Prank maksudnya gurau senda. 

WATCH OUT!!! 😲😲😲
ITS HUSBAND SURPRISE PRANK PROJECT!!!

Pertama kali dalam sejarah julia berkahwin, belum pernah merancang mana-mana kejutan istimewa khasnya untuk suami. Kebanyakkannya hanya beli kek & hadiah bila tiba hari jadi. Ye waktu itu je istimewa, hari biasa tiada. Tapi kali ini membuak sangat nak adakan surprise tujuan utama tidak lain dan tidak bukan untuk ucap 'TERIMA KASIH'.

Terima kasih je?
Ye, ingat senang nak ucap terima kasih. Maksud julia dengan ucapan terima kasih yang mendalam, sampai dia rasa ucapan terima kasih itu seperti menghargai dia di tempat paling dia terharu sangat. Sebab dia banyak jaga julia semasa julia dalam ujian sakit yang lama, memang tahun ini bukan ujian aku sahaja lalui, si dia melaluinya dengan penuh tabah, sabar dan masih lagi sudi menjaga hati aku yang saban malam tidak dapat tidur merengek kesakitan, 5-6 malam tak dapat tidur. 

Dia yang selalu bangun banyak kali untuk meredakan aku yang tak henti-henti menangis kerana tak tahan dengan keadaan, nak tahan dekat wad pun wad tak kasi duduk, kena duduk rumah, dan aku sudah banyak menyusahkan dia sepanjang itu sebab dia pun tak kerja sangat sebab pantau aku. Sianya weh...😓

Bila aku dah semakin sembuh, 2 minggu lebih, aku rasa sihat aku rasa terhutang budi sangat dengan dia. Mungkin bagi orang lain, alahhh nak buat sebab nak ucap terima kasih je ke, itu boleh buat bila-bila masa, masa nak tidur pun boleh ucap terima kasih....tapi penerima rasa ia sangat biasa-biasa.

Your secret surprise planner, Kuala Lumpur & Selangor trusted 

Instagram yang aku suka sekodeng, aku berkenan dengan set belon merah putih dengan tulisan I LOVE YOU + kek secret aku nak yang itu. 

Kali ini aku nak buat, biar sampai jadi walaupun ia sangat simple.
aku rancang untuk tempah lunch treat surprise bersama dengan prank. Prank apakah? Aku tak reti nak prank (gurau senda) dalam memberi kejutan istimewa. 

Gila nak prank sendiri mana pandai sangat, julia tempah miss delivery dari Teddyprank untuk jayakan misi ini yey. Puas la sorokkan husband dekat shopping centre di Melawati Mall KL, banyak kali dia mesej, mana i, mana i, gila kan i ckp i gi fitting baju, i gi sini situ, tunggu je lah situ nanti i call, mujur juju tak bertanduk kahkah. 

Bersama dengan Cik Wawa miss delivery Teddyprank, berbunga hati tengok belon helium punya lawa. Tak sabar dah nak panggil husband datang kat restoren yang ditempah. 
Almaklumlah dah jam 3.30 petang baru siap semua setting lunch treat dan surprise delivery dari Teddyprank baru touch down dekat parking. Si dia tengah lapar teruk haha, baru betul lapar sungguh makan sambil menangis terharu mana tau kan...😂

Baru tau perasaan rasa nak prank kan orang tengok wajah aku kat atas tu muka nakal haha dia punya excited tu susah nak gambarkan dengan kata-kata. Mohon tonton video,  baru tau macam mana aksi surprise prank menjadi horeyyy...1st time tau aku sweet cmni. Tak pernah lagi seumur hidup mengada-ngada...kasi can arrr...

KLIK! KLIK! KLIK!👇👇👇
Video aku rakam aku edit sendiri, berpuluh kali aku rewind tengok, setiap kali tengok di akhirnya aku sebak, entahlah...aku plak rasa tak terkata bila dia bawa belon tu merata dalam shopping mall, bangga dia bawa ayat I Love You...kalau aku ditakdirkan tak panjang umur, aku sudah buat apa aku rasa nak buat sejak dulu lagi. Lega happykan orang yang selalu ada dengan kita. 

Hadiah surprise prank:
  1. Victoria Secret Angel Gold Perfume 😍
  2. Buaya bear fink colour from Kaison 😂
  3. Kek Secret Recipe 'Red Velvet' delivery by Teddyprank 🎂
  4. I LOVE YOU belon helium delivery by Teddyprank 🎈
  5. Tulisan mesej by Teddyprank sediakan, aku wassup je dekat wawa. 👫
Mari lihat persediaan tempat & props surprise prank julia tempah. Kali ini julia pilih restoren ini, lampu tanglung banyak, baru nampak rare dan unik.

Menu pakej Baba & Nyonya style. Sedap dan mengenyangkan tau. Untuk 3 orang, pakej sesuai antaranya Asam Pedas Ikan Siakap, Sayur Manis, dan beberapa pencuci mulut. 

Suka tengok dia, walaupun dia cool dan relaks, tapi ketahuilah, senyuman dia aku lihat berbeza sekali. Dia tak pernah terima kejutan istimewa macam ini aku rasa, dirinya senantiasa sibuk memikirkan cari nafkah dan balik lihat keadaan kami. 

