Main entrance disajikan dengan seni bina unik, tak ke mata rasa tak mau tutup, huwowww!
Hotel lagi ! Kali ini di Melaka. Pernah dengar Novotel Hotel? Kalau tak pernah atau pernah dengar tapi tak pernah menginap jemput baca celoteh julia kali ini. Tujuan ke sini tidak lain tak bukan menemani tuntutan kerja suami, kira julia dan Abg Qi teman ikut outstation kerja gitu. 

Ish-ish, nikmat teman orang outstation kerja tau, boleh pi tempat yang tak pernah pi macam hotel baru. Hobi aku weh terokai tempat baru haruslah ikut haha.

Kebetulan, aku baru nak sihat dari ujian sakit lama dekat nak masuk dua minggu, suami pun kerja bertangguh maka dia kena pulun kerja sementara aku boleh berehat sepuasnya kata dia. Syukur dia memahami yang aku masih dalam tempoh penyembuhan (healing process). 
Rasai penjimatan 10% diskaun bila tempah hotel klik 👉 Booking.Com


Novotel Hotel Melaka
Memang mudah sampai ke sini, ia memang berada di tengah bandaraya Melaka. Banyak betul hotel di Melaka aku cerita di blog. Tak silap aku, hotel ini bersambung dengan satu lagi hotel berlainan tau. Nanti kalian pergi mesti nampak struktur bangunan tersebut.

Saat masuk ke pekarangan lobi Novotel Hotel Melaka, bell boy sambut dengan mesra sekali. Terus dia angkat beg kami dan di berikan nombor rujukan selepas confirm urusan pendaftaran masuk bilik. 

Layanan bak 5 star! Terus rasa macam mak datin masuk mengadap gitu...aww! 💃💃💃

Padah Menginap di sini jumpa sudut Web Corner on a Mac
Sementara menunggu suami check in, apa lagi aku menerawang satu lobi lawat kawasan. Mata terpaku pada satu sudut ini. Padah! Hasutan ke sini laju nampaknya haha. 

Wow boleh layari internet selama 30 minit tau. Bukan main seronok lah aku. Kemain brand komputer tu, terus nampak cantik buka blog sendiri haha sempat la baca komen kalian di blog masa ini. 

Welcome drink terus di sajikan pada julia tau, saat baru nak letak punggung terus ada staf Novotel beri minuman jus guava. Ya ampun, sedapnya air ni, kenapa inilah jus guava paling sedap tak pernah rasa sebelum ini. Puas minum satu cawan banyak. 

Tengok la wajah aku tu, senyum puas hati terpancar dari hati. Best wey!

Kids Corner
Aku layari internet dengan selesa sangat tanpa gangguan dari anak. Anak duduk di kawasan Kids Corner, tidak jauh dari 'web corner on a mac' tau. Puas hati lagi. Di sini ada bermacam jenis kemudahan, mainan, tv siaran kartun, dan luas betul. Sepuasnya anak julia bermain di sini. Senyum meleret la aku haha. 

Dapat kad akses sudah, tingkat 8. Wow sangat tingkatnya, tenggelam kaki saat melangkah. Karpet dia lembut je, tu baru dekat luar bilik belum masuk lagi ni tau. Bismillahirahmanirahim. Zam ala kazam! 


Cantiknya!!!
Amboi-amboi Abg Qi korang tu, melekat dekat cermin bilik air, transparent uishhhh camne nak mandi vogel hahahaha 😆 haip! #gurau , mandi tutup la aurat sendiri kain batik kan hado haha tapi kalau Abg Qi dia vogel je, mana tau malu hahaha. 
 Superior Room Twin Bed (349 bilik keseluruhan)

Bukan main lagi, tengok port TV tu meriah sungguh sambungan dia kita boleh guna. Kemudahan seperti macam rangkaian hotel lain tau. Cuma aku suka kat Novotel Melaka ini kelainan dia terletak pada tatarias yang sungguh bijak. 

💗Bilik standard tapi seolah-olah macam kita menginap ala suites gituuu...

💚Sebab almari dia ada dua set, di tengah almari ada cermin panjang dan besar, ye besar sungguh puas hati. 

Aku snap reka letak ini sebab nanti master bedroom rumah aku nak siap nanti aku nak konsep almari ringkas macam itu, jimat ruang betul. 


Bilik air Novotel Melaka
Ada pembahagi khas pintu untuk 3 bahagian di bilik air tau. Sebelah untuk shower, di tengah untuk dressing, di sebelah lagi untuk buang hajat. Nampak teratur dan tak di longgok semua dalam satu tempat. Bijak cara ini tau. Nampak eksklusif. 

Sudah puas teroka satu bilik rehat solat semua. Jom aku nak bawa kalian ke satu tempat menenangkan minda dan mata, terapi jiwa tenang...

