Katil yang banyak bear (hadiah dari pelawat) tu katil ku, di sebelah katil itulah silih bertukar ganti pesakit dari pesakit pertama sehingga tetamu pesakit kelapan. Ke semuanya ada kisah tersendiri. 

Tempoh 23 hari, selalu sangat aku sebut di mana sahaja. Pengalaman 23 hari itu aku lihat, aku rasa, aku dalami sifat apa itu sabar, terkadang ada rasa baik aku jaga kepentingan diri dari masuk zon orang lain. 

Terkadang juga terlintas di benak fikiran dan hati, kenapa aku kelu dan diam sahaja padahal membuak di rasa hati nak menegur secara berhemah...tapi lidah ku kelu, hati panas, tapi ada satu hati kecil selalu membisik, sabar julia sabar.

Waktu di wad...ada banyak kisah yang aku nak ceritakan. 
Aku berhenti sekejap dari sambungan part 2, membuak rasa nak kongsi pengalaman hidup sepanjang jadi pesakit. 

Sepanjang aku di rehatkan di wad, aku selalu berpesan pada diri untuk behave dengan sesiapa sahaja, termasuk orang sekeliling aku. Ya, aku sakit tapi sakit aku ni hanya luaran, tapi aku di temukan dengan jiran pesakit di sebelah yang bermacam jenis ujian aku lihat mereka tempuhi, malah lebih berat dari aku rasa. 

Setakat sakit aku mungkin hanya secebis percikan api sahaja, tidak bagi mereka. 

Ada 8 orang jiran di kanan katil silih berganti sebelah aku, yang menemani aku tidur dan selalu mendengar sekali sekala coretan isi hati ku yang mungkin menceriakan hidup mereka setiap pagi sehingga lewat malam.

xxx

Aku sejenis manusia suka welcoming hidup mereka, selalu ucapkan 'Selamat pagi aunty, how are you today, aunty sihat tak sikit rasa pagi ini, at least berilah senyuman pada julia 'SMILE, aunty SMILE'

Ya, mesti korang nak kata aku menipu, tak mungkin diri bila di wad kau nak ceriakan hidup pesakit di sebelah kau...tak mungkin, diri kau pun belum pulih tapi cuba nak ceriakan hidup orang lain. Korang tau tak, resepi hidup nak cari keceriaan kita kena ceriakan hidup orang lain yang kelihatan serius, mereka perlukan kita untuk menceriakan hidup walau hakikatnya tidak seperti apa yang digambarkan, but at least 5 saat wish Good Morning! pun dah cukup beri impak positif dalam hidup mereka. 

Sebenarnya kalau kalian lebih mendekati aku, aku sejenis manusia suka menghiburkan diri dan orang lain termasuk anak dan suami aku sendiri. Kadang-kadang aku sengaja buat-buat gaduh-gaduh manja dengan keluarga, selalu peluk anak dan selalu minta anak sayang pipi aku setiap hari malah lebih dari itu aku minta dan aku buat perkara sama pada mereka. 

Tujuannya nak wujud maksud ERAT.

Begitu juga saat di wad, bukan setakat rakan pesakit, aku raikan doktor dan nurse. Setiap hari puji dan welcoming hidup mereka. "Doktor selamat pagi, doktor dah sarapan ke, wah awal betul doktor datang pagi ini, hebat betul doktor concern dengan kami, bertuah kami dapat dirawat oleh doktor" aku senyum selepas berkata walaupun wajah mereka serius sahaja.

Sebenarnya, mereka nak perhatian. Ketiga-tiganya saling sama memerlukan. Doktor, nurse dan pesakit, mereka ada dunia mereka tersendiri. Aku sebagai pemerhati melihat mereka jauh dari apa mereka sedang lakukan dan laksanakan amanah yang di pikul.

Sampaikan hari terakhir discaj, seorang rakan pesakit yang kelapan dalam bilik aku bercerita dalam wassup. "Julia, doktor dan nurse selalu bercakap pasal julia lepas julia discaj, the power of Julia".

Tipulah kalau aku cakap aku tak kembang bila baca wassup tu...aku tahu hari-hari aku bajai kata-kata menceriakan hari mereka walaupun penuh di hati mereka kerja di sana sini. Itulah ibarat, minyak setitik di lautan akan tetap timbul walaupun jauh ke dasar laut, begitulah manusia yang sudah tiada akan disebut dan dijulang jasanya bila kita berbuat baik di mana sekali pun.

xxx

#1 Aunty rupanya agama Islam kata kawannya tapi...
Dalam golongan 8 orang pesakit yang menjadi tetamu di dalam bilik wad aku, paling terkesan di hati ialah semuanya dari golongan warga emas. Ada agama Islam, India masuk Islam tapi menjalani hidup seperti budaya India (suami India masuk Islam menjalani kehidupan Islam tapi isteri menjalani budaya India, memakai pottu dan tidak solat sebagainya).

