Day 11: Assalamualikum, hari ke-11 di HKL. Tq sebab tak putus2 bagi komen semangat di IG utk juju terus kuat semangat. Aku baca, tak mampu balas je. Semoga kalian sihat dan dirahmati Tuhan selalu. 

Hati aku hari ini? Tahu batu? Bila ditukul ia pecah tetap juga keras macam batu, cuba hendak senyum tp kelat rasanya, cuba untuk sarapan tetiba hilang nikmat nak makan. Aku bukanlah seorang manja, aku rupanya tengah harung satu perasaan sebenarnya redha, sabar dan tawakal. 😨
Sarapan hari ke-11, cerita hari 1-10 aku pendekkan di IG.
Tiga perkara itu bila bergabung, aku rasakan ya aku kuat, tapi bila tengok sakit tu agak slow recover, ia buat aku semacam kena mulakan balik dimana aku mula2 rasa down.🤕

Ingat senang ke, org yg dulunya sihat walafiat, tiba tiba jatuh sakit tanpa any sign. Jgn ingat jangan ego saat kita rasa aku akan sihat selamanya, konon jaga kebersihan tip top, jaga luar dalam kemain terbaik. But Allah, dia uji orang yang dlm sihat utk kembali kepada fitrah, aku yang berhak ke atas kamu, jasad kamu, oksigen kamu maka apa yang kita ada adalah haknya.

Kita? Diamanahkan utk menjaganya. Aku sedang jaga jasad yang dimamah bakteria asing. Tanpa terlintas difikiran ia hadir memusnahkan sistem pertahanan yang aku anggap sihat. Hebat si kuman, kecil yang tak kelihatan dgn mata kasar tp mampu sekelip mata buat kau tak mampu buat apa utk serang dia secara degil. Kau takkan mampu...itu sebab Tuhan beri sesuatu ujian diluar kotak kau julia untuk kau selalu fikir, kebesaran Dia. 😔

Penat cerita pasal apa kau rasa, mungkin esok kau tak punya apa apa rasa utk diluahkan. Ia tetap jadi batu, harapkan titisan air membentuk lekuk dan menembus untuk beri peluang air itu mengalir, bukan masa singkat, ia perlu masa utk apung kekuatan itu...

Roomate dapat sign discaj esok, orang ketiga sudah balik dgn gembiranya. Aku masih menanti bila hari merdeka itu sampai...penat tahan muka utk cuba senyum...penat utk tahan diri utk positive disaat kau diuji hebat. Penat, aku nak SIHAT...😑

Julia Keep Fighting ❤

17 Comments

  1. K azni doakan juju cepar sembuh and dpt bersama keluarga semula

    ReplyDelete
  2. cik nor tahu juju kuat. jangn mengalah..Allah nak uji juju supaya juju lbh kuat.Cik nor doakan moga juju cpt sembuh seperti sediakala..aamiin

    ReplyDelete
  3. Moga kuat semangat dan cepat sembuh yer Juju!

    ReplyDelete
  4. Semoga kak cepat sembuh. Be strong kak

    ReplyDelete
  5. Juju yg Lan kenal mmg org yg sgt2 positif... Keep your positive dan insyaAllah sakit ini yg buatkan kita lbh kuat utk hari esok. Semoga Juju diberikan kesembuhan segera dari Allah. Aminn...

    ReplyDelete
  6. get well soon kak.. didoakan semoga cepat sembuh. insyallah
    ramai mendoakan =)

    ReplyDelete
  7. Stay strong juju.. Semoga diberi kesembuhan segera hendaknya
    Aamiin...

    ReplyDelete
  8. Moga Allah beri kesembuhan. InsyaAllah ujian sementara. Ada yang ganjaran hebat menanti lepas ni. Amin...

    ReplyDelete
  9. Semoga cepat sihat juju.. Kuatkan semangat okey my dear. I know you are strong person.. Eh.. Eh ter Speaking plak.. Hehe.. Chill.. Sja nk bgi juju ceria..

    ReplyDelete
  10. Allah menguji hambanya juju, semoga juju kuat ya untuk tempuhi ujian ini, dan semoga cepat sembuh dear juju

    ReplyDelete
  11. Semoga kak juju cepat sembuh.. Sakit itu penghapus dosa. InshaAllah akak akan sihat seperti sedia kala tak lama lagi, bersabar ya.

    ReplyDelete
  12. Syafakillah juju. Sis doakan agar diberi kemudahan, kekuatan dan kesembuhan buat juju.

    Keep fighting dear!

    ReplyDelete
  13. Get well soon Juju and get strong...Insyallah, apa yang terjadi tetap ada hikmah yang tersembunyi

    ReplyDelete
  14. moga diberikan kesembuhan kepada juju.Insyallah,pasti ada sinar selepas ini.

    ReplyDelete
  15. Walaupun br kenal kak juju, kenal pun di alam maya je sbb belum pernah jumpa depan2, tapi dapat rasa aura positif akak. Moga akak kuat semangat melawan sakit ini. Insya Allah

    ReplyDelete
  16. juju, cuba minum air zamzam semoga berkat air zamzam juju boleh sihat dan jgn lupa berdoa byk2 ye. banyakkan tahajjud utk kuatkan imun sistem. mama doakan juju kembali sihat

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)