Hasil Belajar Membaca 32 Hari
Pandai membaca dengan tidak tahu membaca langsung, baik risau awal untuk ke arah paling tidak tahu membaca dari tahu sikit-sikit. Sejarah Abg Qi buat aku risau, ye prestasi setiap anak memang berbeza, tak semestinya bergantung pada jantina, tetapi pendedahan dia dengan persekitaran pembelajaran juga salah satu faktor juga.
Pernah sekali, beberapa bulan lepas aku bawa dia ke Giant. Bukan tak pernah beli buku-buku latihan, cuma aku alpa bab untuk menguji dia membaca. Boleh kata aku biar guru tadika yang mengolah dia dari sudut itu, tapi aku terdetik di hati untuk beli cerita-cerita pendek melalui buku yang di jual macam cerita Nabi dan cerita kartun dalam bahasa Melayu.
Lagi sekali aku terpanah.
Sebelum beli aku buka helaian pertama cerita pendek. Dia pandang aku, dia kemam mulut, aku suruh dia baca di situ...ya disitu...dia tak terkata. Aku lagi lah tak terkata, maksudnya dia tak tahu membaca langsung, cuma sebut huruf satu persatu...tiada sebut 2 suku kata mahupun 3 suku kata langsung!
Tu baru nak masuk 6 tahun...
Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini termasuk guru tadika ye, aku tahu aku kena tolong anak aku sorang ni, aku nak dia at least merangkak membaca pun tak apa...ini langsung tak ada...tak ada.
Aku terus ajukan hal ini pada partner, dia setuju sama-sama nak bawa dia tuisyen belajar membaca. Ada lagi 3 bulan sebelum nak masuk Darjah 1. Kami tempah awal bulan Oktober 2018.
Ada pakej :
1-2 bulan (Tapi kena seminggu gak datang tusiyen, kesian plak dekat anak tak ada rehat)
2-3 bulan (4 kali dalam seminggu 1 jam 30 minit setiap malam, kami setuju ambil pakej ni)
3 bulan ke atas (kelas 2 kali seminggu rasanya, aku rasa pakej ni buat anak aku cepat lupa)
Hari Pertama: Kelas tuisyen malam
Siangnya tadika sampai petang, malam struggle kelas membaca, memang kena harung cabaran 3 bulan, motivasi selalu Abg Qi. You can do it!
Siangnya tadika sampai petang, malam struggle kelas membaca, memang kena harung cabaran 3 bulan, motivasi selalu Abg Qi. You can do it!
32 hari bersamaan lebih kurang 2 bulan.
Nampak dia tak pernah ponteng langsung kelas tuisyen membaca. Alhamdulilah, berkat Allah beri dia kesihatan baik dapat dia hadiri kelas setiap malam tanpa gagal. Walaupun aku sibuk di pejabat dari pagi sampai malam terkadang aku call untuk bagi dia sokongan moral dan motivasi, Abg Qi ni memang suka nilai motivasi terus dia setiap hari update dapat bintang atau markah A, urusan semua walid dia uruskan (unsung heroes tak terbalas jasa dia urus anak tika aku dilanda musim sibuk).
Perlukah anak pandai membaca?
Bagi kami sangat perlu paling tidak dia tahu membaca...dia terkadang tanya kenapa dia kena pandai membaca, ini yang aku kata padanya:
- Membaca - kita tahu nilai baik dan buruk.
- Membaca - tahu membaca petikan soalan dalam pembelajaran.
- Membaca - mudah nilai orang tipu kita ke tidak.
- Membaca - diri selesa dalam persekitaran yang penuh dengan tulisan.
Untuk umur 6 tahun 3 bulan seperti Abg Qi, aku rasa penjelasan itu sudah cukup buat dia faham kenapa setiap malam dia perlu latihan intensif. Instint aku cakap dia mesti pandai membaca penghujung bulan December 2018 nanti. Lagi 2 buku sahaja nak khatam, tak sabarnya. Aku yakin insya-Allah.
Hasil bacaan 32 hari kelas
Ini hasilnya, walaupun masih tatih, tapi aku sebagai ibu aku tersenyum lihat perkembangan baik dia. Dari tiada sepatah kata, jadi kata-kata tau. Perkembangan ini aku rakam untuk semakan bulan depan. Aku kata padanya, kalau Abg Qi membaca lancar dan elok, umi nak bagi hadiah apa sahaja, janji tidak mahal sangat lah haha terus buat dia semangat tau.
Malam tadi dia cakap 5 muka surat dia belajar membaca dan semua helaian dapat A. Hebat anak umi, malam ini banyakkan lagi tau, cepat khatam lagi cepat persediaan masuk Darjah 1. Amin.
Nanti julia update kisah ini lagi ye, selepas dia khatam. Doakan dia. Terima kasih semua.
24 Comments
hantar tuiesyen kat mana juju?
ReplyDeleteDi Gombak...berpuas hati dgn hasil peringkat awal tau...dia dah boleh membaca dari tak tahu langsung...bayangkan lah.
