[LIVE] Rezeki Tonton Konsert Noraniza Idris Special Showcase SAWO MATANG di MaTiC, Kuala Lumpur
Tarik nafas hembuss! Tudiaa kemain dia nak mencari masa nak menaip kat blog, bukan tak ada masa, masa sentiasa ada, tapi mood tu nak melekat sekejap on off gituu...sekarang kena paksa lekat balik mood untuk berblogging, rugi ooo tak simpan kenangan manis dalam blog. Lagi-lagi pengalaman emas pertama kali menonton konsert di MaTiC, Kuala Lumpur.
Kredit: Bangi Golf Resort kerana beri hadiah pada julia tempoh hari. Terkejut bila penaja sudi pm yang julia menang hadiah cabutan bertuah. Sungguh tak sangka, apa lagi pi la ambil kan, tersenyum panjang lah sepanjang dalam kereta bila pegang tiket, mahal pula tu sekeping, total RM338 tudiaa! Rezeki!
Dia tau, isteri dia dok angau dan karoks lagu Melayu asli dalam kereta ke, rumah ke, saban hari dok berzapin kuak lentang hahaha, sampaikan terniat di hati nak pakai baju tradisional waktu tu tapi tak kesampaian, last minit hati cakap tak yah nak havoc sangat...padahal masa hari akhir konsert ada umum 10 pemenang penonton berpakaian sporting Melayu Tradisional...tu laa kelaut plak mood masa tu. Len kali lah join haha.
Ini tiketnya, masuk dua orang, ingat nak beli lagi satu tiket, tapi suami cakap tak nak masuk sebab dia ada urusan petang tu kebetulan, so apa lagi lenjan konsert sepuasnya dengan Abg Qi kita lah weh...mujur Abg Qi sporting dan pandai duduk diam-diam, dah 7 tahun haruslah bijak behave!
Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC nama diberi. Masa ini tiket konsert dikawal ketat, nak masuk pun ada pengiring hantarkan tau. Jangan main-main, aku memula masuk blur sikit, ingat number seat macam kat wayang tu, rupanya number seat dekat belakang tau. So kalau korang nak tengok konsert yang diadakan di sini, kena alert number tu kat belakang bukan kat depan.
Masa ini alunan lagu gamelan selamat datang di palungkan selama lebih 20 minit kot. Walaupun aku sampai jam 3 petang belum mula lagi lega rasa sebab waktu dekat tiket tu jam 2.30 petang kan. So boleh la rehat sikit betulkan hati dan niat semua hehe, seronoknya!
Penuh panggung!
Boyfriend Abg Qi, muda kan bf kita hehe, budak ni cukup bertuah sangat. Dia dari mula tonton konsert lebih 2 jam dia duduk diam je, fokus macam tengok wayang kartun. Agaknya dia baru mengenali apa itu lagu-lagu tradisi yang Noraniza Idris bawakan.
Sepanjang tengok konsert, kami tak dibenarkan rakam video tau. Hanya yang dibenarkan sahaja boleh, diawal dan diakhir. Betul tu, konsert ni kan berlangsung dua hari, mesitlah jaga periuk nasi diorang.
Masuk je Noraniza beraksi, mata tak berkelip apa dah, semua terpaku dengan suara kak Noraniza dan sepanjang show berjalan ada di selit dengan cerita teater tau. Kisah Wan Malini yang mengembara banyak negara, kisah ibu dan anak, kisah percintaan dan ada unsur-unsur lawak seperti budaya hantar rombongan perkahwinan orang Melayu yang penuh dengan versi pantun yang kelakar. Penat gelak haha.
Lagu yang julia ingat kak ani dendangkan ialah
Lagu yang julia ingat kak ani dendangkan ialah
- Empat dara
- Dondang dendang
- Dikir puteri
- Tinting
- Hatinya tak tahan
- Zapin
Eh banyaklah tak ingat, 2 jam tanpa henti tau show ni berjalan mana sempat nak pi tandas haha rugi ooo tinggal. So siap-siap lah membuang sebelum masuk Dewan ye. Jangan miss walaupun sesaat.
Tak sah kalau Noraniza Idris tak bawa geng penuh sekampung di atas pentas dan di ruang legar penonton. Penuh di sambut dengan suasana yang amat gamat sekali. Aku dan Abg Qi rasa sangat dihargai, betul lah orang cakap tonton konsert live lebih puas hati dari tonton di video. Suami terkedu dengar aku bercerita, dia cakap nanti kita pi tonton kat Istana Budaya nak? Cari apa yang best, pa bayar...wahhh gitu dia plak nak berkonsert nampaknya hehe.
Zoom, masa ini konsert nak berakhir dah, diajaknya penonton sama untuk berjoget lambak di hadapan pentas haha. Meriah sungguh lah, aku ni tak habis-habis tepuk tangan, Abg Qi pun tepuk tangan, gamat dalam Dewan.
Percayalah! 2 jam tu sangat cepat masa berlalu, kalau korang yang tak minat layan lagu asli, akan jadi minat bila jumpa Queen of Malay Traditional song yang dibawakan oleh Kak Ani tau. Puas hati, dengan pakaian yang blink-blink menarik, penari cilik sehingga penari remaja di latih untuk menjayakan konsert showcase ni...aku bangga tau.
Abg Qi malu nak bergambar masa ini, yelah kat belakang dia ramai penonton hahaha, tapi umi dia paksa bergambar tu yang menjelir lidah ngada tu...good boy! Lepas ini nak pi konsert macam ini lagi, ubat hati yang suka bab-bab Melayu Asli.
Seat kami kan no. 1 & 2 jadi tepi kami ada tangga, budak-budak kompang ni semua berkerumun raikan kami...Abg Qi fokus je tengok abang-abang ni tepuk kompang gamat...sesekali ada lakonan di tangga tau, kisah Orang Asli dan bermacam lagi diorang gunakan laluan tangga hehe.
Sesekali terkejut sebab bila showcase berlangsung Dewan kan gelap gelita, Abg Qi lah takut sebab ingat hantu betul-betul hahaha bila lagi nak tengok dia terkejut haha penat ketawa.
Kenangan Abg Qi dengan banner di luar perkarangan Dewan.
Dewan Tunku Abdul Rahman MaTiC
Nak rasai sedutan konsert sikit, meh sini tonton, tak banyak tapi jadilah kenangan. Selebihnya korang kena lah pi tau. Kot ada lagi show macam ini aku sendiri nak pi dan bayar, seronok tak dapat digambarkan dengan kata-kata tau.
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang, kalau ada Dewan yang lebih besar dan luas mesti meriah geng kak ani atas tu tau...kalau ada orkestra live beraksi lagi mengaum lah show ni, sebab kemeriahan lagu live lagi syok didengar kan...moga ada rezeki lagi selepas ini anjur konsert macam ini.
Bertuah rasa, hidup lagu tradisi Melayu Asli. Moga ada pihak-pihak lain terus perjuangkan, siapa lagi kalau bukan kita sendiri sokong kan...go go kak ani go. We love you! 💓
1 Comments
wowwww..untung laaa julia dpt pi tgk konsert live..ni kalo pi dgn encik suami lagi skali...harusla julia naik atas pentas nyanyi skali sbb dah hafal semua lagu..bhahaha...
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)