. 

Ikan masin - bermacam jenis ikan masin serta sambal belacan pembangkit selera berbuka puasa. 

Apam balik - di sediakan panas-panas, perisa jagung dan kacang merah. Seronok dapat makan apam balik dengan jagung banyak, memang tak kedekut. 

ABC - lihat toppingnya, berkhasiat dan anak-anak pasti menyukainya. Sebab anak julia sendiri pandai letak topping ikut selera dia, antaranya coco krunch & konflik. 

Buah-buahan - manggis, mangga, aneka jenis tembikai serta rambutan juga ada. Selepas solat, sambung balik gathering bersama rakan dan keluarga. Makan buah-buahan tempatan, barulah seimbang diet sepanjang berpuasa. Segar-segar! 

Kami 3 beranak, puas keliling bazar perdana rehat sebentar sebelum menunggu waktu azan Maghrib berkumandang. Abg Qi tu tak sabar dok dari tadi nak aiskrim goyang aje dia, sabar-sabar ada setengah jam sahaja lagi haha!

Antara menu yang berjaya menarik perhatian kami dulu antaranya inilah. Oh ya, kawasan berbuka puasa disini ada dua restoran tau. 


Satu di aras bawah 10 Binjai restoren dan satu lagi di aras tingkat 39, beberapa tahun lepas kami pernah berbuka puasa di tingkat 39 tau. Kalau nak baca entry dulu klik link SINI



Kaunter zakat fitrah juga disediakan di pintu masuk utama Bazar Perdana. Menyenangkan, sebelum mulakan buffet, haruslah tunaikan yang wajib dahulu.




Bloggers gathering, meriah!
Semua anak-anak dan kami berpuas hati dengan hidangan berkonsepkan Bazar Perdana di PNB Perdana Hotel. Dengan dekorasi mewah dan cantik, berbaloi-baloi merancang berbuka puasa disini bersama keluarga, dan rakan taulan. 




Bagi yang berminat untuk berbuka puasa disini, julia sertakan info mengenai harga, butiran buffet seperti dibawah:
Restoran 10Binjai 
Harga Promosi: RM80.00 seorang 
Harga Biasa:  RM98.00 seorang 
Tel:   03-7490 3838 

Restoran 39              
Harga Promosi:  RM100.00 seorang 
Harga Biasa: RM135.00 seorang
Tel: 03-7490 3939 

PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK
10, Jalan Binjai, 
50450 Kuala Lumpur, 
Wilayah Perseukutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia. 
Facebook: pnbperdanakl
Instagram: pnbperdanakl
Twitter: pnbperdanakl

17 Comments

  1. Alahaii.. buka je terus nampak rendang paru.. sedapnya Kak. Menu lain pun mengiurkan bolan posa ni

    ReplyDelete
  2. Lauk pauk kat 10 Binjai memang sedap! Akak plg suka sambal kerang & daging tumis hitam. Yg tepung cover nasi briyani gam tu pun kitorang tru rasa...sedap tau, mcm roti canai.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan menu, berbaloi!

    ReplyDelete
  4. Tak rugi datang berbuka kat sini...

    ReplyDelete
  5. Berpinar mata tengok hidangan.. Banyak sungguh.. Terliur..

    ReplyDelete
  6. Setuju beriani gam dia tiada tandingan. sedap yang amat.

    ReplyDelete
  7. Alaa .. terlupa nak makan yang inj laaaaa. Nak repeat laaah . K aznj mkn sambal kupang dia
    Pun menambah

    ReplyDelete
  8. lapar balik tgk menu2 di pnb park ni....nk2 teringat barisan air yg byk tu....hausss trus hehe

    ReplyDelete
  9. Tergugat iman bila tengok menu dia. Waduhhh!! Lapar Buk!!!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya sedapnya... nanti lanje lisa ye kak juju heheh

    ReplyDelete
  11. Menariknya tengok menu menu dia.. Nyesal pulak tengok posting Juju ni siang hari.. hahahahaha.. Dah pernah cuba yg 39.. InsyaAllah nanti nak cuba Binjai pulak..

    ReplyDelete
  12. meriahnya food dia jue.. semua sedap2. paling tak menahan nasi beriani gam tu.. fuhhh

    ReplyDelete
  13. Alaaa nyesal baca.. Lambat lagi nak berbuka ni..

    ReplyDelete
  14. Perghh! Banyak nau menu hidangannya

    ReplyDelete
  15. Aduhai..terliur tengok semua menu2 sedap kat sini..best yer kalau dpt join haritu..

    ReplyDelete
  16. tertengok pualk hari siang ni..hehee..sedapnyaaa...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)