Escape, Indulge, Revive

Syinta, syinta, syinta gila! Haha amboi kemain dia syinta dekat resort ni tau, ya nama resort baru 'Adena Beach Resort'. Dulu tak silap aku nama lain, bunyi village hotel gitu, tapi sekarang rasanya dah ubah suai semua sudut dalaman. Tersangat wow sampai syinta haha. 

Memang suka sangat tatkala memasuki perkarangan resort ini, tak henti-henti mata melirik dan memandang. Terus memukau! Terus nak buat-buat pengsan, terus fikir eh Pahang ke oversea? 😆

Dulu nama resort ini lain, aku tak berapa ingat yelah dah bertahun kot. Pernah sekali abah mama dan keluarga aku menginap, sampaikan sekawan lembu pun masuk perkarangan hotel lucu tau. Hahaha kisah dulu, sekarang nampak perubahan ubah suai itu yang cantik sangat, tak terasa macam dekat Sg Karang, Kuantan Pahang pun. Rasa macam dekat resort-resort luar negara tau, sungguh ni. 

Nak tempah hotel dapat ganjaran 10% diskaun, jimat duit, klik 👉 Booking.Com

Pandangan pertama, lihatlah dikejauhan kolam renang dan laut sedang memanggil aku sekeluarga. Ya Allah, sejuk terus hati.
Kebetulan, adik ipar julia selesai majlis resepsi pernikahan dan perkahwinan pada hari yang sama. Nanti aku kongsi gambar hari bersejarah adik ipar julia ya. 

My partner memang bercadang nak check in sini, bertalu-talu aku tanya, resort baru ke, dekat mana, kenapa macam tak pernah tengok haha. Macam-macam soalan. Rupanya resort ini diubahsuai, masa kami masuk baru 2 bulan lebih resort ini berkhidmat. Patutlah masa masuk masih ada lagi beberapa resort depan hotel belum siap sepenuhnya. 

Jangan aspek banyak benda ya, sebab masih dalam reno lagi. 
Tapi bagi aku bahagian yang reno itu tak menjejaskan kualiti persembahan resort ini langsung. Tumpuan utama resort ini memang siap elok aku tengok, selesa dan mendamaikan.

Lif sahaja belum on, kalau stay bilik biasa ada 3 tingkat ternampak lif tapi belum beroperasi. Maka kena gagah lah naik tangga, alah 3 tingkat je apa ada hal. Resort cantik, naik tangga pun rasa suka haha. Kalau resort hampeh, naik tangga pun rasa nak turun balik betul tak haha. 

Ruang lobi.
Check in. Ish-ish lawanya, pasu dan rekaan lampu sangat memainkan peranan sungguh la. Banyak kerusi empuk disekeliling, Siapa sangka kawasan ini beri perasaan seolah-olah baru naik kapal terbang dan sampai di resort elit. Berjaya ubah perasaan aku plak tu!

Bilik hotel.
Simple dekorasi, luas, semua servis hotel dia ada termasuk WiFi. Aku suka ruangan dia, dimana sahaja tak rasa sempit. Ada shower air panas, ruang mandian dengan ruang lain di hadang. Nampak tersusun. Nak tahu arah kiblat sila check laci dekat tepi katil, aku puas tengok dinding tak ada, rupanya dalam laci. 

Jom rehat, lewat petang baru check in, almaklumlah penat seharian jaga pengantin haha. 

Selamat pagi, jom sarapan!
Ya, kami dapat sarapan free, tak silap aku bayar sekali dapat sarapan percuma. Budak baya Abg Qi tak kena charge. Kalau sesetengah hotel atau resort memang kena charge tau, aku tak berapa suka cara itu. 

Aku suka hotel jenis yang friendly kids, maksudnya kanak-kanak seusia Abg Qi kasi sarapan percuma. Kalau dah sekolah rendah menengah tu haruslah ibu dan bapa bayar ya, jangan buat-buat tipu, setiap anak makan tu jadi darah daging. 

So far, menu makan pagi just nice, macam biasa ada telur separuh masak, bubur nasi, hari berkenaan aku makan nasi minyak dengan ayam masak kurma. Sedapnya lahai, pagi-pagi makan nasi mau kenyang sampai tengahari. Jimat duit, petang nanti baru fikir nak makan apa. 

Kami menjamu selera tepi kolam, kalau yang nak anjurkan family day disini memang port paling best. Ada ruang khas untuk BBQ, set BBQ pun hebat, aku ternampak sekumpulan keluarga buat family day kat sini, besar betul banner. Ini yang rasa nak organize trip family day nanti. 
Permandangan jam 7.30 pagi. Indahnya!
Ya, kami bangun awal pagi tau, sebab nak tengok waktu pagi sebenar kat sini paginya bagaimana. Nyaman! Ada 3 buai dekat pokok nampak tak. 

Banyak basikal
Jom naik basikal. Kat sini ada disediakan basikal. Tak payah sewa, naik dan pusing dalam resort. Ada laluan berbasikal. Memang gila lah kami, basikal pun baru. Syok!

Sepanjang naik basikal, ada banyak deretan rumah berbentuk chalet style. Kalau ada duit lebih apa salahnya tempah chalet mengadap laut. Luas tau tapak setiap satu chalet kat sini, nampak sangat eksklusif sekali. 
Dekorasi minimalist.
Aku suka konsep pasu bunga tinggi dan rendah. Berwarna deep blue, tak puas memandang. Terus beri efek kebalian sangat, konsep air terjun mini gambar dibawah beri kesejukan sesiapa melihatnya. Batuan disusun begitu cantik, kebetulan my partner dengan Abg Qi pakai baju tema biru tu yang nampak gambar ini begitu on point sangat, rasa macam tak mahu balik KL. 👪
Pantai depan Adena Beach Resort
Sangat bersih, sangat luas dan besar sungguh pantai kawasan Balok, Kuantan Pahang. Apa lagi jom main pasir sepuasnya, jalan kaki di gigi air laut. Berlari-lari kejar anak bermain, saat indah untuk recharge kembali utuhnya semangat kekeluargaan. 


