Day 20: How I start my day today? Relax, calm and cheerfull alhamdulilah, thanks Allah beri peluang julia masih merasai hidup sebagai seorang manusia. 

Setenang air dilautan, pagi solat subuh duduk, morning walk sekitar dalam hospital, belajar nama-nama wad yang unik, perhati diluar jendela laluan kaki lima wad, yes si juju yang tak boleh duduk diam dia sambung kt bilik menelaah buku motivasi Relaks & Minda dari Prof Dr. Muhaya. 
Rezeki bila sakit, seorang hamba Allah hadiahkan satu set disffuser bersama minyak Stress Away dan Lavender. Bismillah MasyaAllah, dia tinggalkan dikerusi tepi katil tanpa sepatah kata, ingatkan ada barang tertinggal, rupanya diniatkan untuk julia gunakan. Memang saat pertama kali gunakan, banyak membantu emosi menjadi lebih tenang, asbab usaha juga ni. Terima kasih diana.saudagar.minyak

Leganya hari ini, disaat manusia diluar sana  bergegas ke sana ke mari dgn urusan anak, urusan pekerjaan, urusan dirinya...aku hanya perlu menjaga diri, semua diatur untuk aku sihat dgn izinNya.
Tidak seperti dulu, aku membiarkan diri dlm keadaan sudahnya sakit bertambah pula bersama emosi yang sgt tidak stabil, Allah, aku hanya fikir tentang diri dan keluarga, lupa hikmah Tuhan atur hidup ini ibarat roda. Sihat, suka, duka...diberinya sakit untuk kita muhasabah diri. 

Tika sihat kita berlumba untuk mencari sebanyak mana kemahuan yg kita mahu, ditiup sikit ujian, diri rasa goyah dan membiarkan ia tenggelam lama kerana tidak membiasakan diri dgn menyebut Allah dahulu sebelum hadapi sesuatu rezeki dan ujian.
Aku mengerti, semakin memahami, semakin kuat ujian diberi, semakin kita sudah bersedia untuk hadapi dengan tenang kerana diri sudah ada pengalaman hidup tika diuji hebat. Itulah hidup, naik dan turun untuk sentiasa memuji kebesarannya. 

Speak to Allah.

Kita sedar tak kadang-kadang Allah beri kita masalah dan kita pun berdoa, menangis mohon dibantu dan Dia akhirnya makbulkan? 

Kenapa Allah makbulkan doa kita? 
Because Allah loves our voices. Allah sangat suka mendengar hambaNya, kita ini, diri ini MERAYU. Masih tak sempat? Sebagai ganti apa yang boleh kita buat? 

Jom kita bercakap dengan Allah bila kita bersendirian. Boleh? 🤲

Selasa 15 Jan 19
Julia Keep Fighting ❤
www.juliajohari.com 

#juliawardedstory 

3 Comments

  1. bagus buku tu ju.. ainie doakan moga ju diberikan kesembuhan dgn segera untuk bersama yang tersayang.. keep fighting dear!

    huugggsss!!

    ReplyDelete
  2. Mulianya hati Hamba Allah tu hadiahkan kak juju diffuser tu. Semoga Kaka juju terus tenang menerima dugaan yang kecil ni. Allah sayangkan akak. Sakit itu penghapus dosa, sabar ye kak.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)