Day 21 : Assalamualikum, sudah hari Rabu 16 Jan 2019. Cepatnya masa berlalu, setiap hari itulah tanpa culas boyfriend julia pasti melawat. Rindu kat girlfriend yang berwajah tanpa secalit makeup, masih bertudung sama, koleksi 21 hari tu je yg ada senang pin less haha. Itulah si girlfriend, sakit pun dia takkan tunjuk sakit tu depan boyfriend sah dia. Simpan semua, cerita yang menghiburkan hatinya. 😊

Ujian sakit, ujian jaga orang sakit - keduanya nampak macam tak sama. Sebenarnya lebih kurang sama. Yang sakit sudah semestinya sakit, yang sihat jaga orang sakit ujian dia lagi.....banyak! Banyak sakit dia, banyak ujian masa dia perlu ubah dan serasikan buat sementara waktu.

Sakit ni skop dia saling berkait. Jangan asyik fikir kau je sorang sakit ye, orang sekeliling tu sebenarnya sedang berperang dalam hatinya untuk tunjuk depan aku yang dia boleh buat seperti tidak ada apa-apa pun yang sedang berlaku. Malah boleh senyum paling comel sekali nak tunjuk depan aku, aku tahu, ujian dia lagi hebat. 

Maka jadi orang sakit pun kena think smart, think relax, think calm and always smile. Itu treat kepada orang yang jaga orang sakit, beri dia kuat semangat dalam diam yang dia boleh lalui ujian sama seperti aku. Baru sama-sama seimbang, tak berat sebelah. 

Itulah hidup, ada suka, ada duka, ada ujian saling melengkapi untuk dapat apa itu Bahagia. ♥️
My beloved husband. Thank you for taking care of me almost everyday at HKL. Honey, I know you’re there – that you look in a couple of times while I’m almost sleeping, just to make sure I’m OK. Thank you sweetheart, for all you do, your devotion, care, acceptance of our situation and your unfailing love.

Words really can’t express my love for you but I hope this blog entry will always remind you that I think you are amazing and I love you so much!!! May Allah bless you always. 

Thank you husband. 💋🥰
Gambar last diatas disnap oleh husband lepas cakap dalam telefon dengan umi : 
Abg Qi selalu cakap, 'umi esok balik kan?'
Sian dia, anak kecil mcm dia diuji juga. Umi tahu, Abg Qi rindu usikan umi, rindu masakan umi, rindu pelukan harian umi, awak kuat! 💪 cuma tak boleh jumpa hari-hari je, jumpa pun hari weekend...sabar anakku, Dia uji sebab dia tahu kita mampu buat. 

Tak semua orang sebaya Abg Qi mampu hadap pengalaman mcm Abg Qi tau. Awak bertuah Abg Qi kerana dipilih oleh Allah untuk di uji semenjak kecil tanpa kehadiran umi di hari pertama persekolahan dalam hidup kamu. Allah lebih tahu dari apa yang kita tahu...kita doa tau sama-sama, sayang Abg Qi. 😍

Julia Keep Fighting ❤
www.juliajohari.com 
#juliawardedstory

8 Comments

  1. Waalaikumusalam.

    Suka dengan sikap positif Juju. Keep fighting , sister <3

    Abg Qi anak yang baik dan memahami.

    ReplyDelete
  2. Moga Sentiasa dipermudahkan urusan ju.Terus kuat ye ju..Insyallah...tak lama lagi baik lah tu...Keep Smiling tau..

    ReplyDelete
  3. Keep fighting juju!

    Moga Allah bagi sebaik-baik ganjaran buat juju sekeluarga atas ujian ni aamiin.

    ReplyDelete
  4. betul tu kak ju. orang yang jaga sakit dan orang yang sakit + orang tersayang di sekeliling; sama-sama kena kuat, positif dan ada ujiannya yang tersendiri. walaupun saya tak tahu kak ju sakit apa, moga kak ju cepat sembuh dan diberi kekuatan yang tinggi menghadapi proses penyembuhan :) Aamiin.

    jika ada kesempatan, jemput join segmen blog saya :) http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

    ReplyDelete
  5. Suka tengok Juju, tanpa makeup pun muka berseri seri ja

    ReplyDelete
  6. Husband complete us, ju. Without him, apa la kita nak buat kan. Syurga kita.
    Alahai Qi. Sayu jugak aida baca luahan Ju di fb. Takpe. Perjlnan Qi masih jauh. Ada byk lg ketika 'pertama'nya.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)