Deletemcam anak buah cik nor jgk..msk darjah 1 masih merangkak membaca dan kakak terpaksa hantar tuisyen utk beberapa bulan. lps hantar tuisyen pantang jumpa papan tanda mesti dia baca punya lah. klau tak memang senyap jer..hhi
ReplyDeleteWah bagus anak buah cik nor...juju sekarang buat buat mcm tu dkt abg Qi...tak kisah apa sahaja number plat kereta pun suruh dia baca...nak biasakan dia baca papan tanda...layan je soalan dia kenapa dan mengapa hehe.
DeleteYe betul juju...salah satu cara fun kita nak anak2 cekap kenal/baca huruf is asking them to read the car plate no. Once Abg qi dah lancar nanti, dah belajar math +- tu bole juga suruh dia buat benda yg sama...jumlahkan no plate kereta tu. Just sharing my method with my kids while killing time in the traffic jam :) hope u don't mind.
DeleteTerima kasih Puan Hazel...wahh tq sgt2 kongsi kan tips...
Deletereminds me of me time kecik2 dulu
ReplyDeleteKan Raydah, sama tau...julia dulu masa kecil masuk darjah 1 baru tatih membaca...tu pun tak berapa ingat bila dah pandai membaca...rasanya darjah 2 ke atas kot hahaha...zaman sekarang anak2 kena berlari sama utk ke arah ini awal sikit...sbb tgk task pembelajaran Darjah 1 sangat hebat juga, kalau ketinggalan jauh susah dia nak catchup balik...cikgu kelas tak tunggu dah masa tu...kita yang kena kayuhkan anak sendiri.
DeleteSaya ni pun kak juju, Aneeq tahun ni dia 3 tahun. Asyik suruh saya dan suami baca buku untuk die. lepas tu, selalu jugak dia buat buat baca buku kuat kuat tapi memang mengarut je bahasa dia sebut.
ReplyDeletenampak sangat minat dia nak membaca tu tapi die frustrated gila kalau kiteorang busy dan tak sempat nak baca kan buku lama lama untuk dia. fyi, kalau sekali round tu, kalau boleh dia nak suruh kiteorang bacakan 10 buku untuk dia terus. adoi. kiteorang pun penat. siap kering tekak bacakan buku tu. hahahah.
baru 2 3 hari lepas saya beli buku readeasy sebab nak ajar die membaca. hopefully die bleh terima cara saya ajar die baca. and hopefully die senang pick up apa yang saya nak ajar ni.
Fadzi...akak sangat gembira baca komen fadzi...so clever Aneeq oh my god ingat dia pandai memasak je kt dapur tlg mama dia hehehe...seriusly 10 books per day...oh my godness...ini satu perkembangan sihat...
DeleteYa, selagi boleh ajar sendiri teruskan...akak wpun hantar tuisyen intensif...still akak dan suami selang seli ajar dia x kisah dalam kereta ke, balik umah nenek ke...di mana sahaja kena ada buku membaca at least 2 muka surat...itu je cara kak ju dan suami bantu ajar sebab masing2 bekerja jadual padat sgt...
Sis tak sabar nak dengar kisah Aneeq lagi...nanti update tau!
Alhamdulillah..syukur.Membaca sangat penting.Banyak urusan memerlukan kita membaca.Kenal huruf..boleh membaca itu besar nikmatnya.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteMemang risau kalau anak belum pandai membaca sebelum melangkah ke tahun 1. Masih ada masa, masih ada peluang untuk Abang Qi membaca dengan lancar. Selamat berusaha Abang Qi.
Alhamdulillah sekurangnya ada peningkatan. InsyaAllah lama2 satu buku tu sehari dah boleh habis. Setiap orang berada pada tahap berbeza. Tapi kalau ada inisiatif dan tekun insyaAllah takde yang mustahil.semoga abg qi terus berjaya. Amin.
ReplyDeletealhamdulillah.. good job Abam Qi
ReplyDeletebetter late than never Ju...good job qi dan umi! semoga terus minat membaca tau..:)
ReplyDeletealhamdulillah tahniah.. inilah hasil pengorbanan
ReplyDeleteGood luck utk abg qi..tisya dlu ms 6thn xlancar juga tapi bole bc cuma slow2..cousin tisya yg lain2 mmg lancar ..kiranya msk darjah 1 tu dh okla tp tula stiap ank ni berbeza..kita sbg ibubapa kena beri galakan tp jgn terlampau sgt mayb takut die stress...insya allah abg qi boleh..good luck juga utk juju
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Better late than never Ju..
ReplyDeleteGood job Abam Qi
Jue,leh share lokasi tuisyen? Anak ruzi pun sama..risau sgt..kalo 2 suku kata boleh..kalo lebih dari tu mmg membisu je lah...huhu
ReplyDeleteOkey done pm. Harap membantu. Maaf tak share nama tuisyen atas faktor keselamatan.
DeleteBagus perkembangan adik, teruskan usaha mama dan adik ye.
ReplyDeleteBagusnya Umi mencar jalan penyelesaian untuk bang qi. Good job umi dan abang qi. Alhamdulillah
ReplyDeleteboleh x sesiapa kongsi kelas tuisyen membaca,anak saya da darjah 2 masih x boleh membaca dengan tanpa mengeja,area wangsa maju kalau boleh...
ReplyDeleteboleh email dekat saya? Nanti saya share tempatnya. Sebab tuisyen ni bagus ada banyak cawangan juliajohari84@gmail.com
DeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)