Aku terkedu, aunty cakap dia nak jalani kehidupan seperti dulu, suaminya setuju, aku cuma mendengar sahaja penjelasan aunty disebelah ku, aku hormat cerita aunty. Ya aku jahil bab agama walaupun aku beragama Islam, tapi siapalah aku nak cakap itu salah ini salah, aunty tu lebih tahu dan Tuhan lebih tahu isi hati dia. Aku doa agar dia diberi hidayah sebenar. Amin. 

#2 Aunty F seorang cikgu, anak aunty pun cikgu tapi...
Kisah ini membuka mata hati aku, aku ingat dekat drama je aku tonton kisah anak berjaya dalam bidang diceburi, tapi tidak seimbang jayanya itu ke atas layanan ibunya.

Aunty seterusnya check in sebelah, kelihatan dia di tolak diatas wheelchair bersama seorang anak lelaki yang agak warak beserta orang gajinya.

Malam tu, orang gajinya tidur bersama aunty. Aunty di atas katil, orang gaji dbawah katil beralaskan toto. Aku lihat di sebalik juraian langsir biru. Sesekali aku bersembang dengan orang gajinya yang juga peramah. 

'Akak, ibu ini ada 4 orang anak, semua anak-anaknya kerja besar kak'

Sepanjang aku lihat ibu ini di wad, hanya seorang anak lelaki yang warak tu je ke hulu ke hilir menjaga ibunya, sampai nak balik pun di sebut kata-kata elok pada ibunya yang sudah uzur. Bermacam kelengkapan di beri pada ibunya...

Sesekali muncul anak lelaki yang lain, wajahnya tidak ceria malah kelihatan sahaja serius dan selalu berpeluk tubuh dengan handphone saban hari. Agak lama dia di sebelah ibunya tanpa menolong ibunya nak ke tandas yang perlu di papah, semuanya orang gaji yang buatkan...seorang ibu...ibu tu ibu...detis aku dalam hati.

Berlainan dengan anaknya yang warak itu tadi, dia papah ibunya, angkat ibunya dari katil, suap makan ibunya, bersembang dengan ibunya walaupun 1 kata dari ibunya tidak keluar. Mandikan ibunya!

Saat mereka ke hulu ke hilir depan aku, aku mendoakan si anak yang warak itu tadi "Ya Allah, masukkan dia di dalam syurga, dia anak soleh ya Allah" baik sungguh anaknya yang warak tu. Aku malu sebab aku sendiri tak sampai lagi nak buat ibu ku begitu. 

Berlainan sekali dengan anak yang berpeluk tubuh, rupanya dia seorang cikgu. Hanya menyuruh sahaja orang gaji itu dan ini. Terkadang orang gaji tu berkongsi masalah perihal dalam keluarga majikannya. 

Mereka sebuah keluarga yang sangat kaya, rumah besar, segalanya mewah. Suami sudah meninggal dunia. Hanya tinggal ibu ini sahaja kak, kata orang gaji itu kepada ku, sesekali aku belanja dia makan, sejuk sangat di wad mudah lapar. 

Aunty di jaga oleh anak yang kelihatan warak itu tadi, duduk di rumah apartman biasa, kena guna lif untuk ibu yang sangat uzur kena bergantung dengan wheelchair setiap hari. Aku tanya orang gaji tu, tak ada ke anak lain duduk di rumah bawah, katanya ada kak ada tapi mereka diamkan aje kak, tiada respon untuk giliran di rumah anak-anak yang lain. Semua beri alasan sebab sibuk dengan jadual anak-anak sekolah dan kerja.

Si anak warak itu belum berkahwin, sudah ada calon, tapi di tunda niatnya untuk berkahwin demi menjaga seorang ibunya. MasyaAllah, calonnya ada datang menziarahi ibu si anak warak itu tadi. 

Lagi sekali, anak yang seorang guru itu datang dan hanya berpeluk tubuh, tidak lekang dibibirnya hanya mengarah bibik sahaja...aku melihat drama ini saban hari, aku tak berkata apa tapi mungkin inilah realiti terjadi depan mata aku sendiri. 

Karakter aunty F ini memang seorang yang sangat serius, aku welcoming dia setiap hari disebelah, bermacam jenis aku cuba untuk ceriakan hidupnya termasuk membantu doktor fisoterapi membuat latihan di katilnya, dia tetap juga serius dan dia sebenarnya mendengar tapi ego untuk berkata. 