Kisah Abg Qi
Dia pandai bergaya depan kamera, tapi kena snap cepat sebab dia banyak projek juta-juta nak buat haha, sibuk sangat tau. Mood anak ni memang kita kena tengok, pastikan kenyang dan baru lepas tu nak suruh apa pun senang. 

Besar dah dia, kebetulan Abg Qi baru sahaja tamat exam akhir tahun sebagai pelajar tadika 6 tahun, reward percutian untuk dia. Suka la dapat main tepi pantai, sampai tak mau balik bilik haha. 

Kasi peluang la partner baru kahwin setiap tahun ni buat photoshoot tepi pantai, bukan main dia depakan tangan, nak terbang ke langit ke bang? Ala berat ni tak leh naik haha




Matahari manja sangat nak keluar, waktu ini baru 8 pagi rasanya, segar betul rasa bau angin pantai. Lega yang amat. Lihat gambar dibawah, Abg Qi lukis muka umi dia. Rambut kerang kejung macam kena letrik haha, sabor jelah! 😂
Korang, mana lah korang ni. Jauh aku teropong nak tengok korang baca tak haha. Ombak kemain beralun membelah pantai. Aku tak mandi pantai, malas nak berkecah pagi-pagi. Aku suka jalan kaki amati suasana je, lihat cengkerang siput, tengok anak ketam buat lubang rumah kat dalam pasir, lepas tu jumpa makhluk aneh di darat, kami memang suka bereksperimen sebenarnya. 

Lepas tu tengok kelibat orang sekeliling, nampak mereka pun suka main gigi air laut. Sesekali kelihatan pelancong asing. Mesti mereka kagum melihat kecantikan di Malaysia. 

Jom Dinner 
Kami dinner di dalam resort ini sahaja tau. Saje nak tengok selain resortnya cantik, apa lagi yang ohsem. 

Tersangat sedap rupanya! Sampai terkesima anak tekak. Quarter chicken grill ni memang over 5 star julia bagi markah, kalah outlet KR. Tiga dip sos tu memukau. Pelik sangat, makan terung grill tu sedap gila tanpa dip tau. 

Aku syak chef ni letak light herbs rahsia dalam tu. Ayam grill dia melting habis. Kongsi makan 2 org, tu pun berebut-rebut jangan makan laju sangat, portion besar. Harga berbaloi. ✌

Sejenis manusia macam aku yang cerewet yang amat pasal makanan sangat susah nak bagi bintang. Tapi yang ini bagi setiap hari makan pun aku tak muak, so tender, juicy dan mudah tak payah makan lain tau kenyang sangat...hmmm lain org lain citarasa tapi aku memang walla!  😋
Selain itu, kami order nasi goreng tomyam dan nasi putih ayam masak merah. Ish pun sedap juga, presentation sangat win. Portion tersangat banyak. Kalau nak order aku sarankan order satu dan kongsi makan sebab memang banyak. Licin Abg Qi makan, takut tengok dia makan portion orang besar tau. 😍

Memang aku makan tak habis haha. Port makan tepi kolam memang cantik sangat suasana, kolam dipasang lampu nampak kebiruan lah. Menaikkan mood romantik sekaligus. 

Video cinematic song, kemain aku masukkan lagu buat kalian rasa sikit berdebar dengan sound effect macam filem. Jemput tonton ya. Baru boleh rasa perasaan tika disana. 

Adena Beach Resort
Lot 1260, Mukim Sungai Karang,
26100 Kuantan, Pahang
Rating kepuasan: Dari 4 bintang, julia bagi 4 1/2 bintang. Kalau dah siap sepenuhnya mesti lagi bertambah lawa dengan kemudahan lif berjalan, ruang parking besar tapi penuh sebab orang dah mulai ramai menginap disini tau. Memang kami akan menginap lagi sini sebab dekat sangat dengan rumah mertua julia sendiri, boleh lah datang selalu. Yahuu!!! 

Bagi kalian nak tempah hotel, julia cadangkan ambil peluang ini sebaiknya sebab julia sendiri dapat ganjaran 10% diskaun, jimat duit. klik 👉 Booking.Com

11 Comments

  1. sedap juju menu yg juju share tuu....akak pernh stay sini tp masa tu tmpt mcm tk brp ok sbb mcm lama gtu la..mmg elok la skarang dh ubahsuai...akak dlu stay yg kt chalet tu..bkn yg kt blok hotel..best sbb lps mandi pool bole ke pantai plak..dlu ms akan stay namanya duta village beach resort..dh byk kali tukar2 nama resort ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah sis...family kami dulu stay yang management hotel dulu...tp juju tak kenan sebab suasana dia tak jaga...yang sekarang woahhhhhhh memang terbaik lah, sampaikan nak repeat stay lagi tau.

      Delete
  2. Wahhh menarik, cantik dan selesa bilik dia.

    ReplyDelete
  3. nampak selesa n makanan pun menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. best tuu..tempat menarik tepi pantai tu yang syok

    ReplyDelete
  5. Wah. memang cantik la resort ni. kat kuantan jer, dekat la huda nak pergi weekend getaway nanti. Tapi nak tnggu siap renovation la baru nak pergi

    ReplyDelete
  6. Sini ad sediakan tmpt utk bbq x sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti, kena call pejabat sana tanya mcm mana.

      Delete
  7. Singgah sini sebab search ttg adena resort. Hehehehe...hi kak jujuuuu...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)