Assalamualikum pembaca disayangi semua, kalian semua sihat? Alhamdulilah, 18 Januari 19 sempena hari Jumaat, penghulu segala hari, doktor pakar beri kebenaran discharge setelah kali ke lima dressing. Syukur alhamdulilah, 23 hari berperang masa di wad untuk fight kesembuhan. 

Sekarang hari ke-6 bebas haha, bukan main seronok julia tau tapi ada tapinya haa kaki yang kena infections tu masih belum tumbuh kulit baru ye, masih bandage dan aku kena teruskan rawatan susulan di hospital ikut jadual. Lama gak kena tahan di wad sejak tahun lepas tau. 

Nanti ada masa julia kongsikan pengalaman sepanjang berada di wad dari segi emosi dan tekanan sebelum capai peringkat kesembuhan. Itu aku dah lama nak kongsikan. Tekanan yang teramat sangat sampaikan aku sembunyikan kisah sakit dari kalian semua.

Bayangkan hari ke 11 di wad baru kongsi di blog...terkejut semua pembaca senyap, tiba-tiba pm mesej di inbox FB julia, terharu tau. Nanti ye...tunggu julia update kisah ini. 

Azam tahun 2019
Keluar je dari wad, datang perangai baru. Nak menyusun perkara pertama nak buat! Ye, bayangkan selama ini aku hidup aku buat sambil lewa je bab menyusun tau. Terutama bab bil, bab tempat aku bekerja dan di dapur. Bukan tak susun selama aku hidup, cuma susun asalkan ia susun janji tak sakit mata. 

Tapi bila dah menginjak tahun 2019, bab menyusun makin melekat teruk. Mungkin faktor sejak kena warded tu, selalu tengok kawan-kawan kongsikan bab menyusun. Jadi terpengaruh lah.

#1 Dokumentasi bil dalam fail.
Jikalau dulu aku letakkan ke semua bil-bil dalam satu sampul. Campak tau, kalau cari balik dalam fail tu rasanya lipas masuk pun pening dan tersesat. Adui, tahun ini baru aku nak buat ringkas tapi bertanda lah. 

Perkara yang penting dan wajib buat aku masukkan dalam fail. Kalau resit shopping dan resit beli barang dapur julia tak catat dan tak rekod ye, sebab bagi aku benda yang di pakai dan barang makanan tak payah la nak berkira. Memang julia peruntuk khas dan kongsi bajet dengan suami. Jadi biar angka belanja wajib dua perkara tu je aku abaikan. 

Bagi orang lain mungkin bil tu penting, bagi aku sebab ia diguna kat badan jadi anggap sedekah yang tak nampak. 


Bil paling banyak keluar
Ya, tu sebab wujud section bil tiket kapal terbang, bil hotel dan bil kenderaan sewa. Bagi aku rekod ini sangat penting, sebab pengeluaran ia besar untuk reward keluarga. Lagi satu, kami kan suka berjalan dan kembara bajet, maka bab ini kena diwujudkan. Supaya aku senang nak rujuk.

Cukup sekadar sekeping kertas merujuk harga keseluruhan dan resit yang penting sahaja di stapler atau di gam dalam kertas A4, senang nak rujuk bila-bila diperlukan. Aku buat tak kira tahun, asalkan ia masih belum gemuk, fail ini terus di masukkan hehe. 

Jadual Waktu Abg Qi Darjah 1/2019
Sejenis mak-mak macam julia tak faham shortform tau, maka dari rujukan cikgu kelas Abg Qi umi dia olah balik dalam tulisan sebenar. Baru faham nak asah diri memahami nama tajuk buku dan nak ajar Abg Qi letak buku ikut jadual.

Bila buat bentuk berwarna ni nampak semangat kan susunnya. Senang bab baju nak pakai waktu bila pun julia masukkan di hari berkenaan, tak ada lah terlupa je. 

#2 Susun Atur Tempat Rezeki
Selama ini buku-buku motivasi aku susun mengiring bertindan sampai ke atas, sakitnya mata tengok tahun ini. Itu yang aku susun macam gambar dibawah, ikut ketinggian buku. Sedapnya mata memandang, nak capai dan baca pun senang. 

