Makin menginjak usia, amboi dah tua sangat ke? Bukan tua, tapi semakin banyak isi pengalaman, sesekali bertanya dalam hati. Apa yang aku nak kecapi sekarang. Kalau waktu dulu zaman remaja, aku menghabiskan masa berbelas tahun dengan belajar sehingga tamat pengajian ijazah.

Selamat tamat belajar, belum ada tanda lagi nak sambung ke peringkat seterusnya, mungkin tunggu anak dah pandai berdikari kot lah berputik nak belajar tak pun cukup lah setakat apa itu aku rasa nak belajar. 

Aku ada sebab tersendiri, kerja pun sudah melangkaui 11 tahun.
Pegang duit gaji sendiri lebih dari membiayai duit pengajian belajar tau. Ya lebih! Itu sebab aku nasihatkan anak-anak muda, belajar rajin-rajin tau, ada sebab bila kita ada ilmu, ada pendidikan nanti hidup kita mudah dimasa depan. Sebab julia dah rasa nikmatnya, penat berhempas pulas belajar, sekarang tuai hasil sampai boleh simpan untuk hari tua, dan sudah tentu berjalan-jalan ke luar dan dalam negara. Best kan?

Kalau best, dengar nasihat julia, belajar dan belajar sampai ke menara gading. Nanti dah berjaya jangan lupa mak ayah, bagi hasil pada mereka juga. 

Baru-baru ini, kami pergi lagi ke kawasan yang sama.
Mood hendak tengok suasana pemandangan indah, nak tengok sawah padi. Aku dah jemu dengan shopping mall. Sampai satu tahap baru aku tahu kenapa orang-orang tua tak berapa gemar nak window shopping. Apa yang mereka mahu adalah lihat pemandangan indah. 

Itu sudah cukup menyejukkan mata dan kegembiraan akan terbit tatkala melihat cantik dan indahnya ciptaan Tuhan. 

Aku dah berubah agaknya... 
Dulunya pantang dengar shopping mall mana nak terjah. Sudahnya bukan beli apa pun terkadang terbeli pun fikir balik kenapa aku beli banyak macam itu haha. Bukan tak plan, kadang-kadang nafsu godaan syaitan disebelah diikut-ikut.

Ini yang nak plan trip santai lihat pemandangan indah, mungkin sudah tiba masanya kena tukar corak travel aku, lebih kepada nature (alam).

Nak travel shopping mungkin 30% sahaja, 70% menikmati keindahan alam di negeri dan negara orang lain. Seronoknya, duduk dan amati sepuasnya. Snap gambar dan abadikan pengalaman suasana cantik di tempat orang.

Nanti aku nak usya tempat mana tu, aku nak kumpul duit sikit pastu dapatkan dividen dari ASB tak lama lagi pastu nak jalan-jalan short trip 5 hari 4 malam okey lah kan. Lama sikit untuk amati suasana pemandangan cantik...

 Ikan siakap stim nyonya kegemaran sekeluarga, sudah jadi amalan setiap bulan atau 2 bulan sekali mesti datang sini pekena lauk yang sama. 

Kisah Ahad lepas. Selepas balik dari kenduri kendara jemputan rakan suami kami decide nak ke sini. Setiap kali itulah, asyik berteka teki pasal resepi dia buat. Kunyit hidup mesti blend dengan bawang merah dan putih...kemudian bla-bla. Sampai lah aku tak cuba pun, sebab aku takut tak jadi nanti rugi je ikan siakap tu haha. 😂

Sudahnya baik pi kumpul duit makan je kat kedai ni, semua sekali lebih kurang 90 lebih juga lah, dalam 5-6 orang boleh makan lauk macam ini tapi kami tibai 3 orang je, jenis melantak lauk dari nasi. Haha sabar je lah.
Penulis bersama lauk kegemaran dia, sampai mati suka lauk ini. Sedap manis, masam mesra gitu. Tekak pun suka. 

Kedai seafood di kawasan Kuala Selangor, nama kedai di rahsiakan. Kalau nak pm personal aku okey. Sebab aku tau sesetengah orang ada macam-macam persepsi. 

Selepas menikmati makanan, kami terus lajak ke Tg Karang dan seterusnya ke Sekinchan, apa lagi layan sawah padi yang cantik tu lah. Sekarang musim tengah lebat padi menguning, tak lama lagi diorang nak tuai tau. Sempat pegang pokok padi dengan hasil benih beras yang sangat lebat. 