Bibik cakap, ibuk dengar apa akak cakap sebenarnya tapi dia tak peduli dekat akak, selalu cerewet, makan nak sedap, kalau tak sedap dia tepis sampai jatuh ke bawah, bibik stress tak berkata apa hanya mendiamkan sahaja tapi anak-anaknya boleh lihat layanan bibik dan karakter ibu mereka melalui cctv yang banyak dalam rumah.

Hebat dugaan keluarga ini, anak waraknya hanya kerja sebagai pekerja bank biasa, sedangkan anak-anak yang lain bekerja lebih tinggi jawatannya belum tentu nak jaga seorang ibu di wad secara sebenar-benarnya tanpa mengharap bibik sepenuhnya. Mana sistem giliran anak-anak menjaga ibunya...

Aku tiada jawapan...aku tengok diri. Kau jangan buat macam tu dekat mak abah kau julia. Ingatkan adik-adik yang lain akan tanggungjawab amanah menjaga ibu dan ayah semasa diduga ujian sakit. 

Terpanah panas di wajah aku saat mendengar keluhan hati kecil si bibik. Aku dapat rasa, aku dapat lihat dari mata hati aku kerana aku juga seorang manusia ada perasaan dan ada mata untuk melihat karakter seseorang walaupun aku tak kenal lebih mendalam tapi aku boleh baca naluri dan kata seseorang. 

xxx

Kisah ini aku jadikan sebagai kisah benar dan sebagai peringatan untuk aku dan aku berkongsi kerana ia patut disedarkan sebelum terlambat. Aku tidak membuka aib sesiapa, nama dirahsiakan, perkongsian ini untuk menyedarkan kita semua. Wujud dalam realiti. 

Anak oh anak, walaupun kita tahu si ibu atau si ayah di saat hidupnya selalu merendahkan kita, selalu memuji kita atau apa sahaja yang pernah anda sakiti, saat mereka telah tua, ketepikan semuanya...Allah nak catat pahala kita saat menjaga mereka semasa hidup.

Si ibu dan si ayah, janganlah semasa hayat membezakan si anak, didiklah secara susah dan senang, didik cara susah ini ada bagusnya untuk kita ingat saat di waktu senang. Selalulah bawa anak-anak ini bercampur dengan orang tua, kita tunjuk depan anak cara mengauli orang tua, cara nak jaga orang tua dan bagi anak sama-sama buat aktiviti kebaikan dengan orang tua seperti membeli sesuatu sebagai tanda penghargaan.

Benda ini nampak senang, orang baca boleh buat...
Tapi nak jadikan sebagai istiqamah iaitu amalan harian terkadang kita alpa...kita rasa esoklah, nantilah, bila dinantikan rupanya oh kita dah tua lah, tak larat dah, anak-anak menjauhi urusan lain, terkadang dibuat-buat sibuknya. Tapi kalau melancong ada pula masa....terasa?

Sempat nak insaf keduanya, ibu bapa dan si anak...kalau saling keduanya masih hidup lagi. 

Aku termenung...
Aku mendalami apa petunjuk Allah nak tunjuk depan aku.
Manisnya pengalaman 23 hari.

Ada lagi kisah 23 hari, nanti senang aku cerita lagi ya. 

Nak baca kisah lalu pasal diri aku masa warded klik SINI

6 Comments

  1. Sama macam Sis, paling lama warded 8 hari, tapi satu hospital dah kenal..
    Terkenal dengan kedegilan sebab suka cabut air dan degil nak solat di surau..
    Misi-misi situ dah faham sangat kalau Sis hilang hahahah..

    Tapi kali kedua masuk, jmpa misi yang sama di gelakkan kita sebab tak boleh gerak buat laparoscopy tu hahahahha
    Kenangan manis juga duduk hospital ni kan Ju..

    ReplyDelete
  2. Setiap yang Allah paparkan depan kita samaada berkait secara langsung dengan diri kita atau tidak pasti ada sebabnya.. Allah tau bila Juju yang jadi saksi bukan saja juju akan jdkan panduan untuk diri sendiri tapi Juju akan jadkan panduan untuk rakan2 juga.. Setiap sesuatu ada hikmahNya..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar..juju bkn sj dok kat wad tu utk mengubati sakit juju tpi juju banyak dapat iktibar dpn mata. Moga juju sentiasa dibawah lindungan Allah..

    ReplyDelete
  4. Berharga sgt pengalaman Juju, nak baca lg apa kisah 23 hari juju ni...

    ReplyDelete
  5. macam-amacm orang akk jumpa ye..wah akk peskait digemari..

    ReplyDelete
  6. mcm2 jenis yg dijumpa.. semoga sihat selalu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)