Mana sempat fikir untuk dirinya, itu yang aku rasa inilah masa sesuai untuk aku hargai dia dengan cara berbeza sekali. Banyak kali aku ulang tengok video suprise prank tu hahaha kelakar!

Lihat Buaya fink terdampar bersama perfume Victoria Secret, hadiah untuk si dia. Bukan hari jadi, bukan ulang tahun perkahwinan, tapi hari biasa yang perlu dihargai. Mana Abg Qi, tuuu sibuk duk makan, dia tak tahu umi dia rancang surprise treat macam ini untuk walidnya, aku tak boleh bagi tau pada dia, nanti rahsia bocor tak best hahaha. Yelah dia kan orang kanan walid, habis semua nak cerita haha. 

Menu ringkas, tetapi tepat dengan citarasa kami bertiga, licin kami kerjakan, lapar teruk macam aku yang kena surprise prank haha, dari tadi berpeluh-peluh duduk tak senang nak atur semua menjadi tepat pada masanya. Puas hati !

Wajah suami yang diraikan, gembira dia, sehari selepas surprise dia ucap lagi tau kata dia "Terima kasih hargai papa". Ya Allah rasa menitik air mata, rasa sebak, rasa macam-macam lah, aku plak rasa kesian, bukan senang nak dengar kata-kata keramat dari mulut si dia, dia susah nak bercerita apa dia rasa. Berlainan dengan aku, semua benda aku nak sharing hahaha. Sambung nangis balik...(touching wife)

Kalian berkenan dan tengah tercari-cari surprise planner nak buat surprise apa sahaja lah macam sambutan hari jadi ke, ulang tahun perkahwinan ke, apa sahaja haaa ini aku rekomen sangat tempah dengan Teddyprank. 

Banyak kelebihan sebab kita tak perlu bersusah payah nak buat surprise, Teddyprank datang buat full of surprise yeyy...that's why tempah terus tak tunggu dah. 

Happy sangat! 😆
Thank you Teddyprank. 💗
You make my dreams comes true. 👍

‼ FREE BELON, FREE KAD & FREE DELIVERY IN KL‼

🎈 Facebook: Teddyprank
🎈 Instagram: @teddyprank
🎈 019-7564019

29 Comments

  1. bila sesekali surprise camni utk org tersayang sure best kn..akak pn tk pernh buat camni lg...syok husband juju tu bila akak tgk video juju record aritu hehe

    ReplyDelete
  2. fuhhh cair kan bila husb ucap terima kasih tu. terbaikk lah teddy prank

    ReplyDelete
  3. Wahh! Boleh cuba ni pakai servis dia... tq sharing...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dapat surprise... Hahahaa

    ReplyDelete
  5. best yer! Nak buat jugak la kat encik suami kita..

    ReplyDelete
  6. Fuhh boleh tiru nak buat surprise ni nanti. hikkss.

    ReplyDelete
  7. berhabisan utk org tersayang mmg xkan rasa rugi. malah btambah sayang

    ReplyDelete
  8. halu puliss, mohon sesiapa alert surprise ni untuk bday saya akan datang. heheheh

    ReplyDelete
  9. Nak minta surprise jugalah... Eh

    ReplyDelete
  10. so sweet la juju ni tau ... membuatkan k.sal pun teruja nak buat prank kat En Somi ..hehehe

    ReplyDelete
  11. fuhh.. bestnye... nanti buat sepraisss kt lyssa pulak tauu... eehehhe

    ReplyDelete
  12. sekali sekala buat perangai romantik romantik apa slhnya ye dakkk...i pn pnh sekali sepraiskn asben guna khidmat teddyprank ni jugak..speechless terus dia...bahaha

    ReplyDelete
  13. wahh mcm nak try je servis ni 😍

    ReplyDelete
  14. salam kak juju..
    wahh sweet jugk kak ju ni ea..hehe
    idea bgus juga ni..setahun sekali kan.ape slhnye..

    ReplyDelete
  15. Alolo terharu :(
    So sweet of you juju. You made me thinking of doing something like this to my other half too :D

    Moga bahagia selalu juju & hubs.

    ReplyDelete
  16. Sesekali prank suami best jugak , suami lah orang paling rapat dengan kita . Terbaik teddyprank n kak juju

    ReplyDelete
  17. nampak muka terkjut husband tu..hehehe..wah surprise2 gitu..

    ReplyDelete
  18. hebatnya juju.Ina buat prank,tak pernah menjadi.Kikikiki.. Moga kekal ke jannah hubungan kalian ssrta dlm lindungan allah yea

    ReplyDelete
  19. Wahhh romantik nya.. semoga bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  20. ada tgk ni kat fb Ju.
    aduhai. bersemut sgt nih :)

    ReplyDelete
  21. suwettt sangat ni, semoga berbahagia till jannah :D

    ReplyDelete
  22. tgh study nak buat entri yang sama sempena besday abam. nampak entri juju ni dkt first page. terus sis baca heheh

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)