Kemudian ke kilang IKS, borong kerepek dan bermacam jenis ikan masin. Puas hati sebab murah dan semuanya masih fresh sebab kita adalah pelanggan pertama tanpa orang tengah kan. Itu sebab kami suka top up sekali sekala barang basah dari sini. Beli bahan dan barang mentah segar baru selera dan masak dan makan. 

Okey, dah masuk bulan Disember 2018, amati sepuasnya cuti sekolah ini dengan penuh makna. Abg Qi tak goyang kaki ye, setiap pagi dia ke tuisyen untuk dalami ilmu bacaan dan penulisan untuk persediaan Tahun 1. 

Tak lama dah nak khatam, hujung bulan ini habis. Nanti senang sambung kelas tuisyen Bahasa Inggeris masa cuti sekolah, kira dia cuti pun macam tak berapa cuti lah, dia suka tuisyen, kalau cuti sehari pun dia tanya, hari ini nak tuisyen haha sabar jelah. 

Aku dan suami? Bekerja dengan kuatnya...tak sabarnya nak merdeka kerja banyak haha, nak jalan weh!!! 😄😄😄

18 Comments

  1. lapar juju tgk menu juju mkn tu..nape rahsia tu tmpt mkn....hehe...akak pn tk brp sgt nk shopping..kalo cuti2 lebih suka pd jjcm dr shopping haha...tp tkde la tk shopping langsung..kalo berkenan beli la juga kn...wah bgs qi siap nk tuition hari2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak...kalau nak tau mana pm jer. Itulah mungkin faktor perubahan persekitaran kita pun suka tgk permandangan indah...acara makan tu perkara wajib kan kak amu...ye sis Abg Qi tuisyen belajar membaca cuti sekolah ini, duduk rumah pengasuh bawa buku. Macam-macam dia belajar solat jemaah, mewarna dan belajar cakap Inggeris alhamdulilah.

      Delete
  2. best baca blog juju..klu juju g jaln2 mesti ada part makan2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA ciknor, kalau berjalan tak makan ibarat bawa kereta tanpa minyak macam mana mau jalan-jalan haha, terima kasih ciknor suka bac ablog juju, love u sayang!

      Delete
  3. Menarik plak duit asb tu g jalan2 hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, bijak she! Pandai baca tang tu...ye dividen ASB banyak membantu part acara jalan-jalan dalam setahun...boleh kata fully sponsored by ASB la she...tipsnya...amal tabungan sehingga capai matlamat...sebab dah capai tahun lepas tahun ini tuaian kali kedua...tak buat pinjaman ASB ye, semua hasil simpanan sendiri. Alhamdulilah.

      Delete
  4. Lain macam seronoknya mendekati alam.

    ReplyDelete
  5. Bagus juju.. travel guna hasil ASB. Baru best travel kan. Tak pernah sampai kuala selangor, teringin nk pergi. Nk mkn jugak menu yg juju mkn tu. Cam best jer

    ReplyDelete
  6. saya pun setuju, pendidikan boleh buat kita merubah hidup kita

    ReplyDelete
  7. sedappppnyaa mknn tu ju.......rasanya mcm tau je kedai mana ni. hehehhehe. sbb dulu pernh pegi sini juga....sbb terpengaruh ngn ju nyer entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pernah baca entry dulu mesti tau kedai ni kat mana sue...bijak2...

      Delete
  8. Indahnya hidup ini. Penat bekerja, berehat seketika, jalan-jalan, cari makan, menikmati panorama alam. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Jln2 di kuala Selangor seronok Kan ju..sti still dapat rasai keindahan suasana kampung..apepun menu juju makan tuu ya ampunnn.. menggoda!

    ReplyDelete
  10. hahah.. agaknya i know this place.. area sana bnyak restoran seafood yg sedap2. klau lajak ke depan lagi ada kedai best mee udang banjir pantai 23.. situ pun ok..

    ReplyDelete
  11. fie pun sama.. bila dikenangkan masa dulu2.. berbelanja mengikut nafsu..sesal tiada kesudahan..

    ReplyDelete
  12. memang bestla, banyak rest seafood situ.

    ReplyDelete
  13. tunggu sat jea lagi..lepastu merdekala yea.. :)

    ReplyDelete
  14. lisa pon lebih suka mendekati alam dari pada shopping mall , kdang masuk dalam pulau . best rasa mcm tenang je

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)