Stay Fresh Body Sparkling Mist 100ml

Artis Titi Kamal yang bukan hanya cantik tetapi juga bintang filem dan penyanyi yang berbakat dari Jakarta, Indonesia telah bekerjasama dengan Althea untuk menghasilkan bauan badan pertama yang diberi nama Stay Fresh Body Sparkling Mist ! 

Apa yang menariknya, julia sendiri tidak ketinggalan untuk alami sendiri bauan menarik yang merupakan trend terkini di seluruh Asia Tenggara. Kalau anda nak tahu, Titi Kamal sangat minat dengan trend kecantikan dan sangat memahami apa yang disukai oleh pengguna tika ini. Oleh itu, gabungan Althea x Titi Kamal beri efek terbaik dalam dunia kecantikan yang diingini wanita saat ini.

Aroma kegemaran Titi Kamal adalah dari gabungan bauan aroma bunga iaitu Orange, Peach, dan Rose. Kombinasi haruman dan aroma yang indah ini akan memberi anda rasa segar yang anda perlukan setiap hari. Sedap sungguh baunya! Seakan macam ada bauan bunga yang ikut julia setiap hari. 💘

Botol bersaiz sederhana ini sesuai untuk dimuatkan dalam beg tangan atau perjalanan travel jarak jauh kerana ia tidak terlalu besar dan mudah untuk digunakan pada bila-bila masa yang kita mahu mengikut situasi dan keadaan. 

Kelebihan menggunakan Stay Fresh Body Sparkling Mist 
🤩elegance
🤩sweetness
🤩smells good
🤩refreshing

Kandungan utama 
Damask Rose Water - Menghidupkan kulit terhidrat dan memberi wangian lembut.
Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria. 
Elder Flower Extract - Menyejukkan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin.

Cara menggunakannya:
Ambil botol, tekan picu spray dan halakan ke badan beberapa kali spray. Rasai bauan yang sungguh menyegarkan. 

Harga RM35 sahaja.
Pore Purifying Serum Cleanser (150ml)

Pembersih Pore Purifying Serum Cleanser terbaru dari Althea membantu untuk mengeluarkan kotoran dari dalam liang kulit wajah dan mengekalkan keseimbangan pH kulit agar kekal sihat. Tahu tak, ia mengandungi ekstrak pudina tau itu sebab ia merupakan dua dalam satu, boleh buang solekan dan membersihkan kulit agar kekal lembab setiap hari tanpa kita perlu risau.

Sesuai digunakan dari semua jenis kulit sehingga kulit sensitif. Itu sebab formula serum digabungkan untuk menghalang kulit dari mengering dan mengurangkan liang-liang roma jadi besar sekaligus beri efek licin bila disentuh dengan jari. Syoknya!

Cara menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser
👉Buang solekan makeup:
Langkah 1: Tuangkan beberapa titik ke tapak tangan anda.
Langkah 2: Urut ke seluruh kulit anda dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih muka sebagai salah satu cara kedua untuk membuang sepenuhnya bahan solekan.

👉Membersihkan kulit:
Langkah 1: Untuk melembabkan kulit tuangkan beberapa titik  ke atas telapak tangan anda.
Langkah 2: Urut perlahan-lahan serum cleanser ke seluruh kulit anda dengan gerakan membulat selama 5-10 saat sebelum membasuh dengan air.

Harga RM33 sahaja.
Julia suka! Tak pernah setakat ini produk Althea mengecewakan julia. Ada bauan harum dan ada pembersih 2 dalam 1 yang menjaga julia setiap hari agar kekal cantik dan berbau baik tanpa rasa risau lagi. 

Recommended !

Untuk info lanjut sila layari:
Website - www.althea.kr  

2 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)