Ramadan 2019 akan menjengah tak sampai sebulan sahaja lagi. Elok sangat dah tu julia nak uar-uarkan buffet terkini bagi tahun 2019. Lagi elok buat tempahan awal, lagi awal tempah lagi senang nak urus keluarga dan teman untuk iftar sesama. Baru mesra!

Pastinya anda nak harga buffet Ramadan murah, sajian beratus-ratus, lot parkir beratus dan kena percuma, ada surau besar; Bangi Golf Resort (BGR) adalah jawapan yang sangat tepat mewakili kehendak dan keperluan yang anda ingini. 

Berbuka sambil panjangkan sedekah.
Sudah terbiasa, setiap tahun julia sekeluarga akan buat tempahan 1 meja buffet mewakili 10 orang teman dan saudara mara. Selain boleh merapatkan tali persaudaraan dengan berbuka bersama, kita boleh didik anak-anak kecil untuk bersama-sama menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib melalui anjuran "Kotak Sumbangan Iftar Sesama". 

Setiap tempahan buffet, 1% daripada keuntungan akan disedekahkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Ia bagi menyokong bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik. 

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini tau. Satu kerjasama dan contoh yang baik dari Restoran BGR bersama portal F8Buzz.com kepada tetamu. Jangan lupa masa inilah kita nak lipat gandakan amal, sambil berbuffet, kita panjangkan sedekah. 


Harga Buffet BGR 2019
Dewasa - RM59.00 nett
Kanak-kanak RM29.00 nett
(Tempah banyak lagi banyak diskaun klik SINI)

Lebih 200 sajian hidangan mewah dari masakan ala Melayu, Barat, dan Timur. Suami dan family kata, kemudahan surau dan tandas semakin selesa sebab nampak ada pengubahsuaian dilakukan. Terbaik!
Meja khas K21, satu table untuk julia dan keluarga julia sahaja tau. 
Terima kasih BGR kerana menjemput kami untuk media preview iftar 2019 di sini. 


Kambing bakar dulu! 😋
Amboi meriah kami menjamu selera, nak tengok seleksi menu iftar paling syok di sini, teruskan membaca. 


Seleksi sajian memukau antaranya ialah KARI IKAN TENGGIRI.
Terliur balik tatap gambar yang julia snap ni tau, memang mengiurkan. Ini baru satu hidangan buffet, ada banyak lagi, kata 200 jenis sajian. Tapi julia snap yang mana selalu orang suka makan tau. 




Kambing Bakar.
Kena datang awal, untuk elak beratur panjang. Selalu hidangan ini paling digemari dan laku keras. Bau dia sangat mengkagumkan sesiapa sahaja lalu. Juicy, tender dan sangat lembut di makan bersama dengan sos lada hitam yang pekat tepat dikata sebagai pemula pembuka selera. 



Sup Kambing Mamak
Seperiuk tau, cedok sendiri nak makan banyak mana. Pekat dan sangat sedap, sesuai untuk dimakan bersama nasi mahupun roti. Ya, roti pun disediakan tau. 

Deretan menu western, rasa tak nak pekena masakan Melayu, sini ada bermacam jenis western yang boleh kita makan. Antaranya Spagetthi Bolognese dan Aglio. 


Nasi Kerabu
Inilah nasi kerabu istimewa BGR. Menariknya ulam-ulaman organik di petik sendiri oleh chef-chef BGR dari kebun BGR sendiri. Ya, kalau anda nak tahu restoran BGR adalah berkonsepkan 'KEBUN DALAM BANDAR'. Mereka tanam sendiri bahan mentah khusus bagi masakan Melayu dan tradisional. 

Bunga Telang juga di tanam di Kebun BGR sendiri, bunga ini beri efek warna biru kepada nasi kerabu. Baru julia tahu, rupanya bunga Telang ini yang mencantikkan lagi wajah nasi kerabu BGR. 

Info menarik.

