Tak Perlu Bayar Lebih Kalau Tempah Pakej Bersalin di Rampai Puteri Medical Centre !
Meremang tengok katil khas di labor room, tapi wanita yang berkahwin sudah pasti nak bersalin tempat idaman yang selesa dan doktor yang terbaik.
Terkejut aku bila mana aku tertengok satu video seorang artis bernama Ayu Raudhah tak percaya akan tawaran hadiah pakej istimewa bila nak bersalin. Ia mengenai persoalan yang berlegar di fikiran setiap suami dan isteri bila mana nak menyambut kelahiran si kecil.
Aku salah seorang ibu yang ada pengalaman bersalin di hospital swasta. Terus terang aku cakap, apa sahaja yang aku terasa nak minta macam pad maternity, pampers anak, anything semua di caj satu-satu dalam bil. 😏
Dengan mata aku tengok bil tu, bayaran bersalin memang logik harga dia sebab aku bersalin normal. Tang add on panggil doktor pakar cek susu badan tak keluar pun dia caj kaw-kaw baik punya dalam bil, consultation doktor tengok kita lepas bersalin pun dia catat weh. Ish-ish takkan sesiapa doktor nak rawat aku kena masuk bil kan walhal aku ambil pakej 1 bilik tau. Sah-sah kalau ambil pakej harga mesti la fix dengan segala kemudahan dan servis termasuk doktor. Tapi tak!
Abg Qi 6 tahun lepas, masih segar diingatan sampai bila-bila.
Pengalaman lepas jadikan pengajaran...
Harga bilik dengan harga bersalin aku lain, hidden caj segala barang aku pakai lain harga, ubatan selepas bersalin pun kira asing. Terus cakap dengan suami, jom lah check out awal.
Tak memasal kang apa-apa je diorang ni caj, memang doktor pakar sini best cuma tu la tak tahan semua benda nak catat, sebelum bertambah tertekan baik aku yang tak ada apa-apa masalah kesihatan ni balik awal, berpantang je kat rumah. Tak jadi nak stay 2 hari haha.
Itu cerita pendek aku, sebenarnya panjang lagi tapi biarlah itu kisah 6 tahun lepas dah pun. Tapi masih merah lagi la ingat balik.
Berlainan pula pakej bersalin Serenity Package di Rampai Puteri Medical Centre !
Soalan yang buat aku terkejut, jawapan yang diberi bacalah sendiri...😊
1. Kalau beranak kat sini, kena emergency Caesar tak payah bayar apa-apa extra pun?
- FOC - Free of charge
2. Kalau kena tahan lama di hospital, tak perlu bayar lebih?
- FOC - Free of charge
3. Kalau dengan harga ini I bayar, tak perlu bayar extra kalau ada apa-apa kes mcm emergency Caesar?
- FOC - Free of charge
4. Kalau kena ambik ubat tambahan pun tak perlu bayar extra?
- FOC - Free of charge
Dahsyat kan, tak payah bayar. Itu yang buat aku pun terkejut sama, macam tak sabar nak beranak kat sini kalau ada rezeki mengandung. Aku pernah berurusan dekat hospital ini dulu, layanan memang kau sendiri akan terkejut, setiap satu pesakit di layan dengan bersungguh dan lama betul sesi consultationnya.
Serenity Package
Apa sahaja yang berlegar di fikiran di jawab dengan penuh jawapan logik, tiada yang melayan serba kekurangan disini. Okey, jom tengok pakej dan bilik bersalin disediakan. Nampak selesa betul.
Terdapat 3 pilihan Serenity Package, antaranya...
- Serenity Open Ward 👉RM3,200
- Serenity Single Room 👉 RM3,800
- Serenity Suite 👉 RM4,200
Salah seorang Doktor O&G Dr Kamaria. Banyak menjaga hubungan baiknya dengan pesakit, malah kebanyakannya sudah dianggap kawan.
Testimonial pelanggan yang pernah bersalin di sini.
Lan Solo dan isterinya.
Bagi yang bercadang nak bersalin, boleh merancang tabungan awal untuk mendaftar awal bersalin dekat sini, suasana dah la kondusif, doktor pula peramah, staf nurse pun layan baik, terasa nak duduk lama lepas bersalin kat sini, kata free kan haha, aku doakan korang dipermudahkan urusan bersalin nanti ye. Kalau ada saudara mara atau kenalan yang tercari-cari, hebahkan link blog ini pada mereka. Kita pun dapat pahala tau.
Keterangan lanjut layari dan hubungi untuk tempahan awal.
FB : Rampai Puteri Medical Centre
Tel : 03-41312039
14 Comments
Nina pun terkejut masa memula tau kat sini pakej bersalin nya harga fix tanpa caj tersembunyi. Bagus nya Rampai Puteri Medical Center
ReplyDeleteMcm plan nak bersalin sini je, macam best je..
ReplyDeleteWife lan solo pun beranak kat sini yer
ReplyDeleteMoga ada rezeki Juju nak merasa beranak kat Rampai Putri nanti
ReplyDeleteWalaupun orang kata bersalin kat mana2 pun sama je sakitnya.. Tapi bagi kak Ti bersalin kat hospital swasta memang ada kelebihannya.. Tambah bila ada pakej mcm serenity ni..
ReplyDeletehuaaa bestnya kalau dapat bersalin sini. airah masih fikir lagi nak bersalin mana ni hahahaha
ReplyDeletewah..menarik ni..
ReplyDeletebestnyerrrrrrrrrrrrr tp x cukup syarat kalo nak beranak kat situ..ekekeke
ReplyDeleteeh eh berbaloinya harga paket tu
ReplyDeleteBerbaloi pakej yang ditawarkan.
ReplyDeletegood info ni, bole try untuk next! opsss hihihi
ReplyDeletenak beranak lagi la ,..nak rasa bersalin dket sini pulak..hahaa..jom kaktambah..hehee
ReplyDeleteBagusnyaaaa
ReplyDeleteMujur surihati dah pencen katanya. Hahaha
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)