Kertas lama dan tak pakai susun kat tempat kitar semula. Kalau tak kawasan ini macam timbunan kitar semula sebab semua kertas kerja yang tak pakai aku sepuk bertindan-tindan. Sekarang lapangnya rasa, macam boleh tidur atas meja haha. 

Periuk doraemon tetap depan mata, tu sebab ia beri motivasi sekali sekala masak ringkas di pejabat. Janji dapat kebenaran bos dulu ye korang. Bos kami bagi, tapi jaga lah ye kebersihan. 

#3 Susun Atur Freezer
Selama ni susun guna bekas ikea hijau tu, alah korang tau kan yang ada macam-macam bentuk tu. Sekali tahun ini aku bosan dengan bekas dalam peti ais. Entah kenapa tang freezer rasa nak ubah gaya, guna plastik simpan bahan mentah guna bag frozen kedap udara. 

Senang, beli je kat Daiso atau Ikea pun ada. Beg frozen kedap udara ini ada bermacam jenis saiz, boleh pilih. Tapi julia pilih jenis sederhana, tak besar sangat tak kecik sangat. Boleh guna untuk freezer dan chiller tau. Lepas basuh ayam, ikan dan sayuran letak je dalam plastik ni agak-agak lah untuk sekali masak.

Jimat juga space, boleh tulis depan plastik ni dengan whiteboard marker yang bukan permanent so senang nak lap je. 

Plastik ni agak tebal juga tau, tak mudah koyak dan aku rasa boleh guna berulang kali. Tapi kena pandai jaga lah, jangan buka kasar sangat dan berbaloi-baloi space. Siap boleh kira, ayam seekor saiz sederhana boleh dapat 5 plastik beg tau. Ikan pun senang masuk, siap-siap siang dan basuh. Nak masak keluarkan sebungkus beg. Selesai masalah, tak payah basuh bekas plastik keras dan jimat ruang berganda.   

Sambil menyiang, selesai semua bab freezer punya stok. Terus buat bahan chiller, apa lagi bab cili kering lah jadikan sambal. Nak masak senang lepas balik kerja awal boleh terus masak tau. 

Yang jadi renyah kalau semua dalam peti ais kosong, yang itu nak mula balik buat memang kena istigfar berulang kali haha.

Selamat menyusun! 

7 Comments

  1. juju nnt datng kemas umah cik nor skali...hihi..happy tau juju dah kluar wad..:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah juju dh kembali setelah lama dlm wad....bgs bila bersusun camni..nk2 resit ..simpan dlm file..senang nk cari nanti kan...akak pn ingt nk buat juga sbb umh pn dh siap...sure byk bil2 and dokumen related kan..senang nk cr if perlu...susun atur dlm peti ais tu utk frozenkan tu ada juga tgk..bole try nanti bila

    ReplyDelete
  3. huwaaaa insof plak tgk jue buat,sue semua dah setup file separator bagai,susun je belum huhuu masih berterabur surat2 kereta ,insuran bagai huhuu

    ReplyDelete
  4. Ni namanya semangat kembali sihat!
    Meninggalkan rumah sekian lama ekk :-)
    Aida bab rekod billing, dah beetahun buat. 3 years back punyer details still got, ju. Terbiasa. Utk income tax.
    Maka memang buat.kecuali resit shipping brg tanpa waranti lah kan...
    Tu i sisih on the spot hi hi hi...

    ReplyDelete
  5. kalau dalam petis ais tu memang tersusun ikut bekas dari atas sampai bawah...tapi kalau bil² ni masuk dalam poket bag yang memang dah disediakan je..tak pernah terlintas nak filling..Tapi nampak kemas juju

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah discharge ye juju. Moga terus sihat sentiasa aamiin.

    Bila baca entry juju ni, terus teringat segala resit/bil/fail kat bilik atas tu, nak kena beri nafas baru jugak ni hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)