Dessert Stall
Aneka bermacam jenis kuih muih tradisional disediakan kepada para pengunjung. Paling cepat habis pulut kuning rendang daging. Ramai menyukai keenakan pulut kuning disini tau, boleh dimakan bersama kuah kari dan lauk pauk lain disediakan. 

Manisan iftar BGR antaranya ialah:
  • Churros Sepanyol sos cokelat pekat
  • Kuih lapis
  • Talam Koko
  • Talam Cendol
  • Kasui Pandan
  • Apam Mekar
  • Kuih Koci
  • Seri muka pandan
  • Kuih bakar hijau
  • Pulu inti
  • Putri Ayu
  • Lopez Pulut;
  • Pelbagai jenis kek versi Melayu, Western dan Timur boleh dirasai sepuasnya. 
Air kordial - Mangga, Anggur, Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah-buahan. 

Ulam-ulaman BGR

Ada banyak hidangan julia dan keluarga sudah rasai, rata-ratanya sehebat menu yang kita rasai di hotel terkemuka negara tau. Bayar murah dan boleh makan pelbagai jenis menu, satu penjimatan berganda yang tak mungkin di perolehi. 

Mari tonton beberapa gambar yang julia rakam untuk anda lihat sendiri juadah yang memukau pandangan sesiapa yang membuat tempahan di sini. 

Keluarga dan teman merasai menu menambat selera BGR 2019.
Lihat Abg Qi tu makan nasi ayam BGR, julia tanya sedap tak?
Komen budak umur 7 tahun kata 'Sedap dan isi banyak, puas hati Qaiser makan tau umi'.
Ibu mana tak puas hati dengar makanan kegemaran dia ada di sini, nasi ayam tu budak-budak mana tak suka kan. Berkhasiat dan mudah di makan. 

Julia dan suami?
Kambing bakar dan western menu utama kami makan dulu haha, yelah menu ini jarang sekali kami nak makan. Dekat sini boleh merasai sepuasnya. 

Makan durian sampai kenyang!
Terima kasih penaja klik link 👉 Durian Hill kerana menaja sebahagian besar durian kepada pihak media, blogger dan keluarga pada hari Sabtu lepas. Puas hati kali ini tajaan, sepuas hati dapat makan beramai-ramai. 

Julia masa ini bersama keluarga dan rakan blogger sedang seronok berbaris nak ambil durian, meriah suasana dengan telatah masing-masing. Nampak sangat Raja Durian di buru dulu hehe. 

Keseronokkan di wajah keluarga julia. Semua kaki durian tau haha. 

Sedap sangat, makan dulu korang, alhamdulilah.

Sambil menjamu selera, kak Maria Tunku Sabri lalu, apa lagi jom beramah mesra dengan artis pujaan ramai. 

Rating kepuasan: Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang dari segi kebersihan, kualiti kenakkan makanan serta kemudahan yang disediakan dengan suasana yang sangat menarik. Tahun ini aku sendiri nak buat tempahan lagi nak belanja abah dan mama pula beriftar di sini, tahun lepas keluarga belah suami. 

Untuk keterangan lanjut mengenai berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant boleh layari link di bawah, tempah awal untuk elak tarikh yang dipilih penuh:

Bangi Golf Resort Restaurant
Address: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia.
GPS Coordination: 2.95716N, 101.76518E
Reservations & Enquiries: 1700 81 8557
Email: enquiry@bgrrest.com

8 Comments

  1. Kalau nengok menu semua perghhh memang termenung nak pilih yang mana kannnn...
    Tapi durian tu haaa...pembuka selera betul ..!

    ReplyDelete
  2. Berselera betul tengok gambar-gambar makanan sedap.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan. Murah pulak tu harga.. Baguslah..

    ReplyDelete
  4. Aduhai durian tuuu..besaqnya ulas dia, mesti sedap!

    ReplyDelete
  5. bestnye...murah dan banyak pilihannnnn

    ReplyDelete
  6. Tgk gambar pn dh tahu banyak seleksi juadah di sini. Harga pn mampu milik

    ReplyDelete
  7. Tempat ni mmg takkan miss pergi... Makanan sedp.. Dpt jumpa kawan2

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)