Kolam mandi Novotel (outdoor) 
Huwaaaaghhhh! Besarnya, cantik tak? Gambar ini julia snap sendiri okey, lama sikit nak snap kawasan ini, sebab nak dapatkan moment bamboo meliuk ke sana ke mari dengan angin sepoi-sepoi bahasa. 

Terus kawasan ini nampak tenang sekali, macam tak ada masalah nak fikir bila melihat kecantikan sudut kawasan ini. 

Dihujung sana ada playgorund didalam kolam mandi kanak-kanak, satu bonus bagi anda yang ada anak buah atau anak sendiri nak terokai mandi puas di sini. Yeyyy! Abg Qi tak sabar dah nak terjun haha. 😂

Abg Qi dengan bola merah dia, suka betul dia. Dia cakap pelik playground gelongsor masuk dalam kolam, best kata dia. Ish-ish kalau aku muat, aku pun nak naik gelongsor budak-budak ni tau haha. 

Sakan dia mandi waktu petang, paling penting kena ingatkan anak-anak dulu, Selalu aku cakap dekat Abg Qi, hormat pengguna kanak-kanak lain. Caranya ingatkan dia jangan buang air kecil didalam kolam, nak buang air sila info ibu dan ayah dulu. 

Hygine first everybody. 
Sebelum masuk kolam bersihkan badan dulu di shower khas. Kena praktik perkara ini ye, sebab ada juga aku lihat parents tak take note hal ini lagi-lagi tang kena shower dulu sebelum masuk kolam. 

Jangan lupa!
Naik rooftop Novotel Hotel Melaka 
KLIK VIDEO  👇👇👇
Kuatkan sikit sound, vlog!

Tenang, damai dan aku jatuh hati. Masa kalian tengah layan video diatas aku keseorangan dengan suara sangat serak. Tak sakit pun kerongkong aku, cuma kesan sakit tu masih belum baik sebetulnya. Vlog aku diatas mesti korang boleh selami perasaan aku semasa hari kejadian. 

Ni tengah layan angin, kuat betul angin. Lega sungguh rasa, tak ada orang masa ini, naik waktu tengahari pun selesa sebab ada kawasan port redup sini.


Rating kepuasan: Dari 5 bintang julia kasi 4 bintang, nampak bersih dan kualiti mereka jaga. Ramai yang adakan bengkel dan seminar di hotel ini, di atas rooftop pun ada bilik seminar tak silap sebab masa aku tengah layan jiwa kat sini ada sesekali peserta seminar melintasi. 

Rupanya ada ruang seminar haha, tapi serius besar sungguh kawasan rooftop ni tau. Setengah jam juga aku kat sini melayani keindahan alam yang terbentang luas. Nampak lautan Selat Melaka dan beberapa buah hotel di sekitar Bandar Melaka.

💙Inilah dia kesan padah menginap di sini sampai tak mau BALIK KL. Haha. Tajuk kena rare, baru korang baca sampai habis. Terima kasih, jangan lupa komen tinggal jejak tau. 😍

Sesiapa teringin ke sini boleh tempah Novotel Melaka 👉 Booking.Com
💜10% diskaun jadi milik kalian tau. Selamat beristirehat !


NOVOTEL HOTEL MELAKA
Jalan Melaka Raya 2
75000 Melaka
Malaysia

12 Comments

  1. Wahh syoknya tengok Novotel Melaka ni.. Nak usha-usha jugaklah.. Boleh cuti-cuti Melaka..

    ReplyDelete
  2. Best jugak hotel Novotel ni ye. Besar kawasan pool dia.

    ReplyDelete
  3. besnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. nak pi sini.. nak pi sini.. nak pi sini..

    ReplyDelete
  4. wahh cantik dan nampak selesa sgt tengok hotel nya.

    ReplyDelete
  5. wah cantik tempatnya..pernah dengar novotel ni..ni ke tingkat atas kak juju buat video tu..hehe

    ReplyDelete
  6. I is jeles haha... Awatlah tak stay hotel ni pergi Melaka hari tu :(

    Cantik hotel ni tapi cantik lagi cik kak tudung merah tu :p

    ReplyDelete
  7. Nak booking otel kat Melaka gak ni , leh guna kupon tu hehe

    ReplyDelete
  8. Selesanyaaa hotel macam ni, siap ada pool lagi. Syoklah abang Qi main air. Heheh.

    ReplyDelete
  9. Wahhh best², nanti kalau ke Melaka boleh menginap kat sini.

    ReplyDelete
  10. aida pernah lalu jer kat hotel ni, ju.
    tak byk hotel melaka yg aida pernah stay tau hi hi hi hi...
    sebab mcm x berbaloi,dekat sgt dgn umah hu hu...

    ReplyDelete
  11. Best jugak ni Novotel. Kolam mandi dia tu yg buat teruja tuu.. mama pun nak mandi jugak😅

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)